Salam Ramadhan...
Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yg mulia aku doakan mudah2n Ramadhan kali ini memberiku seribu pengertian dlm hidup. Kedatangannya membuatkan aku rindu pada semua insan yg dulu pernah aku raikan kemeriahan ramdahan bersamanya. Aku rindu untuk menyambutnya bersama kalian. walaupun aku tahu kerinduan itu hanya akan terkubur dlm hatiku sendiri.
Sesekali terasa diriku ini begitu banyak terpalit dosa, sesekali ingin aku lari mencari keredhaan tuhan, meninggalkan segala keseronokan dunia ini. Andai ada dosaku, maafkan aku.. pada siapakah inginku ungkapkan kata-kata kemaafan yg masih terbuku dihatiku.. terasa sebak didadaku kian menghimpit gerak nafasku..
Untuk semua insan yg pernah aku kenali, maafkan aku andai ade silapku, aku hanyalah manusia biasa, yg lemah akal dan jiwa. Kesedaran Ramadhan membuatkan aku semakin gelisah, meniti hari2 mendatang bersama seberkas noda & dosa lalu, aku ingin membuangnya dari jiwaku. Moga hari mukaku tenang tanpa titik hitam.. Ya Allah ampunkan aku... Ampunkan dosa kedua ibu bapaku, keluargaku, suamiku, anak2ku, sahabat2ku dan seluruh ummat islam yg masih hidup ataupun telah kembali kepangkuan yg Maha Pencipta.
Kegembiraan sentiasa menghiasi zahirku, senyuman, ketawa riang, Namun jauh di kanvas sanubariku, jiwaku bergelodak kencang, seperti angin dikala hujan mencurah bumi. Hanya aku dan jiwaku yg merasainya, ketakutan sentiasa menghimpit, risau akan tibanya hari2 terakhir dlm hidup. Aarrgghhh patutkah aku berdiam tanpa sebarang kebangkitan. sampai bilakah segalanya akan berakhir. Moga saat pengakhir derita batinku, bukanlah saat2 terakhir aku menghirup nafas hidupku.
Ramdahan... aku inginkan sesuatu di dari-mu, aku inginkan keampuanan dari tuhanku, aku inginkan kebahagiaan dunia & akhiratku, aku inginkan kemudahan sakaratku, aku inginkan keamanan alam barzakh-ku, aku inginkan keceriaan hari2 terakhirku bersama keluargaku dan anak2ku...
Salam Ramadhan Al Mubarak.... Ramadhan Kareem..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan