Isnin, 23 Mei 2016

Weekend : JJCM Ke Utara Semenanjung Tanahair

Hujung minggu yg lalu kami sekeluarga membuat trip singkat ke Utara tanahair. Tiada sebarang perancangan untuk kemana-mana pun, hanya berjalanan sejauh mana yg termampu. Mengisi masa lapang di hujung minggu. 

Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat sekitar jam 8mlm. Walaupun pada awalnya aku rancang untuk bertolak pada jam 5 ptg. Banyak benda yg belum di siapkan. Seperti membasuh baju, pinggang mangkuk periuk belanga, membuang sampah sarap & menyusun tempat tidur supaya kemas & teratur kerana apabila pulang nnt, hati terasa tenang & lapang melihat rumah berada dalam keadaan terurus & bila balik nnt boleh saja terus tido, kerana selalunya kami akan sampai ke rumah pada lewat malam... :)


Persinggahan pertama kami adalah di rumah my abg ipar di Taman Muhammad Jalan Kebun Shah Alam. Plan nak singgah sekejap saja, bila dah bersembang, Sedar tak sedar jam sudah hampir 12.30 mlm. Abg Ma kirimkan daging Rusa untuk kami & juga abg ipar aku yg berada di Sg Petani kedah. Daging rusa tu adalah hasil rancangan pemeliharaan Rusa untuk keluarga ACCMA tetapi malangnya tidak menjadi, beberapa ekor rusa telah mati sebaik shj sampai ke kandang baru di Kg. Tok Dor. Jadinya daging rusa yg sedikit itu di agih2kan sesama keluarga. Alhamdulillah dapatlah kami merasa daging rusa segar dari ladang. 


Nasi lemak simple tapi sedap.


Kami tiba di Pekan Kuala Sepetang Sekitar jam 8 pagi kami singgah untuk sarapan pagi di pasar. Beberapa tahun yg lalu, aku pernah singgah di pasar ini bersama seorang rakan dalam misi JJCM Mee Mak Jah Kuala Sepetang. Aku ni mmg sejak dahulu kala mmg kaki berjalan. Kalau tak ke mana-mana terasa sesak kepala. Mesti nk menghirup angin luar. Tak kisahlah di mana-mana sekalipun yg penting aku dapat melihat alam. Kami singgah untuk makan nasi lemak & minum secawan tea & kopi sebelum menyambung perjalanan ke Sg Petani. Sebelum bergerak, aku sempat membeli Ikan Perkasam di Pasar berkenaan. Saja ingin mencuba ikan perkasam sungai. Bermacam2 jenis ikan ade. Tapi semuanya aku xpernah makan, sebab aku mmg tak makan ikan sungai.

 

Singgah beli ikan perkasam sat :)

Lebih kurang jam 10 pagi kami sampai di Sg petani rumah my abg ipar. Lepak & berborak2 seketika sambil menyiapkan makanan tengah hari yg super simple. Ketika kami dtg, kebetulan isteri my abg ipar tu xde, dia kene jaga student MRSM exam. So kami buat mcm rumah sendiri jekla.. huhuhuhu... lebih kurang 3 jam bertandang kami bertolak pula ke Perlis Indera kayangan. Memandangkan tiada sebarang perancangan awal untuk dtg ke situ maka terpaksalah kami walk in mencari mana2 bilik untuk menginap di Bandar Kangar yg kecil itu. 


Pulut mangga yg langsung tidak di rekemen. Tidak berbaloi dengan harga. 


Petang tu kami ke Taman Pertanian Bukit Temiang. Tujuan utama adalah untuk membeli buah mangga Harumanis yg begitu tersohor di perlis tetapi sayang, buah mangga telah habis katanye, tahun ini mangga kurang menjadi. Dijangka pada bulan Jun nnt Harumanis kembali mengeluarkan hasil. Kami hanya singgah untuk makan pulut mangga harumanis yg ada di jual di dalam kompleks itu. 

Sungguh teruk sekali rasa pulut mangga yg di sediakan. Pulut yg kering & keras seperti telah lama di biar terbuka, mungkin siap di masak tadik pagi. Mangga pula telah "lebuk" & hanya 1/4 dr buah shj yg di potong kecil. Manakala Harga-nya agal mahal RM12/plate. Mmg inilah kali pertama & terakhir aku singgah makan pulut mangga di sini, Pulut mangga di Restaurant Suraya Kampung Baru KL 1000x lebih sedap & manis mangganya. Bila org melayu berniaga beginilah gayanya, mungkin nk pergi Haji balik hari agaknya. Sedih & terkilan rasa hati. Aduhai bangsaku.


 Di dalam kompleks pertanian Bukit Temiang Perlis

Dalam perjalanan ke Kangar aku ternampak buah durian yg berlonggok2 di tepi jalan. Nampak agak bagus buahnya. Kami beli sebiji durian untuk makan di hotel nnt. kami juga membeli Harumanis 1kg dengan harga RM47/kg. Agak mahal rasanya. Bukan musim katanya. Klu musim buah banyak harga hanya sekitar RM30/kg shj. Kerana dah penat sepetang berpusing mencari Harumanis, maka kami beli juga walaupun overprice. 


Senja yg semakin beransur melabuhkan tirai malamnya dari Jetty Kuala Perlis



Pada Malamnya kami ke Kuala Perlis untuk menikmati makan malam di jeti kuala perlis, lokasi kedai pilihan kami adalah Mona Ikan Bakar. Antara masakan yg paling aku suka adalah Ketam masak butter, isi ketamnya tersangatlah segar. Tom Yam dia agak kureng sedikit. Cara Masakan mentarang pun tidak begitu sedap tapi bolehla makan. Next time klu kami dtg lg mungkin Tom Yam & mentarang akan terkeluar dari senarai. Kos makan malam tu hanya RM90. Sangat murah & berbaloi2. dengan kuantiti yg agak banyak & kualiti seafood yg segar2 mmg terbaik. Tidak sia2 kami datang. 


Nuha yg sudah pandai mengelamun menikmati angin laut & mendengar deruan ombak yg menghempas panta, Lama juga dia bertapa seorang diri di situ.


 Dari Jetty Kuala Perlis

 

Sebelum balik ke bilik, kami bersiar2 sekitar Bandar Kangar. Jam baru 9 mlm tetapi bandar Kangar seperti sudah tiada penghuni. Banyak kedai sudah di tutup. Mall yg paling besar yg kami jumpe hanyalah The Store. Kangar seperti Bandar mati. Mungkin semua penduduk sudah mula tido agaknya. Agak tenang & mendamaikan walaupun mungkin sedikit membosankan kerana tiada tempat untuk kami bertengek. Kami singgah di The store untuk melihat ape yg ada di situ. Sempat juga kami membeli beberapa keping Coklat & air untuk sarapan esok pagi.

Keesokkan harinya kami check out sekitar jam 10 pg. Kami bertolak ke Alor Setar untuk makan tengah hari di sana. Kami berpusing2 sekitar pekan jitra sambil mengimbau segala kenangan semasa kami di sana dulu. Oh indahnya masa yg berlalu, walaupun ketika itu hidup seadanya tapi aku rindu untuk kembali seperti dulu. Mungkin masa tu kami kurang menghargai erti kesusahan hidup bersama. Maklumlah baru shj setahun hidup bersama. Hubby sedaya mungkin bersikap seperti dia mampu melakukan apa shj. Segala masalah terlalu payah untuk di kongsi, mungkin dia malu atau mungkin dia tidak mahu aku merasa gundah. 

Seminggu sekali kami ke Pasar malam di pekan jitra untuk membeli makanan & sedikit keperluan dapur dengan bajet RM40 shj. Subhanallah Dialah yg mencukupkan segala keperluan. Walaupun hidup serba sederhana, kami masih mampu meraikan sesiapa shj yg dtg bertandang ke rumah kami, samada kawan2 hubby, sanak saudara & jiran tetangga. Apabila di fikirkan balik, bagaimana kami mampu hidup & bertahan begitu & semuanya berjalan seperti biasa, walaupun ada sedikit kesempitan di rasai namun semuanya berlalu satu persatu & kami keluar dari segala masalah yg melanda kami. Allahuakhbar sungguh ajaib hidup ini. Hidup yg dinaungi rahmat & keberkatan Allah.

Selepas habis meronda pekan Jitra maka kami singgah di restaurant Ikan Bawal Bakar di Bandar Alor Setar. agak sedap juga makanan di situ. Berbagai pilihan masakan kampung di sediakan. Kemudian kami ke Pasar Rabu yg baru. Beberapa kali juga kami tersesat jalan kerana mencari lokasi Pasar Rabu yang baru.




Budak yg suke merajuk, bila merajuk mulalah nk lari merata-rata.. 
aiiishh budak kecik ni, kecik2 dah pandai nak main lari2. Sekitar jam 2 ptg kami bertolak ke Sg Petani untuk makan durian pula. 


Singgah makan durian di Sg Petani. Anak menakan, Ammar Yasir yg semakin membesar.

Lewat petang juga kami baru beredar & bertolak pulang. Dalam perjalanan balik hubby singgah di Kepala Batas untuk potong rambut. kedai gunting rambut kegemaran hubby. Mmg dari dulu lagi hubby suka gunting rambut di situ, murah katanya hanya RM5. Sebelum balik kami singgah di Kedai Char Kuew Teaw Telur Basuh di Sg Dua. Kemudian kami bungkus nasi goreng udang untuk sahur. Kerana kami rancang untuk berpuasa ke esokkan harinya. 

Perjalanan pulang kami di iringi dengan hujan yg sangat lebat, hubby perlahankan halaju & aku cuba menahan mata supaya tidak terlelap kerana bimbang nnt hubby pula yg terlena. Manakala si kecik Nuha telah lama bemimpi di belakang. Sepanjang perjalanan pulang banyak benda yg kami bincangkan berdua. Tentang hidup & masa depan, tentang agama & cita2 kami. Banyak perkara juga dapat dikongsi bersama walaupun hanya dalam sebuah perjalanan yg singkat. 

Kami tiba kembali di Hillpark 2 sekitar jam 2 pg. Alhamdullillah semuanya baik2 belaka. Sebuah percutian singkat yg amat bermakna dengan segala macam cerita & kenangan yg mengisi ruang hati, menjadikan aku semakin kenal akan diriku sendiri & juga semakin memahami hati seorang suami yg kadang2 tidak aku temui selama duduk di rumah bersama. Mengembaralah & bermusafirlah dengan tujuan yg baik. Kerana hidup ini juga adalah sebuah perjalanan yg tidak pernah terhenti selagi nyawa dikandung badan. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan