Selasa, 28 Januari 2014

Sihat Sebelum Datangnya Sakit



Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Ini adalah pesanan asas yang di berikan oleh Rasulullah kepada umat manusia supaya sentiasa membuat persediaan yang secukupnya sebelum datang-nya hari yang penuh mendukacitakan setiap jiwa manusia. Setiap perkara yang ingin kita lakukan maka perlulah kite pertimbangkan ke-lima-lima perkara ini, mudah2n hidup kite sentiasa di bawah Rahmat Allah & sentiasa berlapang dada apabila menghadapi setiap perkara yang mendukacitakan dalam hidup ini.

1. Sihat sebelum datang-nya Sakit
2. Muda sebelum datangnya hari Tua
3. Kaya sebelum datang-nya Miskin
4. Masa Lapang sebelum dating masa Sibuk
5. Hidup sebelum datangnya Kematian
 
Sakit, Tua, miskin, sibuk & mati itu adalah 5 perkara yang akan di lalui oleh setiap manusia. Jgnlah lupa kepada 5 perkara sedih yang akan menerjah diri kita pada bila2 masa ini. Bersedialah, rancanglah & aturlah setiap saat & ketika untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak disangka-sangka.
 
Aku tidak berbicara tentang org lain, tetapi aku berbicara & menulis peringatan ini adalah untuk diriku sendiri. Terkadang aku lupa, bahawa hidup ini ada batasnya. Hidup ini ada kira-kiranya. Hidup ini bukan perkara main-main. Persediaan yang rapi amatlah penting untuk menghadapinya. Rancanganlah masa depan kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Kerana 5 perkara buruk itu akan menerjah diri kite pada bila-bila masa sahaja. Jadi janganlah kite merasa aman dengan apa yang kite ada hari ini, sehingga kite lupe tentang hari esok yang belum pasti.
 
Bak kata pepatah melayu, "Sediakan Payung Sebelum Hujan" Banyak perkara penting yang sering kite terlepas pandang. Hidup ini bukan semata-mata hidup. Hidup yang kita lalui hari ini akan membawa kita menuju ke alam akhirat. Apa yg kita tanam itulah yg akan kita tuai penghujung hari nnt. Tanyalah diri sendiri, Apa yang telah aku tanam hari ini..? apekah pelaburan saham BSKL, Emas atau FCPO aku membuahkan hasil..? Bukan setakat pelaburan Dunia kawan2. Laburlah juga untuk hari akhirat. Tanamlah saham sedekah Jariah yang akan memberi pulangan di sana nnt. Sebuah pelaburan yang amat besar maknanya untuk kita. 
 
Aku pernah duduk sendiri & berfikir tentang huru-hara di Padang Mahsyar. Banyak ustaz & ustazah bercerita tentang kisah di Padang Mahsyar. Tetapi kita hanya sekadar mendengar & kita tidak dapat membayangkan bertapa huru-haranya hari tersebut. Ada satu peristiwa terjadi kepada aku, Di mana setiap seminggu akan ada satu panggilan telefon dari TM service menuntut aku untuk membuat bayaran tunggakan sebanyak RM500. Sudah 1000x aku terangkan kepada pihak TM yang aku telah lama membuat termination service berkenaan. Tetapi charge bulanan masih berjalan sedangkan aku telah tidak menggunakan service tersebut. Setiap kali mendapat panggilan dari nombor yang berkenaan, maka aku just ignore & refuse to answer. Kerana pertanyaan yang di ajukan adalah pertanyaan yang sama & kadang-kala akan membuat aku naik marah. Pernah beberapa operator TM mendapat tempias.
 
After kejadian berkenaan, aku berfikir sendiri. Bagaimana panggilan daripada Operator TM tu sudah cukup untuk membuatkan aku marah & sangat mengganggu emosi-ku ketika itu. Bagaimana pula dengan halnya ketika di padang mahsyar nnt..?????????
 
Setiap org akan mencari orang yang ingin di tuntut & setiap org masing-masing akan melarikan diri daripada berjumpe dengan manusia yg ingin menuntut hak & tanggungjawab yang telah di abaikan daripadanya. Isteri mencari suami untuk menuntut keadilan & pertanggungjawaban, anak-anak perempuan mencari ayah & saudara lelaki untuk menuntut dipertanggungjawaban atas segala dosa yang berlaku semasa mereka di dunia. Si penghutang mencari si pemiutang untuk menjelaskan segala bayaran. Manusia2 yang teraniaya akan mencari manusia yang menganiaya. Masing2 sibuk mencari & melarikan diri. Pada hari itu suami tidak lagi mempedulikan isteri & anak2. Masing-masing sibuk dengan hal mencari saksi sebelum tiba hari pengadilan di hadapan Allah. Maka siapakah yang akan menjadi Saksi pada hari itu. Saksi yang sebenar-benar saksi.

Kalau hari ini, kite merasa tertekan apabila mendapat panggilan bertubi-tubi dari bank-bank yang menuntut bayaran. Kite pening & runsing menghadapi tugasan seharian ditempat kerja. Tetapi ada ketikanya kite masih terasa aman dengan merehatkan diri dengan bercuti & melancong kemana-mana. Tetapi di sana nnt, tidak ada sedikitpun ruang & ketika untuk merasa aman. Adakah kita telah bersedia untuk menghadapi hari yang penuh hura-hara itu...??? Allahuakhbar...

Maka perhatikanlah setiap duit yg masuk ke dalam poket, perhatikanlah setiap sesuap nasi yang kite berikan kepada keluarga, isteri dan anak2. Mudah2n bila tibanya saat itu, banyak perkara yang telah kite selesaikan semasa di dunia lagi. Walaupun tiada seorang manusia pun yang akan merasa aman apabila tiba hari pengadilan itu. Setiap manusia akan memikirkan tentang segala tanggungjawab yang telah di berikan, adakah setiap satunya dilaksanakan dengan sempurna...? Fikir-fikirkan & selamat beramal... 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan