Hangzhou merupakan sebuah penempatan yang aman & indah. Senibina bangunan-nya tersangatlah unik & cantik. Rumah-rumah di bina mengikut senibina yang tersendiri. Ada bungalow 3 tingkat & lebih. Walaubangaimana pun senibina lama di Hangzhou sangat menarik perhatian aku. Ia Nampak seperti seragam & blend dengan budaya di kawasan setempat. Klu ke Hangzhou jangan ketinggalan untuk menaiki keretapi laju dari Hangzhou ke Shanghai or anywhere. Anda akan dapat menikmati keindahan Bandar Hangzhou dengan lebih dekat & jelas.
Sepanjang 6 hari aku di Hangzhou banyak tempat yang belum sempat kami jelajahi. Bandar Hangzhou yang sempat aku meronda bersama hubby & Nuha hanyalah Westlake. Hari-hari lainnya kami banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perjalanan kami hanya menggunakan High Speed Train (CRH).
Kami hanya meluangkan hanya beberapa jam untuk menikmati hanya segelintir dari keindahan Westlake, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Westlake korang boleh lawati ke Website INI. Segala maklumat berkenaan dengan Westlake atau Tasik Barat ini ada diceritakan dengan details di situ.
Dalam bahasa mandarin Westlake ini di sebut XI HU (sihu). Pemandangan di sini sangat indah. Beberapa jam yang di habiskan di Xi Hu ini terasa begitu cepat sekali. Tasik ini tersangatlah besar. Rasanya korang perlukan masa selama sehari untuk menjelajahi keseluruhan tasik barat ini. Kepada yang berminat untuk menaiki boat untuk mengelilingi tasik juga ada di sediakan. Harga/person 155 Yuan klu tak silap aku. Tempoh masa yang di ambil lebih kurang 1 jam setengah.
Sepanjang pagi menghabiskan masa di sana, terasa begitu tenang sekali. Dengan keindahan & keaslian budaya China yang masih terpelihara. Aku merasa seolah-olah berada dalam sebuah filem purba di zaman Dinasti Qin. Tapak-tapak & kesan sejarah masih terpelihara di sana.
Suhu ketika kami di sana pada ketika itu adalah sekitar 5 degree. Cukup sejuk untuk membuatkan permukaan kulit muka & tangan aku kekeringan. Losyen biasa yang di beli semasa di Malaysia tidak begitu berkesan untuk menahan udara sejuk ketika di sana. Kesian Nuha, habis kulit muka & tangan-nya kekeringan, Kerana tidak tahan terdedah kepada suhu sejuk terlalu lama sampai bibir Nuha pun pecah & berdarah. kesian kecik ibu. Tp Alhamdulillah Nuha tidak mengalami sebarang jangkitan seperti elergi ataupun demam. Cume sedikit selsema shj.
Lebih kurang 3 jam kami menghabiskan masa berjalan-jalan sekitar Tasik ini. Melihat telatah & budaya rakyat jelata. Memerhati gelagat para pelancong. Dengan udara pagi yang nyaman. Sungguh membuatkan hatiku ingin kembali ke sana lagi.
Kami menamatkan perjalanan kami di sekitar west lake dengan berhenti makan di sebuah kedai Istanbul yang berada di seberang jalan bertentangan dengan Medal Bulat tu. Alhamdulillah hidangan yang sangat lazat & banyak. Harga untuk hidangan makan tengah hari di situ adalah RMB98.
Lebih kurang 3 jam kami menghabiskan masa berjalan-jalan sekitar Tasik ini. Melihat telatah & budaya rakyat jelata. Memerhati gelagat para pelancong. Dengan udara pagi yang nyaman. Sungguh membuatkan hatiku ingin kembali ke sana lagi.
Kami menamatkan perjalanan kami di sekitar west lake dengan berhenti makan di sebuah kedai Istanbul yang berada di seberang jalan bertentangan dengan Medal Bulat tu. Alhamdulillah hidangan yang sangat lazat & banyak. Harga untuk hidangan makan tengah hari di situ adalah RMB98.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan