Last week aku & my hubby melepak di Hardware Cafe TTDI jaya Shah Alam. Lokasi dia adalah di Space U8 tingkat 3. Kedai ni milik org melayu klu xsilap aku. So mehla aku share skit tempat makan ni. Nak kate special sangat tu xdela kot. Biasa-biasa je. Kitorang pun saje singgah nk try masakan kt hardware cafe ni. Maklumlah suatu ketika dulu pernah masuk JJCM TV3. Sejauh mana rating utk Cafe ni nnt aku bagitau yea.
Oleh kerana aku nk cepat hantar my hubby ke TUDM Subang & after that aku nk kene pecut utk Meeting kt Opis jam 3 petang. Maka aku memilih utk lunch dekat area TUDM Subang tu je. Space U8 ni terletak betul2 bersebelahan dengan jalan masuk nk ke Kem TUDM. So kitorang pun start searching kedai makan yg ok kt dlm Space U8 ni. Ini adalah kali pertama aku masuk kt sini. sebelum ni adala lalu tp xterdetik plak nk masuk. Banyak kedai yg masih xbersewa kt sini. xdela meriah sngt kt Sapce U8 ni. Suram je.. hmm xbestlaa...
Ini adalah antara menu minuman yg di sediakan. Hmm boleh tahan mahal jugakla. xpelaa dah alang2 nk try kan, so kite tryla mana yg berkenan. Dalam hati dah rase mcm xbest je kedai ni. harga pun ala2 Hardrock Cafe. adeehh.. harap berbaloi la. Tempoh menunggu untuk 2 gelas air adalah 20 minit. Aku tengok org xde sgt pun. Klu xsilap aku cume 5 org pelanggan je ade mase aku masuk tu. Uh servis mmg out.. slow mcm siput. Aku dahla nk cepat. Hmm sabo jela menunggu.
Untuk makanan plak, aku pilih Nasi Goreng Kampung Extra Seafood & my hubby pilih Hardware Nasi Goreng. Tempoh menunggu lebey kurang 30 minit dari tempoh kitorang start order. Portion adalah biasa2 je. Rasa masakan .."Masssiiiiinnnnn...!!!" wawawa.. aku dahla elergi masakan masin. Nnt pening kepala melanda. Menu hubby punye pun sama jugak, masin. Uh Chef tertumpah garam ke ape ni..?? .. Hmm tension je. Dahla time lunch. Untuk menu masakan ni aku mmg tobat dah xnk beli. Tp utk menu yg lain2 macam pizza & western punye dish aku no komen. Coz aku xtry pun.
Walau apepun aku harap Cafe ni dapat bertahan lama & dapat Improve quality dari segi makanan & juga tempoh penyediaan. Klu camni aku bimbang nnt lama2 payah nk survive coz customer xsuke tunggu lama2 ni. So kepada sesiapa yg teringin utk mencuba silalah ke Space U8 yea.
Walau apepun aku harap Cafe ni dapat bertahan lama & dapat Improve quality dari segi makanan & juga tempoh penyediaan. Klu camni aku bimbang nnt lama2 payah nk survive coz customer xsuke tunggu lama2 ni. So kepada sesiapa yg teringin utk mencuba silalah ke Space U8 yea.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan