Demam tiba-tiba, xde kene hujan, xde main panas kt luar, tiba-tiba badan panas dan bacaan thermometer 38. Mata mula berair & hidung pun dah ala-ala nk selseme. Aku dah cakap ngan hubby, "Adik mcm nk demam je tu, kene kasi ubat demam cepat2 tu nnt melarat" Skali mmg betul pun, petang suhu badan makin panas, siap muntah2. Once minum je susu, xlama terus terpancut keluar. Habis tilam & Sofabed kt rumah. Hmm ape nk di kate, sabo jela.
Ke esokkan hari tu dah kasi ubat pun badan still panas, slalu after kasi ubat demam suhu badan turun sekejap sebab tindakbalas terhadap ubat. Tp kali ni tak turun-turun jugak suhu badan. Aku dah risau, takut ape2 yang tak di sangka terjadi. Maklumlah budak2, bukan reti bercakap sngt pun. Terfikir nk bawak g hospital tapi klu g hospital ni mmh kene masuk wad dah celaru nnt.
Actually this Saturday kitorang dah announce untuk buat Majlis Kesyukuran kt rumah Hillpark sempena meraikan kesyukuran masuk rumah baru serta menyambut ulangtahun kelahiran Nuha yang ke 2. Tapi klu kene warded camne, sapa yg nk handle sume tu. Catering sume dah tempah dah dibayar deposit, canopy pun dah tempah, jemputan pun dah dimaklumkan. Adoiii... serabut aku duk fikir, dlm hati pun duk berdoa moga2 adik cepat sembuh.
Hari pertama demam & selsema je. Hari kedua demam, muntah & cirit birit. Hari ke 3 demam & cirit-birit. Muntah & selsema dah hilang. Semalam saja hamper 10x tukar pampers. Sian adik, mesti pedih bontot dia. Perut pun dah kempis. Langsung xde selera nak makan. Hanya susu & air masak je yg dia nk minum lain dari tu sume dia xnk. Ya Allah sembuhkanlah penyakit anak kesayanganku. Sayu hati ibu tengok bile adik lembik & tak seaktif seperti selalu.
Bila tengok keadaan Nuha yang terlantar di tilam, fikiran terus teringat akan arwah umi yang sakit terlantar. Hanya air masak & susu yg jadi makanan. Tak tersedar airmata terus mengalir. Risau & sedih terus menerkam perasaan aku. Takut ape2 terjadi. Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan