Salam semua kawan2...
Dah hampir 3 minggu kot aku xmengupdate blog aku ni, masa nk bertenet & berblog sgt terhad. Coz kt umah aku skrg dah xde Unifi lagi. Line untuk Unifi belum dapat lagi untuk kawasan perumahan di Hillpark fasa 2. So after berpindah haritu terpaksalah aku terminate service Unifi ni.. Bye-bye.. Unifi.
Sebab tulah aktiviti bertenet aku semakin merudum. Tambahan pula aku mmg xde mood nk bertenet sgt sekarang, banyak benda yg aku tengah pikir untuk di selesaikan. Aktiviti mengangkut barang dari rumah lama ke rumah baru pun belum selesai sepenuhnya. Kitorang hanya sewa lori untuk angkat barang2 besar seperti Fridge, Washer, TV, Katil & etc. mana yg besar2 upah lori. Tp yg kecik-kecik macam pinggan mangkuk, baju2 & brg2 rumah yg lain sume kitorang angkat sendiri pakai kereta. Sian my car terpaksa jadi truck pengangkut buat seketika.
Barang-barang kt bahagian dapur saje 4 kali angkat baru clear... huwaaa penatnye...
InsyaAllah minggu ni selesai la kot kerja mengangkut barang2 ni. Adooiiii dah muak da rase nk main pindah randah camni. Penat & semak kepala. Yerla mau xsemak kepala. Bile nk cari barang2 yg nk di guna mulala geledah semua kotak-kotak yg ade. Berterabur la plak barang-barang kt umah baru. Bile nk mula berkemas plak, xtaulaa. Tunggula slow-slow.
Apartment kitorang pun dah ade pnyewa. InsyaAllah Jumaat ni, 28 June diorang dah nk masuk rumah. Huh lega sedikit rasa-nya... Penyewa apartment kitorang ni org IRAQ, student Chem-Engine Universiti Putra Malaysia. Dah berkeluarga & punyai 5 org anak. Walaupun pada mulanya aku sedikit berat nk kasi sewa kt Pak Arab ni, coz anak dia ramai sangat. Dalam kepala aku ni dah terbayang keganasan anak2 dia. Huh habislaa semua perabut aku tu. Walaubagaimanapun, memandangkan kitorang malas dah nk fikir lagi pasal nk cari penyewa lain maka My Hubby bersetuju je untuk sewakan pada Pak Arab ni. Aku Harap semua baik2 belaka. Siap dah warning dia, klu furniture aku rosak teruk, aku akan deduct dia punye deposit.. ehehehe Safety First !
Minggu depan my hubby plak xde, tetiba plak kuar arahan Inspection ke Labuan, aduyaaii.. ade-ade je nk kene outstation, dahla aku xberapa serasi lg nk stay kt rumah baru aku tu, adoiiii klulah cuti aku ni banyak lagi, ade je aku amik cuti & follow hubby skali, tp itulaa.. cuti dah tinggal beberapa hari je lagi. Mana nk cuti Raya, Cuti jalan-jalan, cuti nk hantar adik ke Klinik, cuti yg x-disangka2 & macam2 cuti lg laaa...Hmm Mmg dah nampak nk kene unpaid leave tahun ni. Apsal la kerajaan xwajibkan cuti tahunan pekerja swasta sekurang-kurangnya 25 hari kan... Seronok la sikit... ehehe..
Ok.. di sini aku nk share no contact lorry yang aku gunakan, so kepada sesiapa yg rasa-rasa nk berpindah-randah tu bolehlah menggunakan service mereka. Dari segi harga boleh bincang. Barang2 aku pun ok je diorang angkat, xde lg yg pecah setakat ni, cume tilam Vono kesayangan aku agak kotor. Tp nk buat camne, dah salah aku jugak xbalut siap2. Hmmm so yg tu kite abaikan.
Nama company NZ Maju : 016-2881611. Ataupun korang boleh call jugak Brother Wan ni : 019-6738622. Dua-dua service ni InsyaAllah ok. Kos lori 3 tan RM250 sekali dengan 3 org pengangkat barang. Klu Brother Wan : Lori 5 tan harga RM350 sekali dengan orang angkat. So boleh pilih nk yg mana satu yea.
murah nye...tq for info... :)
BalasPadam