Bile sebut pasal bercuti ni mmg best, semua org suke g jalan-jalan kan ? tapiii... klu kaki je yg berjalan xpelaa, ni banyak benda yg nak kene prepare & well plan. Jenuh jugakla kepala aku nk fikir semua persediaan untuk trip melancong kali ni. Macam2 benda bermain dalam minda ni. Dahla kos perbelanjaan agak tinggi di negara jepun ni, nak cari makanan Halal confirm payah punye. So semua bekalan makanan & periuk belanga wajib bawak ni. Nak pakai yg dah tersedia tu bimbang ada yg masak ekor pendek. EeEEee gelinya. So better bawak sendiri kan.
Walaupun duit Malaysia Vs USD jatuh teruk, tapi Yen biasa2 je, masih di tahap yg ok, tak banyak beza pun. 1000 Yen = 31 MYR. kire ok lagik latu. Penginapan kami tempah melalui AIRBNB. Kami tempah satu rumah terus.. alaa satu rumah pun bukannye besar sgt, ala2 studio aprtment je, tapi siap dgn kitchen bagai. Itu yg penting. Lagi satu wajib dekat dengan Metro station, senang nk berjalan.
Penerbangan kami kali ni menggunakan Air Asia X. From KL to Osaka KIX. Jumlah hari yang di fikirkan Ideal adalah 10D9N hmm.. dah cukup untuk pusing dari Tokyo sampai ke Miyazaki InsyaAllah. Plan je baru, entah larat entah tidak nk tawaf satu Jepun tu nnt. Kenapa kami pilih bulan April untuk melawat Jepun..? Ini kerana Bunga Sakura akan mula berkembang pada bulan April. Harap dapatlah menimati keindahan bunga Sakura yg tengah berkembang tu. Lagi satu faktor utama ialah suhu pada ketika tu pun dijangka nyaman & xperlu berjeket tebal bagai. Jimat kos nk beli baju sejuk kan.. hihihi..
Rancangan untuk melawat Jepun ni telah dicadangkan oleh my Hubby, sebagai hadiah Bestday My doter & me. So hubby yg banyak plan segala tempat untuk dilawati, aku hanya adjust tang budjet serta tempat penginapan shj. Nampak mudah tapi tak semudah tu, sebab jepun ni kos perbelanjaan tinggi, nk kene fikirkan pergerakan dari satu kawasan ke kawasan yg lain tu camne, menggunakan High Speed train, Bus or Drive sendiri. Banyak benda jugak nk kene PK oOoOo. Semua perbelanjaan mesti under control & meet our budget. Itu paling penting. Walaubagaimanapun tahap keselesaan & timing pun penting jugak. Nak jimat punye pasal tapi masa rugi berjam-jam xpasal jugak camtu. Hmm... sabor jelaa :)
Hope semua perancangan dapat dilaksanakan mengikut jadual, moga dipermudahkan segala urusan nnt. Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan