Shine-shine club ni adalah club cuci kereta. So kepada pemilik kenderaan yang suka sgt hantar kereta kt salon tu maka menjadi ahli Club ni agak berbaloi jugaklah. Dengan syarat korang memang hantar cuci kereta paling kurang 15x sebulan untuk cucian biasa iaitu basuh & vacuum shj. Harga untuk cucian biasa apabila menjadi ahli club ni hanyalah RM8 untuk kereta sedan & RM12 untuk MPV & SUV. Kira agak murah jugaklah. Lagi satu Shin-shine Club ni banyak cawangan. Merata-rata ada, kt Midvalley pun ada. So klu xjumpe cari parking kt Midvalley tu bolehla hantar cuci kt situ, nnt diorang akan carikan parking. ehehehe.
Ini adalah kupon yang akan di beri kepada member yang telah mendaftar. So setiap kali nk dtg buat full salon boleh pakai kupon ni. Aku dapat yg Oren tu 5 keeping, 2 keping dah guna. Ada lg balance 3 keping.
Actually aku dah setahun lebih dah join Club Shine-shine ni. Entah macamne boleh terjoin xtaulah. Panjang sgt ceritanya klu aku nk story kt sini. So ape yg aku nak share pada entry kali ni adalah kebaikan join ahli Club Shine-shine ni je. Kedai dia ada satu kt Bandar Baru Bangi sekyen 7, area Mydin mart tu. Atau lebih mudah landmark dia dekat dengan restaurant Sup Ketin yang cekik darah tu. hah area situla kedai Shine-shine ni. untuk maklumat lebih lanjut boleh tengok gambar2 yg aku amik tu. Aku bukan dapat benefit pun promote kedai apek ni. Saje je rasa nk stori mori pasal benda ni hari ni, coz semalam baru je aku g cuci kereta kt situ.
Senarai harga untuk menjadi ahli Club Shine-shine
Tapi untuk yang gemar cuci kereta di rumah, mmg aku xberapa cadangkan join ahli club ni. coz agak membazir la plak jadinya. Macam aku pun sama, sebab aku bukanlah kaki cuci keta. Sebulan ada 2x je aku cuci kereta. So klu cuci kt kedai biasa baru RM10 kot. Sebulan baru habis RM20. Ok latu. Tp memandangkan aku telah gatal tangan menjadi ahli club ni maka terpaksalah aku cari shine-shine outlet jugak untuk cuci kereta. Jimat pun cume RM2 shj. So fikir2kan & selamat beramal yea.
Yang ini adalah pakej yang aku amik. Masa tahun 2012 tu aku cume bayar RM1099 je. Nampaknye tahun ni diorang dah naikkan harga sebanyak RM100. Nak buat camne sume barang dah naik harga kan. Membership aku akan tamat pada bulan 8 tahun 2014 ni. Dah tak lama dah tu, tapi aku rasa confirm 100% aku tak nak renew dah kot, coz aku bukan kaki cuci kereta sgt. Mungkin kepada yang berminat bolehla jadi ahli... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan