Jumaat, 8 November 2013

Toyota Vios Pilihan Terbaik Utk B Segment

 
 
Kereta aku telah berusia 2 tahun 3 bulan. Alhamdulillah kenderaan ini banyak membantu aku dalam semua perkara. Membawa aku balik ke kampong & jalan2 bersama keluarga. Tiada kos bulanan yang membebankan. Selama aku melenjan kereta ni so far xde major problem lg. Cume pernah satu hari tu enjin x hidup bile aku start, tetiba plak xhidup, semalam ok je. Tindakan aku seterusnya ialah membuat panggilan telefon kepada agent Smart Assist untuk towing kereta aku ke service center yg berdekatan. Xsampai sejam kete dah ok. Kene bayar RM30 je. Ape entah yg rosak. After kejadian tu sampai skrg masih ok, dah xde pepe masalah lg. Service kete pun murah je, dalam 150 - 250 untuk setiap kali service. Langkah keselamatan yang harus di ingat adalah tukar ape yg perlu shj. Jgn ikutkan sangat cadangan sale advisor yg mintak client tukar itu ini. Aku selalunya mmg jarang kene kencing dgn depa ni. Coz dah banyak sgt pengalaman pahit terkena dengan sale advisor Produa dulu. So skrg aku lebih berhati2. Agak2 xde kene mengena dgn enjin maka aku xtukar.
 
So kepada sesiapa yg masih berfikir untuk membeli kereta B segmen Vios antara kereta yang xbanyak ragam & menjimatkan minyak. Walaupun telah di lanyak seteruk2nya dia tetap maintain ok. Kereta aku tu kadang2 aku buat masuk site, panjat Tanah merah berbukit redah selut & sebagainya dah macam 4x4 jadinya. Harap my car dapat bertahan dgn good performance lagi 5 tahun. ehehe... :)
 
Last 2 month Vios dgn wajah baru dah keluar, okla comel skit dari my dugong ni.. hehehe.. dengar kata rebate sehingga 5k. Tinggi tu, dah xpayah nk bayar downpayment banyak sangat. Toyota mmg terbaik. Tp jika ade rezeki aku xnk dah beli Toyota, bukan sebab xsuka tp sebab nk try brand lain la plak. Ehehehe...
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan