Isnin, 9 Februari 2015

Memoir-Ku di Kampung Halaman

Last week banyak cuti berturut, isnin cuti hari wilayah & selasa pula cuti hari Thaipusam. So cuti 4 hari terus, nak buat ape dengan cuti panjang ni yea, walaupun aku baru je kebah dari demam tapi semangat untuk jalan2 tu masih membara. Lagik2 bile di ajak untuk balik ke kampung. Hihihihi... 

Balik kampung adalah perkara yg menyeronokkan bagi aku suatu masa dulu, Namun sejak arwah ummi kembali menemui Pencipta, perasaan untuk balik kampung semakin tawar, tetapi setelah kehadiran si kecik Nuha yang kini telah berusia genap 3 tahun, aku dapat rasakan perubahan pada emosi aku. Perasaan untuk balik ke kampung telah mula berbunga kembali. Walaupun tiada sesiapa yg menyambut kepulangan kami seperti yg sering dilakukan arwah umi tapi aku tetap gembira. Perasaan Gembira untuk membawa anakanda kesayangan menikmati jalan2 kehidupan zaman kanak-kanak ku. Biar dia juga tahu bertapa indahnya hidup di kampung halaman.  

Berpagi-pagi sudah dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok, bunyi azan subuh dari masjid berdekatan dan suasana pagi yang dingin & mendamaikan. di sebelah Petang pula aku membawa Nuha ke pantai di sekitar kampung. Nampak seronok anak ibu bermain pasir. keseronokan yang sama sekali tidak dapat di nikmati jika hidup di ibu kota.

Dungun Terengganu, adalah tempat membesarnya seorang aku, anak seorang Guru penolong kanan yang terkenal Garang-nya di daerah Dungun. Mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang & bersemangat kental. Aku di ajar dan aku belajar tentang agama, tentang hidup, tentang logik, tentang segala ilmu. Hari2 selepas marghib aku membaca Al-quran dengan rotan panjang sedepa. 

Aku membesar dengan wadah perjuangan islam. Aku mampu menyelami setiap isi hati manusia. Sekilas aku memandang wajah2 mereka, aku tau niat yg terselindung dibalik hati. Mungkin anugerah Tuhan untuk diri yg tidak punyai ape2 ini. Aku dibesarkan dengan semangat ingin membantu, bila senang kite kongsi bersama, bile susah kite hulurkan tangan ringan beban. Aku tidak pandai untuk berniat jahat sesama saudara, aku tidak tahu bagaimana untuk merasa dengki bile melihat org lain berjaya, mungkin kerana aku tidak peduli tentang ape yg mereka miliki, kerana aku di ajar, rezeki itu milik Allah. Ia bisa datang & pergi semudah ABC. Itulah aku, manusia yg bertabah untuk hidup di mana-mana, walau tanpa siapa2 aku tetap gembira dengan ape adanya aku. Kerana aku tahu DIA sentiasa bersamaku, dalam suka juga dalam duka !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan