Alhamdulillah... lafaz yg paling Mulia setelah kite memperolehi sesuatu yg baik dlm kehidupan. dengan mengucapkan kata syukur ke hadrat Allah swt. adalah salah satu tanda keimanan yg bertapak dihati, di dlm Al-quran Allah swt berfirman yg bermaksud :-
"Amatlah sedikit daripada golongan hambaku yg bersyukur, sekiranya mereka bersyukur terhadapku akan kutambahkan lg rezekii & nikmat untuk mereka, dan sekiranya mereka kufur seseungguhnya azabku amatlah pedih"
Sepanjang tahun ini, begitu banyak rahmat & nikmat Allah kepadaku, tidak terhitung rasanye, rahmat ketenangan dlm diri, rahmat kecukupan dlm melalui hari2 sukar saban hari, rahmat memperolehi pekerjaan yg baik, rahmat kasih syg seluruh ummat manusia, rahmat kebahagiaan rumah tangga, rahmat kesihatan diri dan rahmat yg paling besar adalah dikurniakan zuriat dlm kandunganku yg telah berusia 4 bulan. terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur kepadamu..
Tiada kata yg dapat aku ucapkan hanyalah sepatah kata syukur & memujimu. mudah2n segala rahmat & nikmat yg telah engkau berikan kepadaku adalah lambang kasih sygMu terhadapku dan jgnlah engkau memberinya lantaran kemurkaanMu kepadaku & kerananya engkau mendatangkan musibah dlm hidupku.
Ya Allah, Lindungilah aku dari segala fitnah dunia dan kesesatan hati yg buta terhadapat cahaya iman. Agar mata hatiku dapat melihat kebenaran mana yg zahir dan mana yg batil, dan berilah kecenderungan kepadaku terhadapan agamaMu, dan kurniakanlah kepadaku anak2 yg soleh lg solehah, yg menyejukan mata, yg mententeramkan jiwa. Rahmatilah hidupku dan keluargaku agar aku termasuk dari golongan hambaMu yg sedikit (bersyukur). Amenn ya robbal 'alamin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan