Jumaat, 6 Februari 2015

Dubai :: Sepetang @ Gold Souk !



Setelah siap bersarapan roti banggala yang besar gajah tu, kami bertolak balik ke Ras Station. Aktiviti menerjah ke kedai emas akan dimulakan. Yeahh... itulah tujuan utama kami sampai ke sini. Pasar Emas di sini mmg sangat terbuka, tiada pengawal keselamatan or senapang patah depan pintu kedai. Even besi pun xde, semua barang kemas dipamerkan di dalam cermin biasa dan boleh di sentuh. TETAPI tiada siapa berani mencuri. Itulah kelebihan hukum Allah, bila dilaksanakan maka hati2 manusia menjadi gentar untuk melakukan kejahatan. Penjual & pembeli pun seronok & selesa untuk berurus niaga. Cuba bukak kt Malaysia tengok, selang sejam kedai kene pecah masuk or kene rompak. Sedangkan Kedai emas yg penuh dengan security & guard bagai pun kene rompak, inikan pula jika pasar terbuka camtu, mmg jahanam. Oh Malaysia Ku Supportlah hukum Allah kerana di situ adanya Rahmat & hikmah yang besar.


Hubby dan seorang kawan dari Malaysia yang telah 25 tahun menetap di Dubai, Kami panggil dia En. Din. sangat petah berbahasa Urdu & juga Arab.  Dialah yang banyak membantu urusan kami sepanjang di Dubai. Thanks God kerana menemukan kami dengan hamba2mu yang berhati mulia.


Ke salah sebuah kedai yang membekalkan pelbagai jenis gold, dari sekecil2 gold sampai berkilo-kilo. Dari segi harga aku rasa lebih kurang je dengan Malaysia. Tetapi banyak design yg cantik2 di sini.



Emas... Emas.... berpinar-pinar mata ku melihat emas sepanjang2 perjalanan...



Hubby bising aku jalan sesorang kt belakang, bimbang jugak aku kene culik rupenya, ingatkan tak kisah.. terserlah tahap kasih sayang di situ... dont worry Im ok je kt belakang ni... hihihihi.. muhahaaha.. :)


Salah sebuah kedai yang Mohammad bawa kami untuk aktiviti tawar menawar. Mohammad adalah Tauke Emas, tapi dia produce barang kemas untuk market India. Perusahaan yang diwarisi dari bapanya. En. Din tu pula adalah staf Mohammad yang paling lama & paling senior. 


Bukan main bersungguh dia membawa kami kehulu- ke hilir. Rasa xsedap hati pulak dibuatnya. Kitorang bukan nk beli emas berkilo2, sekadar semayam dua je pun, habis semua kedai dibawa kami pusing. Rata-rata tauke2 kedai kt situ adalah kawan Mohammad. So kerja tawar menawar menjadi sedikit mudah dengan bantuannya. Bangsa Arab ni mmg dari zaman Nabi lagi merupakan bangsa yg hidup secara berkabilah. Jadi jika kite bawa geng dia, mmg mudah urusan kite. Nak harapkan org asing berurusan dengan diorang ni mmg sedikit rumit. Boleh berurusan tapi tang harga tu tak banyak beza la jika kite sendiri yang bargain.


Kedai Emas lorong belakang. Macam ni pun boleh bukak kedai emas.. hihihi


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. hampir 10 jam di habiskan untuk pusing2 seluruh kedai, tp sebenarnya banyak lagi kedai yg belum sempat kami singgah. Keterbatasan masa & tenaga menghadkan perjalanan kami. Apepun Alhamdulillah segala urusan yang hendak dilakukan telah selesai dengan baik atas bantuan Mohammad. Esok kami akan bertolak balik ke Malaysia. Sepatutnya paling kurang 4 malam diperlukan, barulah cukup untuk melawat Dubai dengan sedikit tenang. Kali ni semuanya terkejar2, rasa kejang otot kaki aku kerana banyak sngt berjalan, bukan sekilo dua, lebih 10KM aku rasa. Mungkin boleh kurus aku pasni. Hubby pun dah keletihan. Sian hubby, walaupun tiada sebarang rungutan kedengaran tapi aku tau dia kepenatan melayan kerenah isteri yg mempunyai 1001 idea & cita2 yang menggunung tinggi. Thanks sayang kerana kadang2 menjadi teman sangat memahami & very supportive, May Allah Bless U. 

Kami hanya ada masa lebih kurang 9 jam shj lagi untuk melawat Dubai. InsyaAllah pagi2 besok kami akan sambung perjalanan ke Ibu Kota Dubai. Burj Al-Khalifah... Tunggu kami datang... !!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan