Ahad, 16 Oktober 2016

My Anak Dara

Anak dara saya sudah besar



Sudah nak masuk 5 tahun pada Jan 2017 tidak lama lagi. Anak dara yang kuat nak melaram mengalahkan ibu. Nak pakai baju baru setiap kali nak pergi jalan-jalan. Alhamdulillah seronok melihat anak yang membesar dengan sihat & ceria. 




Weekend baruni kitorang ke IOI Mall jalan-jalan sambil beli Nuha punya "Boot". Bila aku beli apa2 barang untuk diri aku, maka dia akan tanya   "Nuha punya mana? Nuha punya takde ke ibu ?"   eh..eh.. setiap kali beli baju kita, mesti kena beli baju dia. Setiap kali beli kasut kita, kasut dia pun nak kena beli juga. Nasib baik baru sorang je, kalau 3, 4 orang camni, Jawabnya ibu shopping senyap2 aje ler heeee... :)



Lagi best bila ibu dah belikan untuk dia, pastu boleh dia tanya lagi, "Abi punya takde ke ibu?" amboii2 lemak berkrim sungguh soklan tu wahai budak kecik. Apesal tak tanya kat abi jek soklan tu. Aiisshhh nak jawab pun payah. Last2 buat tak tahu saja hihihi... 

Budak kecik ni memang sayang betul kt abi dia. Sikit-sikit abi. sikit-sikit abi.. Kalau kita cakap nak pergi jalan2 & tinggal abi kat rumah, bukan main emo lagik dia, siap nangis2 suh bawak jugak abi dia pergi skali (Memanglah kena bawak abi, Mana pernah ibu jalan sorang2 pun) Hmmm kekadang timbul juga rasa unhappy di situ Sob..sob..sob...  Layan perasaan saja lah ... :)) 



Jumaat, 14 Oktober 2016

O R I G I N A L ::::**:::: F A K E


Fake  =  Imitate 

Sorry to say aku tidak berminat dengan segala benda yang palsu. Aku lebih senang dengan sesuatu yang real, aku tak geng dengan imitation item yea. Nanti ade pulak kecam aku, cakap bajet bagus la, dengkila, hati busuk la... whatever.... Itu hak anda untuk bersuara. 

Siang malam duk membanting tulang cari harta once nak shopping or jalan ke mana-mana nak kene fikir apa orang kata ? whatttttt ...?? Grrrrrrr Kegilaan apakah ini ? Am not hipokrit. 

Suatu hari seorang teman menegur aku dengan nada berseloroh ketika melihat aku sedang meng"usha" satu jenama boot & hangbeg yang menjadi kegilaan kaum hawa. "Weeeiii usha handbag mahal nampak, macam orang tahu jek ko beli barang ori !" Paannggg........... terasa macam kene pelempang selepuk kt muka aku ni. 

Ceeiiittt jilaka punya mulut. Aku diam sejenak, walau pada awal-nya rasa nak menjawab "Eh duit aku suka hati aku laa nak beli ape pun, ko sibuk tu apesal" tapi sebelum kata-kata tu terpacul di kotak suara aku, ia terlebih dahulu melalui saraf2 otak yang lebih harmoni. Maka ayat itu telah dipadamkan dan diganti dengan "Aku yang nak pakai, peduli apa orang nak kata, lagipun aku tak beli barang2 FAKE ni weiii" sambil jawab muka pandang tempat lain. Mulut longkang selalunya akan diam bila kita jawab dengan nada yang mendatar tanpa sebarang perasaan. 



(Sekadar gambar hiasan)


Maaf yea, aku memang tak main barang imitate. Kalau aku tak cukup duit nak beli, maka aku akan buat cara tak cukup duit. Tak gila glamour nak melaram barang2 China Or Vietnam pastu nak suh orang fikir ko pakai barang original. Beli barang ori 2nd lagi bermaruah pada aku. Mohon jangan terasa dengan statement pedas aku ni yea. Pernyataan itu hanya aku cakap untuk diri aku sendiri. Lain orang lain cara & pemikiran. Duit sendiri suka hati la nak beli apepun. Cuma yang busuk hati itu sila P main jauh2 yea.

Aku ni bukan kaki handbeg pun. Sepanjang hidup aku ni, beg paling mahal aku pernah beli tak pernah cecah RM400 lagik seingat aku. Tapi kalau Camera DSLR tu dekat 25k jugak aku habiskan. Tu masa zaman tengah gila main DSLR. Ada aku kesah ? Aku rasa aku suka & jika ada lebihan duit maka aku beli la. 

Cuma 2, 3 minggu ni secara tiba-tiba datang mood nak beli boot & handbeg pulak. So aku duk usha la harga item2 yang cantik pada mata aku & paling penting sesuai dengan bajet aku. Aku nak beli ke, aku tak nak beli ke suka hati den la yo. Nanti kalau aku rasa tak berapa nak cukup bajet, aku akan lancarkan kutipan derma kilat kepada sesiapa yang rasa terlebih concern tentang diri aku ni silalah derma barang seribu dua yea.  

Letih weh kalau hidup asyik nak fikir apa orang kata. Manusia zaman sekarang kuat PHD. So hati-hati saja la & paling penting sila jauhkan diri anda dari manusia2 yang sebegini. Sekian.... 






Friday :: Hari Untuk Aku & My Doter Lepak !

Alhamdulillah...



Friday is family time. Sejak awal September yang lalu aku dengan berbesar hati telah mengisytiharkan Jumaat adalah hari rasmi untuk lepak makan dengan my beloved doter Nuha Safiya. Aku dan Nuha je la yang lepak bersama. Hubby buat masa ni belum boleh join kitorang lagik sebab office hubby di KL, lagipun hubby kene sembahyang Jumaat mana sempat nak lepak & jalan2. 

Dengan adanya satu masa yang telah di tetapkan untuk duduk lepak bersama dengan si kecik, aku merasakan hubungan antara aku & si kecik menjadi lebih rapat dan mesra. Kadang2 kitorang jalan2 pusing Mall tanpa apa-apa tujuan pun. Si kecik pun nampak sangat seronok dapat lepak dengan ibu after setengah hari di School, walaupun pening jugak nak layan dia berlari situ sini klu ajak masuk mall. Satu perkataan saja yang sering membuatkan aku hilang rasa ingin bertukar dari ibu normal jadi superMak ialah "Syukur". Syukur sebab ada anak. Boleh tengok dia main lari2, meaning that dia sihat & gembira. Alhamdulillah...  

Masa begitu cepat berlalu. Sehari demi sehari yang datang & pergi seperti tidak terasa. Sedar-sedar usia kita sudah semakin di penghujung & anak sudah menginjak dewasa. Sebelum ia menjadi semakin terlambat, sekurang-kurang-nya ada juga sedikit kenangan yang dilakarkan bersama anak2 ketika mereka masih kecil. Bimbang bila sudah tua nanti diri sendiri akan menyesal. 

Today kitorang lepak kt Pizza Francisco Bandar Baru Bangi. Kebetulan harini hubby cuti coz semalam main hoki so harini hubby cuti kerana demam urat. Dah lama tak training pastu terus masuk game, faham2 ajelaa. Jadinya harini kami sekeluarga lepak lunch tengah hari bersama2, after that hubby ke Masjid Hasanah untuk Solat Jumaat. Sejam lebih jugak kitorang tunggu. Boleh kematu kalau acap kali camni .. :) Apepun ia sangat menyeronok-kan.   



 Lamb Spaghetti, aku nak kasi 3.5 bintang jeklaa. Tak berapa nak kene dengan tekak aku, tapi yang ni hubby punye... 



hah.. Carbonara ni la baru untuk aku & si kecik. Kami share 2 orang, mana nk habis ibu makan sesorang. hihihi on diet :)) 


Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian !    

 

Selasa, 4 Oktober 2016

Review Seafood :: Hammer Bay Penang


Entry ni sudah berbulan jugak terperap dalam aku punya draft, Kitorang terjah restaurant ni masa bulan Ramadhan haritu. Kalau baca review org ramai mengenai Restauran ni memang top gitu, tapi after kami terjah macam biasa-biasa sahaja, tak berbaloi kami datang jauh-jauh dari Hotel di Batu Ferrenghi semata-mata nak berbuka di restauran yang meletooop la sangaatt. Mungkin bulan puasa kot, ramai yang booking table untuk berbuka dengan jumlah order yang banyak & pelbagai. So kualiti rasa & masakan mungkin kurang menjadi di situ. 

 

Udang butter dah sejuk so kurang membuka selera. Kebetulan kami datang ni adalah bulan Ramadhan. Dah booking melalui telefon untuk book tempat serta lauk apa. Mungkin kalau datang hari biasa lagi okey kot, aku pun tak berani nak promote lebih, maafkan saya yea Tuan Kedai. Tapi next time kalau datang Penang lagik aku akan cuba kt kedai lain pulak. Kadang-kadang lain orang lain citarasa.



Ikan Bakar pun tidak seperti yang digembar gemburkan, sambal dia tak rasa sedap sangat pun, nothing special for me. Mungkin sebab puasa kot, Tak boleh nak agak garam banyak mana, bersangka baik saja lah.  



Tengoklah bertapa ramainya org booking table untuk Iftar. Lauk pun dah siap terhidang sekitar jam 6 ptg sedangkan waktu berbuka sekitar 7.15 malam. Dah sejuk gigil-lah semua lauk-lauk tu kat atas meja, dahla dihidang tanpa bertutup, tuan meja pun belum sampai... aaiiisshh parah...



Sotong celup tepung pun tak rangup, tepung dah lembik, mungkin kerana goreng tak cukup garing menjadikan tepung di bahagian dalam sotong tak sempat masak. Nuha safiya & telur dadar yang menjadi feberet sepanjang masa.



View di pinggir Selat Melaka mengadap Pulau Jerejak agak cantik disertai dengan angin yang membuai, membuatkan sedikit ok walaupun rasa makanan seperti serba tak menjadi.



Walaupun begitu, kami tetap berbuka dengan gembira & makan sampai habis, nasib baik order portion kecik jek jadi tidaklah membazir. Apepun Alhamdulillah dengan rezeki dapat berbuka dengan sempurna. Kami berkejar pulang ke Hotel untuk solat Terawih di Masjid Negeri. Alhamdulillah sangat seronok dapat melakukan terawih di masjid Negeri Pulau Pinang.

Isnin, 3 Oktober 2016

Hubby Birthday


Selamat menyambut hari lahir yang ke 34 sayang.

Sudah 4 bulan berlalu, tapi aku tak sempat hendak membuat entry sambutan hari jadi insan yang paling penting dalam hidupku ini. Hanya tinggal dia sahaja yang masih bernyawa di bumi Allah ini untuk menjaga segala kebajikan diriku. Walau terkadang bicara bersilang kata itulah yang dinamakan hidup. Ada pasang surutnya. 

Sambutan "BESTDAY"  hubby tahun ni biasa-biasa sahaja. Memandangkan 26 Jun 2016 jatuh pada bulan Ramadhan maka aku hanya belanja hubby berbuka di "Sari Ratu Nasi Padang" di Jalan TAR Kuala Lumpur. Raya pun sudah dekat maka haritu kami ke Sogo & mall sekitar Sogo untuk membeli sedikit kelengkapan peribadi untuk Raya Aidilfitri.


 Licin lauk, sedap sangat la tu agaknya. Nampak macam tak cukup... hihihihi


My beloved Doter & hubby. fesyen rambut kakak "Tempurung" style. 


Nuha dan mainan

Suasana di perkarangan Sogo pada waktu marghib. Semua sibuk hendak berbuka puasa. Aku off day hari ni, so relex jeklaa, hubby sorang saja yang puasa. Keluar cari kedai makan sat.



Kami berhenti solat di Masjid Polis Dang Wangi, Aku hanya duduk di kerusi luar masjid sementara menunggu hubby Solat Terawih. Nuha Safiya pula bertawaf sekitar masjid dengan kanak2 lain. Suasana malam tu terasa dingin sahaja, adakah malam ini malam lailatul qadar. Aku hanya mampu berzikir & berdoa saja.

Pusing banyak tempat cari selipar untuk hubby tapi tak jumpa yang sesuai & berkenan di hati. So kami sambung shopping keesokkan harinya di IOI Mall Putrajaya. Pada mulanya aku hanya ingin membeli selipar sahaja untuk hubby sebagai hadiah harijadi tapi lain pula di belinya. Secara tidak sengaja aku telah membeli 6 pasang T-shirt raya untuk hubby, it costing me almost 7 hundred, hmm sedap jek main masuk troli. Sebab harijadi punya pasal maka untuk baju hubby tu aku yang bayar. Ala-ala hadiah la Giteww :))



Hadiah untuk Bestday hubby 2016. Tahun depan kene catu :))

Baju rasa aku ? baju aku tak beli coz dah banyak tempah kt Bandung haritu. So beli selipar raya jekla. Nuha Safiya pun sakan jugak pilih baju, sama naik dengan "bestday boy" semua nak cekik ibu ni, masak rentung camni .. hihihihi... anggap sahaja lah sedekah jariah. Sedekah untuk keluarga itu lebih afdhal. haaa Giteeww baru rasa lapang sikit dada, kalau tak boleh demam macam haji Bakhil...  :))

Semoga hidup my hubby sentiasa dilimpahi rahmat Allah & dikurniakan Syurga yang kekal abadi & di jauhkan azab api neraka. Ameen Ya Rabb

Love u till Jannah

Khamis, 29 September 2016

Bila Baby Dalam Perut Ibu Nak Keluar ?

Setiap kali si kecik Nuha tengok perut ibu dia yang macam ibu mengandung 4, 5 bulan ni maka bertalu-talu soalan cepu emas akan keluar. Hmm walaupun sedikit terhibur dengan kerenah si kecik yang macam-macam tetapi ibu pun agak sedih juga sebab sampai sekarang belum dapat kasi baby untuk kakak.

Setiap kali aku sakit perut (period pain) si kecik dengan baik hati akan letak minyak panas tolong sapu perut aku, sambil membebel macam aku bebel kat dia hari-hari..bla..bla..bla... Ibu terharu sangat dengan sikap kakak, kadang-kadang bergenang juga air mata ibu melihat bertapa tulusnya hati seorang anak kecil yang begitu sayang-kan ibu. Kalau aku cakap, "Nanti kalau ibu mati camne, kakak nak duduk dengan sapa? terus buat muka sedih & peluk aku sambil mintak maaf. Kakak.. kakak... sekejap jek masa berlalu. Semoga kakak akan sentiasa sayang & doakan kesejahteraan untuk ibu sampai bila-bila ye sayang.

Bila si kecik tengok aku dah tak sakit perut lagik, maka dia akan tanya, "ibu, baby dalam perut ibu dah keluar ke ?" adeehh nak jawab macam mana pun tak tahu, alih2 aku cakap belum keluar lagik, ada ni dalam perut ibu. Sejak dua tiga bulan ni si kecik Nuha seperti sangat desprate nak ada adik. Hari2 tanya pasal baby dalam perut ibu bila nak keluar. Mudah2n Allah makbulkan kehendak kakak untuk ada baby boy yang comel & sempurna sifat & akhlak. InsyaAllah....

Kalau kitorang jalan-jalan kt Mall, then dia nampak baby dalam stroller maka si kecik akan cakap kt aku, "ibu..ibu.. tengok tu baby .. comel sangat baby tido". Kalau ke taman permainan pula, if terserempak dengan kumpulan family yang ada anak2 kecil yang ramai maka si kecik akan terkedek-kedek nak join the group. Tapi adakala-nya diorang buat tak layan & tak nak geng dengan si kecik. So merajuk la budak kecik tu, sambil buat muka sedih datang kat aku.. olooo... siannya anak ibu, kawan2 tak nak geng yea. Kalaulah kakak ada adik 2, 3 org mesti kakak seronok nak main & tido dalam bilik sendiri kan. Sob.. Sob.. Sob...  

Walaupun aku cuba juga, untuk membuatkan si kecik berasa gembira dengan melayan dia main masak-masak, main sorok2 belakang pintu or celah katil, main playdoh sampai bersepah serumah dengan pasir playdoh & macam-macam lagik layan dia nak bermain, tapi kadang-kadang memang tidak di nafikan kehendak naluri anak2 yang ingin berkawan & bermain dengan rakan yang sebaya dengan mereka membuatkan mereka lebih seronok & berasa lebih puas berbanding bermain dengan kitorang. Paling lama boleh layan kakak main pun hanya 30 minit, after that semua pakat malas nk layan dah coz sibuk dengan macam2 hal. Sian kakak.

Doa ibu semoga baby dalam perut ibu ni cepat keluar, kalu boleh keluar 3 sekaligus lagi bagus. Pastu ibu boleh tutup operasi... :))











Selasa, 27 September 2016

Lunch Pizza Hut With My Beloved Doter


Hari Jumaat adalah hari outing dengan si kecik. Port yang menjadi pilihan untuk Jumaat kali ni adalah Pizza Hut. Selepas amik si kecik dari Little Caliph after 1230pm, kami terus ke tempat tujuan. Sambil tu aku berbual-bual dengan si kecik, bertanya soalan standard setiap hari "Kakak buat apa kat school tadi?" pastu mulalah dia cerita panjang berjela-jela. Dari kisah teacher & juga kawan-kawan dia. Aku pula bukannya dengar sangat, sekadar mengiakan saja. Sambil bawak kereta sambil layan budak kecik berceloteh. Tujuan dia hanya untuk mengelakkan si kecik asyik main HP. Kalau dia dah mula bercerita tu memang makan 15 minit jugak nk habis. hihihihi... <3




Kami lepak di Pizza Hut sebelah Metro Kajang je. Dah tanya dia beberapa hari lepas, Nanti nak makan kat mana ? So dia cakap nak makan pizza, sebagai ibu yang perihatin maka aku bawaklah dia lepak dengan syarat. Antara syarat yang aku tetapkan ialah kene baca quran dulu. Kene baca buku yang teacher ajar kat school. Alhamdulillah si kecik telah hafal beberapa surah pendek seperti Al-fatihah, An-nas, Al-falaq, Al-Ikhlas, Al-kafirun dan Al-quraish. Selain tu Nuha juga sudah tahu waktu solat & berapa rakaat bilangan solat. Moga menjadi budak yang beragama & berakhlak mulia yea sayang ibu. Ibu sentiasa sayang kakak.




Makan pisang dulu, pisang tu ibu kasi suh makan kt school pagi tadi, tapi dia tak makan pun. Asyik nak kene paksa makan baru nak makan. Letih kadang-kadang nak layan perangai si kecik yang macam-macam. Sebab itulah kadang-kadang ibu terpaksa bertukar menjadi singa atau serigala buat seketika dengan harapan Nuha Safiya membesar dengan sihat & bijak. 

Tidak mudah untuk mendidik anak. Dulu masa belum ada anak macam-macam planning nak buat camtu camni. Tapi bila dah ada anak, Ya Allah tak mudah nak menjaga  & mencorakkan seorang manusia. Kalau setakat nak kasi makan sampai bulat itu mudah, tapi untuk membentuk akhlak & menjaga adab amatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Dan aku adalah manusia yang sentiasa kurang sabar bila berhadapan dengan sikap anak yang kurang menyenangkan. Tetapi kadang2 aku lupa, dia hanyalah seorang budak kecil yang perlu  dididik dengan sabar & berhemah. Seorang khalifah kecil yang baru hanya beberapa tahun mendiami bumi tuhan. Sebagai seorang manusia yang di pilih untuk menjadi ibu kepada khalifah kecil ini seharusnya aku mengambil amanah & tanggungjawab ini dengan penuh rasa bersyukur. Tidak mudah membina generasi yang hebat dunia & akhirat. Mudah2n aku mampu mendidiknya dengan adanya bimbingan Ilahi.