Rabu, 26 Februari 2014

KITAB :: Bidayatul Hidayah 1

Kitab ini adalah karangan Imam Al-Ghazali. Ia adalah kitab yang paling agong & banyak di gunakan oleh mereka yang ingin mencari jalan kembali kepada Allah swt. Karangan yang sungguh menarik & sepatutnya di miliki oleh setiap umat islam.
 
“Tanda yang nampak pada orang yang Ujub dalam majlis orang ramai ialah meraka selalu suka untuk mengangkat dirinya dan menganggapnya lebih berkebolehan daripada orang lain dan mereka suka menonjolkan dirinya dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain menolak pendapatnya.
 
Orang yang Takabbur pula ialah mereka tidak senang apabila ia diberi nasihat oleh orang lain dan mereka pula selalu  menggunakan bahasa yang kasar jika memberi nasihat kepada orang lain. Maka sesiapa yang menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain, maka orang itu bersifat Takabbur.” 
 
~ Imam Al-Ghazali (Petikan Kitab :: Bidayatul Hidayah) ~
 
Cermin diri hiasi peribadi. Adakah sikap sedemikian ada pada diri anda, maka berubahlah. Mudah-mudahan anda semakin hamper ke jalan taqwa.