Selasa, 25 Jun 2013

JANDA Tak Sedar Diri ?

 
Sensasi betul tajuk entry aku hari ni, kepada janda-janda di luar sana janganlah angin ke-langit plak dengan tajuk entry aku ni yea. Tiada kene mengena samada hidup atau pun mati.


 
 
Entry  ni aku buat berdasarkan pembacaan & pemerhatian aku mengenai sikap & akhlak seorang wanita yg bergelar janda. Status janda bukanlah sesuatu yg buruk, jahat atau -ve sebenarnya tetapi sikap & perilaku manusia yg berstatus janda itu sendiri membuatkan "Title Janda" yang pada asalnya biasa, menjadi luar biasa & dipandang Hina, sebab tu ramai isteri2 di luar sana sanggup bertahan dlm derita rumah tangga demi mengelakkan diri mendapat Title Janda. Uh..Ape aku melalut ni... ?
 
Oklaa kite teruskan kepada cerita yang aku nak share kt sini. Sepanjang aku hidup ni, bermacam-macam jenis & perangai org yang aku jumpe. Ade sesetengah-nya aku kenal rapat & selebihnya hanya sekadar bersua muka sambil lalu, atau bertegur sepatah dua. Melalui pemerhatian yg aku lakukan, kebanyakan wanita yg berstatus Janda pada zaman sekarang kebanyakkan-nye lebey agresif & tidak takut kepada cabaran. Mereka lebey terbuka & tidak mengambil endah tentang pandangan masyarakat terhadap mereka. Pada aku Itu adalah suatu perkembangan yang sihat sebenarnya TETAPI ade sesetengahnya menjadikan status janda itu sebagai satu peluang untuk mereka melakukan maksiat dengan lebey terbuka tanpa menghiraukan pandangan agama terutamanya. Konon-nya nk tunjuk pada masyarakat yg dia masih boleh mendampingi  lelaki muda yang lebey segak & bergaya walaupun berstatus janda. kebanyakkan mereka yg berperangai macam ni, adalah janda2 muda dlm lingkungan 25 - 35 tahun. Tp klu dah 30 & keatas tu xde la muda sgt pun.. Ala-ala je.. dah kerepot jugak sana sini. Bawak2 belek diri tu, manala tau, kot2 dtg keinsafan dlm diri kan...?
 
Aku bukan dengki atau berprasangka buruk tentang sikap sebahagian mereka ni, cumanya aku meluat & menyampah dengan perangai diorang ni. Tp xdela aku g tegur diorang secara direct ke ape. Bukan nk mengumpat or memburukkan mereka tanpa mendekati dengan lebey dekat. Aku cuba nk memahami jenis manusia yg mcm ni, cumenya aku belum ade kekuatan untuk mendekati secara peribadi. Silap aribulan aku plak tersyok dengan life style diorang yg entah ape2 tu. Nauzubillah... 

Cume sesekali aku terfikir sendiri. Ape yg diorang ni cube nak tunjukkan sebenarnya, nk show off kt bekas laki dia yg dia ni masih HOT ke..? or nk puaskan hati sendiri..? or nk mengisi kekosongan kasih syg yang dah lama berkubur..?? Hmmm.. apepun alasan yg diberi, tiada hukum yang boleh menghalalkan perbuatan yg HARAM.  
 
Klu sungguh pun korang nk tunjuk yg ko tu masih HOT & ramai lg jantan tergedik-gedik kt ko, ape salahnya ko ajak dia kawen & bina hubungan yg suci. Kan lebey elok camtu. Lepas tu klu ko nk beromen 24 jam pun lantak ko lah.. xde org pun nk amik peduli. Ini tidak... terus menerus nk bergelumang dengan dosa & maksiat, lepas tu siap boleh bercerita situ sini dengan bangganya.. addoooiii. Jenis macam nilah yg aku kata "Janda xsedar diri". Kalau ye pun ko sakit hati kt bekas laki ko dulu or ko dah down gile dengan hubungan yg telah terputus di tengah jalan, tp bukan begitu caranya untuk ko melepaskan segala beban tu. Sudah-sudahlah menambahkan "PEMAKSIAT"  tegar di negara tercinta ku ini. Bawak sedar diri & kembali kepada Allah laa..
 
Yea aku tau, x-ramai lelaki yg ikhlas nak kawen dengan janda klu bukan kerana harta. Tp itu bukan alasan untuk ko terus berkelakuan begitu. Ada manusia yg sakit mata & sakit hati melihatnya... Tolonglah.. kasihankanlah pada diri ko sendiri. Klu ko ade anak, kasihankanlah pada anak2 ko tu, mereka inginkan suasana yg baik untuk perkembangan peribadi & akhlak mereka..

Sesungguhnya hidup ni xlama... Jgnlah kerana kekecewaan semalam ko ingin merosakkan seluruh kehidupan ko & org lain. Cubalah berfikir dengan akal yg waras. Andai umur yang ko miliki tu dapat dibeli, banyak manusia yg telah di tanam di kuburan sana ingin membeli-nya. Janganlah sampai bile mata telah terjengkel melihat JAHANNAM baru ko ingin sedar & merintih untuk kembali...
 
Luahan ini bukanlah aku tujukan hanya kepada semua janda di luar sana, tetapi juga kepada diri sendiri & seluruh umat manusia yg telah sekian lama hanyut bersama dosa. Kerana Hidayah itu tidak datang jika tidak di cari...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan