Khamis, 7 November 2013

6 Reason To Invest In Kajang & Semenyih !

Apabila Pemaju tersohor SP Setia mengumunkan bahawa mereka telah membeli 1700 ekar Tanah di Semenyih dan juga Abaco Estate dengan tiba-tiba Semenyih menjadi tumpuan para pemaju & juga pelabur hartanah. Bandar Semenyih yang dulu sepi dengan pembangunan kini telah berubah wajah menjadi sebuah Bandar yang rancak membangun dengan pelbagai infrastruktur yang semakin baik.
 
Pemaju seperti Tropicana Corporation Bhd, UEM Sunrise Bhd, Naza TTDI Group, Sime Darby Property Bhd, IREKA corporation Bhd serta tidak ketinggalan MKH Bhd membuat pelbagai perancangan pembangunan dengan begitu drastic sekali seperti esok telah tiada. Dalam kebimbangan para pelabur memikirkan masa depan hartanah di Malaysia, Pemaju-pemaju bermodal besar ini seperti tidak mengendahkan kerisauan yang berlaku. Adakah ini petanda baik kepada sector hartanah pada tahun 2014 yang akan menjelang tiba...?
 
Setia Ecohill Semenyih telah Berjaya menjual lebih seribu unit Landed Property mereka dalam masa kurang dari 4 jam pada 11 okt 2013 yang lalu. Harga Hartanah yang bermula dari 410k sehingga 1.6 mil itu jual seperti kacang putih. Aku yang baru sahaja merancang untuk mengambil satu unit di Setia Ecohill nampaknya hanya tinggal kenangan. Harga baru yang akan di lancarkan bagi unit-unit baru yang akan di buka pada tahun hadapan mungkin hanya mampu di lihat dari jauh. Xmengapelah mungkin bukan rezeki aku di situ.
 
Ok berbalik kepada tajuk N3 aku pada kali ini. 6 sebab mengapa Tuan-tuan  harus membuat sekurang2nya sebijik pelaburan hartanah di Daerah Kajang adalah kerana ;-
 
1. New landed property launches under 500k or RM300psft.
Kebanyakkan harga property baru di sekitar Semenyih adalah sekitar 400k-500k. Seperti projek Semenyih parklane yang menjual dengan harga 418k dan beberapa lagi pemaju berskala kecil di sekitar Bandar Tasik Kesuma. Walaubagaimanapun untuk mengharapkan pulangan pelaburan sewaan bagi hartanah di sekitar semenyih ni adalah kurang baik. Apa yang boleh di katakan anda membeli hartanah di sekitar semenyih adalah untuk capital gain bukan untuk rental purpose. Mungkin selepas 5 tahun Tuan2 akan dapat menjual hartanah tersebut dengan keuntungan terbaik tanpa di kenekan RPGT dari pihak kerajaan. (CKHT : Cukai Keuntungan Hartanah)
 
2. Landed, gated & guarded projects
Memandangkan kebanyakan tanah di  Kajang & Semenyih dulunya adalah tapak estate kelapa sawit oleh itu harga yang di jual kepada pemaju hartanah adalah lebih murah kerana ia berstatus pertanian bukannya pembangunan. Maka bagi tujuan menarik minat para pelabur dan juga memboleh mereka meletakkan harga hartanah yang sedikit tinggi berbanding hartanah sedia ada di sekitar Kajang & Semenyih maka pihak pemaju memperkenalkan konsep G&G. Dengan konsep ini para pembeli pertama mahupun pelabur melihat ia adalah suatu keperluan wajib yang patut ada untuk hartanah baru. So dengan itu harga hartanah akan menjadi lebih baik kerana kawalan keselamatan penduduk dapat di jaga dan di pantau oleh pengawal.
 
3. The MRT
Seperti yang Tuan-tuan sedia maklum, MRT projek telah pun di bina. Ia di jangka siap sekitar tahun 2017 sekiranya tiada apa2 masalah kewangan Negara atau lain2 masalah yg tidak di jangka. Walaubagaimanapun harga hartanah sekarang telah meningkat 10% lantaran pembinaan MRT. Kepada penduduk di sekitar Kajang pula ia adalah berita yang baik kerana kemudahan MRT nnt akan memberi nilai tambah kepada hartanah mereka & sekali gus memberi kemudahan pengangkutan untuk ke IKEA mahupun ke Kuala Lumpur. 3 station yang tersebut adalah Saujana Impian, Bandar kajang & juga di Jalan Reko. Lepas ni kita pakat naik MRT jelaa. :))
 
4. Secondary landed homes under 250k
Tuan2 masih boleh memilik hartanah bertanah subsale pada lingkungan harga yang munasabah di Kajang atau Semenyih berbanding di Cheras atau Balakong. Landed property ini mungkin memerlukan sedikit pembaikkan namun begitu ia masih di anggap terbaik sekiranya tuan2 tahu memberi nilai kepada hartanah tersebut. hanya dengan sedikit penambahbaikan ia mungkin akan mendatang keuntungan beratus K kepada tuan2 pada jangka masa 5 tahun akan dtg setelah MRT siap di bina. Kenapa mesti 5 tahun ? Ini adalah bagi mengelakkan tuan2 di kenakan cukai jualan oleh pihak kerajaan. Selain itu pastikan hartanah adalah berpegangan Freehold. Kerana untuk jangka masa yang panjang pegangan Bebas adalah lebih baik. 
 
5. Kajang Seremban Hingway (LEKAS)
Dari Semenyih, LEKAS highway membenarkan Tuan2 untuk bypass Kajang town dan juga jalan Semenyih. Untuk ke Midvalley pengguna jalanraya hanya perlu membayar tol sebanyak 90 sen shj. walaubagaimanapun laluan ini sedikit sesak ketika waktu puncak. namun begitu kemudahan ini juga memberi impak yg cukup besar kepada peningkatan nilai hartanah di Kajang & juga Semenyih. kt Malaysia ini, xde jalan yg x-jam, selagi ada jalan mesti ada kereta kt situ. aku pun pelik.
 
6. The Hills are alive..
Bukit Broga adalah daya tarikan utama. Air Terjun Sungai Tekala juga sangat indah untuk di nikmati. Hanya 20km sahaja dari Bandar Teknologi Kajang dan 15km dari Semenyih. Ia sungguh nyaman & mendamaikan. keindahan hutan masih dijaga dengan baik. Bunyi burung & ungags masih kedengaran seperti anda berada di Hutan Hujan Tropika. Kedamaian ini juga memberikan satu suntikan yang sangat baik untuk hartanah di sekitar Bandar ini, yang dulunya hanyalah sebuah perkampungan biasa namun kini menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat untuk tinggal di sini. !
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan