Da lama x-layan lagu kt Youtube. Memandangkan Unifi kt rumah aku buat hal, maka untuk menghilangkan boring lepak kt umah after habis kerja, maka aku bukak U-tube kt Samsung Galaxy. Hmm berguna jugak gadjet aku ni.
Ape lg layan lagu jiwang2laa... da lama xlayan perasaan. Terlalu sibuk sgt dengan urusan dunia & keluarga sampai xsempat nk menghiburkan hati sendiri. After my beloved baby da tido maka aku layan-la jiwang karat kt u-tube. Terus terbayang kisah2 zaman remaja dulu. DejaVoo kembali menerjah jiwa-ku...
Sejak dari zaman sekolah lagi aku memang suka baca buku2 puisi. Yerla aku selalu duk sesorang kt umah after balik sekolah. maka aktiviti aku kt umah ialah berangan & cakap sesorang disamping tugas wajib aku ialah mencuci pinggan mangkuk, angkat baju kt ampaian, kemas rumah & masak Nasi. Nnt ptg my beloved Umi balik kerja dia akan masakkan lauk. Camtulah rutin harian aku setiap hari sehingga masuk ke sekolah menengah berasrama.
Aku mmg jarang lepak ngan kawan2 or main2 kt padang sekolah. adela jugak tp boleh kire bape kali dlm sebulan. Aku lebey suke terperap sesorang dlm bilik, tak pun aku menanam pokok kt kebun blakang rumah.. Ehehehe tringat zaman kanak2 la plak. Sangat rindu masa lalu yang indah bersama insan2 yg aku kasihi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan