Isnin, 27 Januari 2014

Nyamuk Masuk Ke Rongga Telinga !

Adakah korang pernah mengalami perkara sedemikian..? Bagaimana cara untuk memastikan sebarang bendasing yang hidup ini keluar dengan segera dari telinga. Ok harini aku nak share pasal benda ni. Coz semalam entah ape benda yang masuk dalam telinga aku, naik pening kepala di buatnya. Tengah sedap-sedap tidur sekali terdengar begitu kuat bunyi sayap yang dikibas-kibas di sebelah telinga. Bila tersedar baru perasan bunyi tersebut datangnya dari dalam telinga.
 
Hampir sejam aku bertarung untuk mengeluarkan binatang tersebut dari dalam telinga. Step pertama yg aku buat, aku ke bilik air & masukkan air ke telinga. Tetapi masih tidak berhasil. Seterusnya aku korek menggunakan pengorek telinga besi, masih jugak tidak berhasil. makin kuat pula dia mengebas sayap dalam telinga-ku. Isk sakitnya hati, hendak saja aku penyet2 binatang ni. Bayangkan satu pergerakkan yang begitu dekat dengan gegendang telinga, mmg berdensing macam duk sebelah enjin kapal terbang.
 
Langkah seterusnya aku cuba menutup hidung & mulut sambil menghembus udara keluar melalui telinga. dengan harapan bendasing tu akan terhembus keluar. Tapi semuanya hampa. Kalau my hubby ada boleh juga dia tolong tengok-kan. Ini aku & Nuha shj. Hubby outstation, so terpaksalah aku usahakan sendiri untuk keluarkan. Jam menunjukkan 3.30am. Lama lagi nk tunggu siang ni, klu x-keluar jugak kene pergi ke klinik la nampaknya. Itu jela jalan terakhir nampanya.
 
Tiba-tiba aku teringat, Pernah seorang ustaz yg datang berubat my parent masa kt kampong dulu cakap, sekiranya ada benda yang masuk ke dalam rumah or ade gangguan binantang ataupun makhluk halus, cuba baca ayat ni. (surah Al-Jin Ayat : 3) Sambil membaca berulang-ulang kali ayat berkenaan, aku juga menyuluh lampu kedalam telinga, dengan harapan binatang berkenaan dapat melihat jalan keluar dengan berpandukan cahaya terang yang di pancarkan. Alhamdulillah berkat kalimah Allah tu maka terkeluarlah binatang asing yg duduk dalam telinga aku tu.



Allahuakhbar, after that aku termenung seketika. Hanya kerana binatang kecil yg masuk ke rongga telinga, sudah cukup untuk membuatkan aku resah & tidak aman sama sekali. Bertapa banyak-nya rahmat & penjagaan Allah terhadap kita sebelum ini. Tetapi jarang kita syukuri. Maka adakah terlalu hebat sangatkah kite jika dibandingkan dengan seekor makhluk Allah yang kecil itu. SubhanAllah...




1 ulasan: