Khamis, 14 Disember 2017

Bercuti Ke Krabi :: Barracudas @ Koh Phi-Phi Island


Dah lama entry ni terperuk dalam draf, gambar semua dah upload cume cerita sampai ke sudah aku tak tulis. Memandangkan entry ni dah bertahun2 banyak jalan cerita yang aku dah lupa. Jadi biarlah gambar saja yang bercerita. Trip ke Koh Phi-Phi ni kami ambik dengan agent Barracuddas.

So far service diorang ni bagus. memang agent ni agak famous di sana. So tidak menghampakan.



Dah kepenatan setelah snokel kt laut tadi. aku lepak atas boat je. cume 2 beranak ni je yang terjun tengok ikan. 











Inilah speedboat yang kitorang naik. Kalau nak naik long boat pun boleh jugak, murah sikit je dari speedboat & ia agak slow... relex & steady xdelah melompat2 sangat. 

Rabu, 13 Disember 2017

Makan Durian :: Musang King SS2 Petaling Jaya




Last week aku mengidam nak makan durian yang sedap a.k.a Musang King. Demand sungguh baby ni tau, durian murah-murah tak nak. Kalau cakap ibu baby yang nak makan lambat sikit abi-nya bertindak, tapi kalau cakap baby yang nak makan laju la sikit hasrat tu ditunaikan Hihihihi... So cara penyampaian maklumat kepada kaum Adam ni kene pastikan betul2 sampai. Kene pandai karang ayat sikit untuk memastikan apa yang dihajati tercapai, ala2 kesian + sedih gitu hahaha. Aku pun baru je menuntut ilmu ni.. Jeng...Jeng... Bocor rahsia hihihi :)) Tapi my hubby ni takdelah kejam sangat, paling slow pun time weekend dia bawaklah mana2 nak pergi. he is So sweet. Payah dah nk jumpe version ni zaman sekarang :)) 

Pendek cerita banyak tempat juga kami pusing2 cari durian jenis Musang King ni. Harga berlegar sekitar RM42 hingga RM60 per kilogram. Itu adalah harga semasa pasaran untuk bulan 11 to 12 bagi tahun 2017. 

Untuk makluman penggemar raja buah jenis Musang King ni ada 2 jenis.  Kene tanya tokey yang jual tu sebelum decide nak beli yea. Kualiti Musang King yang terbaik & lemak2 manis adalah durian yang berasal dari Negeri Pahang ie : Raub. Manakala Musang King dari Negeri Johor sedikit kurang kualiti-nya. Rasa pun sedikit pahit & kurang berlemak ala-ala makan D24. Harga untuk buah durian Musang King dari Pahang adalah sekitar RM54 to RM60 per KG. Manakala Musang King dari Johor lebih murah sekitar RM40 - RM46 per KG. Kadang2 ada penjual menipu. Dan kami memang pernah terkena. Selalunya peniaga2 yang jual di pasar malam kuat menipu, cakap buah dari Pahang padahal buah tu dari Johor. Hmm...



Tapi jika korang nak dapatkan buah yang betul2 puas hati & InsyaAllah tidak mengecewakan silalah berkunjung ke Gerai Durian SS2 Petaling Jaya. Ada orang kata kedai Durian Uncle Donald tu murah & bagus, itupun menipu. Coz aku dah pergi survey harga di situ, ternyata harga yang ditawarkan jauh lebih mahal & saiz buah kebanyakkan-nya kecil2 serta kurang segar. Tangkai dah kering. Gerai Durian kt SS2 ni quite famous sebab banyak gerai kot. 

Sejak zaman aku study kt UiTM Shah Alam pun dah 2,3 kali aku cari durian kat sini bersama kawan2. Harga tu standard-la. Seingat aku masa kitorang pergi tu pasal tertarik dengan  promo makan durian sampai kenyang, cuma bayar RM10/pax. Tapi bila pergi try dengan kawan2, dia kasi 2 biji je pun, itupun durian kampung yang entah ape2, kalau nak buah yang sedap kena timbang kilo. Hmm terkena kitorang masa tu. Sejak dari tu, setiap kali pergi situ, beli durian timbang kilo & makan, puas hati. Promo entah ape2 tu gimik semata2.

Lokasi gerai yang bagus adalah sebelum kedai uncle Donald. Ada satu kawasan parking yang luas & nampak susunan Raja Buah bertingkat2 serta berbakul2 buah durian yang segar di pamerkan di situ. So sila singgah di situ. Banyak pilihan buah & juga harga sangat berpatutan. Jika berhajat untuk makan 2 orang bawak RM150 sudah memadai, tapi jika datang bersama ahli keluarga yang ramai sila standby duit lebih sikit yea. Coz sebijik Musang King sekitar 1.5kg - 2kg. Durian jenis lain pun ada. D24/X0/Kunyit dan sebagai-nya. Tepuk perut tanyalah nak makan berapa biji. hihihi... 

Selamat mencuba !







Selasa, 12 Disember 2017

Timberland :: My Comfy Sneakers For Travelling !


Memang terbaik !

Tak sampai 3 hari order sudah sampai depan pintu. Hohohoo... mantap... 
I Like muahahaha...




Order from Singapore Timberland Outlet



Bahagian dalam kasut. Walaupun beli direct dari genuine store tapi kena cek juga. Pastikan Original :))

Alhamdulillah saiz pun sedang elok saja dengan kaki & sangat selesa untuk walking dengan jarak perjalanan yang jauh. Lama lagi nak pakai kaki ni. So kene pastikan kaki selesa barulah syok nak berjalan. hahaha ayat cover baik... 

Ape2 pun sangat2 berpuas hati... I Love it !!! 



Timberland :: Angkat Dulula Sepasang :))


Dah lama aku nak beli Boot Timberland ni, tapi asyik duk berkira-kira je. Tapi bila difikir2kan duit pun habis kelain jugak, So apa salahnya aku happykan diri sendiri dengan membeli sesuatu yang dihajati. Ayat pujuk hati coz dah terbeli... hihihihi...

Dalam part membeli barang aku agak teliti sikit. Kalau setakat nak beli branded shoes kat pasar malam or Petaling Street memang aku tak beli lagila setakat ni. Setakat nak show off tak tentu pasal is not me. Pada aku, nak beli sesuatu adalah untuk keselesaan & kepuasan diri sendiri xde kene mengena dengan sesiapa. Lain padang lain belalang. Ada duit beli, xde duit sila duduk diam2.

Aku beli Timberland tu pun sebab ade sales sempena krismas. Kalau tak kerana sale takde-nya aku nak perabis duit semata2 nak beli kasut ni. Coz kasut kat rumah pun dah bersusun, kononla beli untuk tahun depan katanya. Memang berfikiran jauh sungguh tu. Buat masa sekarang xde kepentingan langsung untuk aku beli kasut sebenarnya. Coz mid Feb 2018 nanti aku dah nak Due. Kedebusss... Selamat Berpantanglah selama 40 hari yea. Dah tak lama tu .. huwaaaaa.... seram pulak memikirkan-nya...


Tujuan utama aku beli kasut ni adalah untuk travel purposes lah kononya...hihihi... entah ke mana nk g travel pun xtau lagi. macam2 aku ni, kadang2 aku pun pening sendiri. Ape boleh buat, hobi aku memang berjalan, mmg tak boleh nak duduk diam. Kalau beli kasut setakat nak jogging kat taman depan rumah tu, pakai selipar pun jadi. hihihi  

So after dah berjaya menyusutkan acc simpanan dengan membeli kasut, lepas ni kene slow2 tengok lokasi & survey tiket flight untuk next year pulak la yer. Survey jelaa dulu buat perbandingan harga, nanti bile time sale senang boleh decide terus untuk grab lokasi yang di rasakan sesuai .. adeehh... pengsan nk fikir flight tiket & accomodation... "anok wet" dh bersusun next year... bertabah sajalah...

Tengah duk syok2 menyoping Online ni, tak tersedar dah 12am ++... Ya Allah dah larut malam rupanya. aku ni selalu kul 10 dah lelap, Hmm hubby pun dah senyap tu.. entah2 dah bermimpi.. sian hubby tido sesorang okla nk masuk tido dululah bye...Assalamualaikum & selamat Malam ... 



Sabtu, 9 Disember 2017

My Beloved Mokde :: Pergi Tak kembali

Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Petang kelmarin aku disentap dengan berita kematian ibu tiri yang sangat baik hati & banyak membantu kami adik beradik, terutama dalam hal2 menguruskan segala perkara yang berkaitan harta pusaka arwah umi & abi. Banyak juga dia membantu abg & adik-ku dari segi kewangan. Adik bongsu-ku Ahmad Naziruddin atau lebih mesra di panggil Sadiq masih lagi menuntut di tahun ke-2 UKM. Yuran semester selalunya Mokde yang tolong bayarkan, walaupun tiap2 bulan budak kecik tu dah dapat duit pencen arwah umi beriban2. Masa Sadiq masuk Hospital Putrajaya awal tahun haritu pun mokde juga tolong bayarkan bil hospital yang mencecah hampir 3 ribu tu, klu tidak memang masak jugak dibuatnya jika aku nak kene bayar, maklumlah budak kecik tu bukan ada duit. Tidak dinafikan Mokde memang tidak pernah berkira jika ada yang minta bantuan. Dia selalunya akan bersangka baik saja. 

Dulu aku jarang bercakap sangat dengan dia. Tapi sejak arwah abi telah tiada aku semakin rapat dengan dia. Perasaan tanggungjawab untuk ambil berat terhadap dia sedikit menebal dalam diri, kerana dia hanya tinggal seorang diri di rumahnya di Kuala Dungun tu. Walaupun rumah adik beradik dia hanya selang beberapa rumah saja tetapi dia lebih senang duduk sendiri katanya. Lagipun mokde tiada anak, hanya anak saudara saja yang selalu datang menjengoknya. Perkara itu menambahkan lagi rasa hiba dihatiku terhadap nasib mokde. Ya Allah engkau menguji hamba2mu sesuai dengan kemampuan mereka. Sejak pencen dari menjadi cikgu, Mokde menghabiskan masa terluang-nya dengan menghadiri kelas agama. Pernah juga aku mengajaknya untuk ke Rumah-ku di Kajang mahupun Putrajaya tetapi dia menolak, katanya sayang untuk meninggalkan kelas agama yang sudah diikuti hampir setahun itu. 

Setiap kali balik ke kampung aku pasti singgah sebentar di rumahnya untuk melihat keadaan dia. Last aku jumpe dia adalah ketika pulang ambil Muiz pada awal bulan 7 haritu. Banyak perkara yang diborakkan. Dia seorang yang memahami & sering memberi kata2 positif kepada aku. Walaupun hanya ibu tiri tetapi rasa prihatin terhadap anak2 (adik beradi-ku) masih juga diambil perhatian. Aku melihatnya sebagai seorang guru yang tegas tetapi baik hati. Masih teringat kata2 arwah abi kepada-ku, "buat baikla dengan "ummi" tu, tak jumpa lagi dah ibu tiri baik macam dia" yer abi... ade benarnya kata2 abi tu. Memang dia seorang perempuan & ibu yang baik. Maka tidak hairanlah jika kematian dia pun dalam keadaan yang baik.

Kali terakhir aku berhubung dengan mokde adalah pada 26 Nov 2017. Memaklumkan tentang pencapaian Muiz untuk peperiksaan akhir tahun 2017. Dia bertanya juga mengenai bila due date aku & turut mendoakan semoga urusan hidup-ku dipermudahkan. Itulah doa & kata2 terakhir yang sempat dibualkan bersama mokde. Rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu mokde buat kali terakhir sebelum Mokde bertolak untuk menunaikan umrah pada 8 Dis 2017 haritu. Mungkin takdir Allah telah tertulis. Semoga Allah merahmati & menempatkan Mokde dikalangan hamba2NYA yang Mulia. 

Setelah mendapat berita mengenai kematian mokde aku tidak dapat lelap walau seminit pun pada malam semalam. Terasa benar kehilangan-nya. Belum sempat aku mengenalinya dengan lebih dekat, dia telah pergi menemui sang pencipta. Setelah arwah abi meninggal genap setahun 8 bulan, akhirnya semalam mokde pula menyusul. Maka hilanglah tempat adik2 meminta belas ehsan. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kalian & juga aku untuk terus hidup dengan segala amanah yang dipikul sendiri. 

Arwah mokde meninggal ketika transit di Jordan sebelum ke Madinah. Aku difahamkan, cuaca di Amman Jordan begitu sejuk iaitu sekitar 8 darjah celcius & mokde ada mengadu sesak nafas kepada rakan jemaah sebelum jatuh pengsan. Rombongan Umrah mereka bertolak dari KLIA pada 8 Dis 2017 sekitar jam 10pm waktu malaysia dan sampai di Amman sekitar jam 5am waktu Jordan. Jenazah arwah mokde tidak dibawa pulang ketanah air. Semua ahli keluarga bersepakat untuk kebumikan jenazah disana saja.

Dalam Doa yang penuh ikhlas dari lubuk hati ini, aku memanjatkan doa kepada Allah swt semoga urusan mokde dipermudahkan sebagaimana mokde telah mempermudahkan segala urusan kami adik-beradik selama ini. Saya mungkin akan merindui mokde sebagaimana saya merindui arawah ummi & juga Abi. Semoga kita sekeluarga akan bertemu nanti di Syurga Allah. Amin Ya Robbal a'lamin. 




Selasa, 21 November 2017

Kafir Itu Tidak Gembira Melihat Kau Bahagia !

Kalau di ikutkan hal dunia, sampai Kiamat pun tak-kan pernah berakhir. Sebanyak mana diluangkan masa untuk dunia pun tidak akan ada penghujungnya. Ada2 saja perkara & masalah yang timbul & perlu difikirkan hingga terasa bagai nak bocor kepala. Oleh itu perlu ke dihabiskan segala tenaga, masa & usia hanya semata2 untuk memikirkan tentang dunia ?

Aku sering mengambil pendekatan yang mudah & tidak terlalu mengambil pusing tentang banyak perkara yang berlaku disekeliling aku. Tiada faedah memenatkan segala saraf otak yang Allah kurniakan semata2 untuk membebankan kepala. Apa yang berlaku itu anggaplah saja seperti angin & hujan yang turun buat seketika. Nanti esok hari mentari kembali bersinar. Begitulah juga untuk hari2 yang seterusnya. Nikmati setiap kesusahan & keperitan dengan seadanya.

Bersangka baik dengan diri sendiri. Selagi ada segelas air putih & sepotong roti untuk dinikmati maka bersyukurlah masih ada rezeki. Hidup ini bukan selamanya untuk dinikmati, kerana itu sifatnya syurga. Bersabarlah wahai setiap jiwa. Masih banyak jiwa untuk dijaga & hati untuk dikasihi. 

Kafir2 laknatullah itu hanya berusaha untuk menjahanamkan. Tawakkal kepada Allah itu lebih besar ganjarannya. Patah tumbuh Hilang berganti. Yang lebih baik selalunya datang terkemudian.

Isnin, 20 November 2017

Prenancy Supplement :: IBERET 500, OBICAL, Multivitamin ELEPRO


Salam Hii semua, entry kali ni just nak share supplement yang aku amik sepanjang kehamilan. Dah lama nk share tapi asyik terlupa je. Harini ada masa skit & kebetulan aku pun sudah kehabisan stok asid folic & baru je membuat pembelian di Lazada tadi. hihihihi... itu yg teringat nak update blog ni. 

Untuk kandungan kali ke-2 ni, aku tak makan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Kalau masa preggy kt Nuha Safiya dulu aku just consume semua pil2 yang klinik kesihatan kasi je, malas nak fikir untuk beli apa2 ubat tambahan. Tapi kali ni lain pula, mungkin kesedaran tentang kesihatan janin membuatkan aku sedikit aware & ingin memberi yang terbaik untuk kandungan kali ni, maklumlah umur pun dah meningkat, Lagipun sudah hampir 6 tahun berlalu dari masa 1st preggy Nuha dulu. Untuk bekalan Acid Folic, aku menggunakan Iberet 500. Alhamdulillah banyak perubahan yang aku rasa, antaranya kurang berlaku kekejangan kaki & juga tak ada masalah sembelit. Semuanya smooth je. Stok Iberet ni aku beli online di Lazada je. Harga lebih murah berbanding di Farmasi. Sekitar RM26 ke RM28 sekotak untuk 30 biji. Waktu sesuai untuk makan acid folic ni adalah pada waktu pagi selepas sarapan. Selalunya aku akan makan dulu simple2 after dah sejam baru aku makan iberet 500. 


Bagi bekalan sumber Kalsium pula aku menggunakan Obical. Kalsium ni aku ambik masa kandungan mula nak masuk 3 bulan. Mengikut nasihat pakar Obical ni tak sesuai amik ketika kandungan masih di Trimester 1 kerana saiz pil terlalu besar & kandungan masih muda so tak perlukan tambahan kalsium yang banyak. Dipendekkan cerita ibu-ibu boleh consume Obical ni ketika kandungan sudah melepasi 12 minggu yea. Ape perubahan yang aku alami setelah consume obical ni, Alhamdulillah semua gigi masih stabil hingga sekarang, tiada sebarang kekurangan kalsium nampaknya. Kalau compare 1st preggy, masa kandungan sekitar 24 minggu aku sudah mengalami masalah gigi. So sebatang gigi aku terpaksa dikorbankan ketika tu. Kata doktor itu disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan, sebab janin memerlukan banyak kalsium untuk pembentukkan tulang. Tapi kali ini semuanya baik2 saja. Syukur, memang tak sia-sia aku amik obical ni. Waktu sesuai nak makan kalsium adalah 2 ke 3 jam sebelum tidur malam yea. Kerana penyerapan kalsium oleh badan dapat berlaku dengan baik. Itu apa yang Doktor Pakar kt Britannia tu cakaplah. Selalunya aku akan makan bersama susu segar. After that tidur dengan aman sampai ke pagi. :))  



Extra vitamin yang amik pula adalah Elepro. Multivitamin ni pun aku dapat masa buat check up di Britannia Kajang tu. So aku just gunakan saja. So far Alhamdulillah, tahap kesihatan & juga stamina sedikit baik kali ni. Walaupun ada juga mengalami keletihan tapi yang tu biasalah kan... Dah ke hulu-ke hilir bawak baby dalam perut tu, memang tipu la kalau aku cakap tak letih langsung. Tapi dengan mengambil kedua-dua jenis supplement tu membuatkan aku berasa sedikit kuat & cergas untuk melakukan kerja2 harian. Harga Elepro ni sekitar RM30 sebotol untuk 60 biji. Waktu sesuai untuk makan multivitamin ni adalah pada waktu pagi. Aku selalu makan bersama dengan iberet 500 tu. 

Kepada ibu2 yang masih mencari vitamin yang baik untuk menampung pembesaran kandungan anda bolehla cuba yang ni ya.   



Ahad, 19 November 2017

Holiday HK :: Satu Hari Di Ocean Park

Sambungan cerita di Hong Kong...

Aktiviti hari ke 3 kami adalah ke Ocean Park. Target whole day kat sini. Memang besar kawasan Ocean Park, banyak tempat juga terpaksa aku skip sebab tak larat nak naik turun bukit. Kawasan dia berbukit2. Lagi pulak masa kami pergi tu ada beberapa tempat ditutup untuk maintenace. Baru je plan nak bawa Nuha tengok pertunjukan singa laut & dolphin, hmm mungkin next time la kot jika ada rezeki. 

Tiket masuk untuk ke Ocean Park adalah RM185/pax dewasa & 100/pax kanak2. Masa ni aku dapat tiket murah + promotion code. So jimat banyak di situ berbanding tiket biasa. Rajin2lah search promotion code kt Mr Google tu yea. 

Kawasan ocean park ni berada di kawasan berbukit, jadinya sangatlah diwajibkan korang pakai kasut yang sesuai serta bawa air minuman lebih skit. Makanan pun kitorang bawa, so far lepas je. Kepenatan turun naik bukit menyebabkan aku malas nak berjalan. Pergi mana yang dekat2 je. Cadangan masa terbaik untuk ke sini adalah di musim yang sedikit dingin iaitu sekitar pertengahan bulan November, cuaca pun nyaman so xdelah terasa letih sangat.

Masa mula2 masuk ke Taman Tema ni, kami terus naik Cable Car menuju ke bahagian atas bukit. Memandangkan kami sampai awal so xdela que panjang nk naik cable car. Cantik melihat pemandangan laut HK dari lereng bukit. 

Ok jomlah layan gambar2 kami semasa di sini. 






Taman Singa laut... Banyak ekor juga ada kat sini...




Dalam rumah panda ni ada sekor je panda. Masa kitorang masuk boleh pulak dia tidor maka kempunanlah nak tengok panda kt sini, cume monyet je yang tak tido. Walaupun berada di Wilayah China, tapi Panda cume ade sekor je, macam tak berapa nk ikhlas buat. Better ke Zoo negara KL lagi besar & puas hati tempatnya. Pendek kata kalau nak tengok Panda, Kat KL lagi best. Kami dah pergi dulu, masa Nuha Safiya kecik lagi. Entah ingat ke tidak dia.



Masa ni kami menuju untuk tengok Sea Lion, Sayangnya tiada pertunjukan pentas masa kami datang sebab tempat tu tengah naik taraf. So layan Sea Lion dalam kolam je laa sambil menikmati pemandangan laut yang indah dari atas.


Suka sangat 2 orang ni. Suka2 jugak perangai tu kene behave. Budak2 ni bile dah over excited lain macam pulak dia. No..No..No..


Kat atas tu bahagian permainan yang agak adventure, lebih kepada orang tua macam roller coaster yang berputar2 tepi bukit tu. Tengok lokasi pun dah seram. Hubby sorang saje yang naik. kami lepak kat bawah je. Ada banyak tempat permainan & binatang juga kt atas tu. Ada rumah peguin, singa laut & juga aquarium. Memang banyak tempat, satu hari tu pun tak boleh nak habis klu nak pergi semua tempat. Tapi kami hanya singgah sekejap2 je untuk satu2 tempat. Sebab dah masuk ke petang dah malas nk menapak. Matahari pun dah meninggi, cuaca ketika kami ke sana lebih kurang saja dengan Kampung Halaman kami di Malaysia. Semua dah kelaparan. Jom makan bekalan dulu. 
   






Inilah dia rumah peguin... banyak sangat pingu kt dalam tu...  







Sukanya dia... hihihihi... my hubby ni memang selalu camtu, ala2 menunjukkan kegembiraan & keterujaan bila dapat naik permainan kanak2. Maklumlah masa kecik xde peluang nak naik, dah besar baru nak merasa... takpe yunk i faham perasaan U... hiihihihi... 



Tinggi jugak benda Allah ni naik & berpusing. So bolehla menikmati pemandangan sekitar Ocean Park. Aku & Nuha tunggu kt bawah je. 

Banyak lagi tempat yang kitorang singgah kat dalam ni, tapi beteri fon aku dah kong. So selebihnya ada dlm my hubby punya fon. Sebelum balik tu kitorang singgah di aquarium. Besar juga la tempatnye, ala2 macam di aquarium KLCC tu. Bile menjelang semakin petang, semakin ramai pengunjung China yang mulai masuk. Sangat ramai, aku tengok pun dah naik pening. Kalau tadi pagi macam lapang je kawasan bawah tu, tapi masa kami nk keluar Ya Allah beratur lebih 150m untuk masuk ke pintu utama. Bukan budak2 yea, semua dah tua2 & rambut pun dah beruban. 

Itu jelah aktiviti kami di Ocean park. Alhamdulillah selesai misi hari ke 3. Jom lepak2 sekitar Kowloon pulak. dah tak larat nak jalan jauh2 dah ni... 



Rabu, 15 November 2017

Zikir Meringankan Beban Hidup


Alhamdulillah, 

Hari ini aku ingin berkongsi dengan kawan2 mengenai keajaiban zikir & mengingati Allah. Amalkanlah untuk sentiasa beristighfar sebanyak 100x sehari paling kurang. Sambil naik kereta, memasak & buat kerja pun boleh. Asalkan mulut tidak ikut berkerja skali. 

Banyak perkara yang telah aku lalui & aku sendiri alami. MasyaAllah hebat sunngguh kuasa Zikir ni. Dari satu kesulitan kepada satu kesulitan yang lain, satu persatu aku hadapi dengan satu keyakinan bahawa Allah itu tidak pernah menzalimi hambanya. Aku sentiasa percaya & yakin bahawa dengan memohon keampunan atas setiap dosa kepada Allah akan memudahkan urusan & meringankan beban hidup & Alhamdulillah ia memang benar2 berlaku terhadap aku. Walau pada perkiraan dunia, aku merasakan bahawa kesulitan itu amat sukar tetapi akhirnya penyelesaian satu persatu merungkaikan setiap permasaalahan hidup & aku kembali tenang. Allah hummaantarobbi...

Setiap manusia ada kelemahan diri, walau sehebat manapun mereka, manusia tetap lemah & banyak kekurangan. Suatu ketika Pernah seorang hamba Allah berniat jahat terhadapku, mungkin dia mulai dengki, bermacam2 perkara yang dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan aku & memalukan aku. Tetapi Allah ada. Mereka bukan seorang, tetapi berkumpulan membuat cubaan fitnah kepada-ku. Dan aku tetap percaya, Allah ada bersama-ku. Ya Allah bantulah. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan sambil aku terus menerus beristighfar moga tentera Allah datang membelaku. Yeerr itulah akhirnya yang berlaku. Allah sentiasa mendengar walaupun kita berbisik di dalam hati...  


Allah berfirman 

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri" 

Al-Baqarah : 222

Sesungguhnya syaitan telah berkata "Demi Kemuliaan-Mu ya Allah, aku akan terus menerus menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada (masih hidup) Maka Allah berfirman, " Demi kemuliaan & keagungan-Ku, aku akan sentiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampun (beristighfar) kepada-Ku" 

HR Ahmad & Al-Hakim


Cubalah, InsyaAllah kamu juga akan merasakan sesuatu keajaiban yang tiba-tiba datang. InsyaAllah. Yakin & percayalah bahawa tiada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa Melainkan Dia yaitu ALLAH. 


Salam sejahtera...  





Ahad, 12 November 2017

Little Caliph :: Grand Ihtifal 2017



Pada hari Sabtu haritu, kami ke majlis Grand Ihtifal Little Caliph yang di adakan di Dewan Kejuruteraan UPM Serdang yang berlangsung seawal 8.30am to 12.30pm. Untuk sessi pagi kanak2 cilik yang berusia 4 dan 5 tahun membuat pelbagai persembahan serta menerima pelbagai anugerah prestasi cemerlang untuk sessi pembelajaran 2017. Ini adalah kali pertama aku menyertai anjuran hari konvokesyen Little Caliph. Tahun lepas kami tidak dapat bersama untuk memeriahkan majlis kerana kami sekeluarga bercuti selama sebulan untuk menjayakan trip menjelajah Europe. Tapi sampai harini belum siap2 lagi ceritanya. hihihihi... dah hampir lupa agaknya. Nak kene repeat lagi sekali kot.. hahahaha.

Nuha Safiya berada di kelas KG1(5) untuk tahun ini. Ada beberapa orang kanak2 yang dipilih untuk membuat pelbagai persembahan bagi mewakili kelas masing2. Jumlah pelajar dalam setiap kelas lebih kurang 30 orang. hanya 14 org yang terpilih untuk membuat persembahan dipentas. Pada hari tu Nuha Safiya membuat persembahan tarian cina, nyanyi lagu Raihan "Ching Ai". Bukan main semangat lagi si kecik ni dapat masuk aktiviti tari menari. 





Dah nampak besar sangat anak ibu ni, padahal baru 5 years... Hmmm semoga Allah sentisa menjaga buah hati, intan payung kesayangan ibu ni menuju jalan ke Syurga Firdaus. 






Gambar naik pentas masa amik hadiah tak sempat ibu nak snap... 
simpan dalam kenangan sajalah... 


Sempena hari anugerah tu, Nuha Safiya juga telah terpilih sebagai Best Reading Siri Cepat Baca untuk kelas KG1(5). Tahniah anak ibu ... !!! Dua hari sebelum Grand Ihtifal berlangsung Teacher Lin dah mesej kat ibu. Tak sangka pulak semek kecik yang kuat main HP ni boleh dapat anugerah. Apepun semoga menjadi semangat untuk terus belajar dengan rajin & cemerlang pada masa akan datang. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dari kecik tak di ajar semangat membaca & menuntut ilmu bila dah masuk sekolah nanti budak2 ni jadi malas nak belajar serta kurang motivasi diri. Tapi dari pemerhatian ibu, Nuha Safiya ni rajin belajar, kadang2 tak perlu disuruh pun dia suka ulangkaji semula apa yang telah di baca bersama guru di tadika. Alhamdulillah semoga terus istiqomah sayang.

Hari Konvokesyen Little Caliph ni telah di gabung sekali bersama dengan Little Caliph dari Bandar Tun Hussien Onn. So sedikit meriahla sambutan-nya. Apepun semoga Little Caliph terus cemerlang & berjaya membentuk anak2 kecil ini menjadi manusia yang berjiwa murni & mengenal Allah. 

Belum sempat habis Majlis Nuha dah tanya ibu, "Ibu..Ibu... Ibu nak kasi hadiah ape kat Nuha ni ?" hihihihi.... Ibu dah 2 hari lepas pikir nak beli hadiah apelaa pulak kt si kecik ni. Nak celebrate makan2 macam dah selalu sangat makan macam2 so dah jadi macam biasa sangatla pulak. Adoiii... "nanti ibu tengok kat Lazada nak beli hadiah ape" sambil godek2 lazada tiba2 terkeluar gambar kitchen toys tu, terus si kecik jerit, "hahh Nuha nak main masak2la ibu, ibu beli kitchen tu pun boleh untuk Nuha" hihihihi... iyelaa nanti ibu belikan. Oh anak... kadang2 membuatkan hati terasa syahdu & terbelai indah, kadang2 buat jiwa rasa tidak keruan. Hmm sesungguhnya harta & anak2 tidak lain hanyalah perhiasan dunia yang sementara. Semoga dirimu terdidik dengan akhlak & peribadi yang Mulia anak-ku. 


  


Isnin, 30 Oktober 2017

22 Week :: Details Scan 3D / 4D & HD @ Sonovision Kelana Jaya

Pada 14 Oktober 2017 yang lepas, kami ke Sonovision Kelana Jaya untuk membuat Details Scan baby dalam perut ibu ni. Perasaan ingin tahu tentang keadaan baby yang sudah hampir 22 minggu berada di dalam kandungan membuatkan aku semakin tidak sabar untuk mengetahui perkembangan-nya. Harapan seorang ibu mestilah yang baik-baik belaka kan. Sihat tubuh badan, sempurna kejadian, mempunyai kadar tumbersaran yang stabil & comel macam ibu .. hihihi... 

Banyak tempat juga aku survey untuk buat details scan & juga scan 3D/4d/5D/6D ni. Dalam banyak2 tempat akhirnya Sonovision Kelana Jaya yang paling berbaloi rasanya coz diorang ada buat special rate untuk ibu2 yang sudah mencapai usia kandungan 18 minggu - 30 minggu. Details scan selalunya lebih sesuai dilakukan ketika usia kandungan 20w - 25w, masa tu baby masih kecil & semua gambaran akan kelihatan jelas berbanding usia kandungan yang sudah besar. Jika nak tengok muka baby pula ibu2 disarankan membuat scan pada usia kandungan 25w above. Masa ni muka baby dah berlemak sikit, xdelah kurus sangat so nampak muka baby pun comel. Berbaloilah sikit nak bayar mahal pun kan. Tapi kami buat skaligus haritu coz harga yang ditawarkan agak murah iaitu RM180 untuk Details scan,3D/4D & juga HD. Kalau nak lagi clear boleh scan 6D pakai cermin mata hitam tu, nampak muka baby lebih clear gitu. Tapi kami tak buat cukuplah scan HD je, pakej skali.

Apa itu Details scan ?

Details scan ni dilakukan dalam bentuk gambar skrin hitam putih, tujuan ia dilakukan adalah untuk mengesan kecacatan awal pada janin contohnya sumbing, pembesaran terbantut & sebagainya. Antara perkara yang dilihat semasa details scan dilakukan adalah seperti :-

1. Kepala & Otak janin, saiz, ukuran & juga kandungan air didalam otak. semua tu boleh nampak dengan jelas.

2. Tulang belakang, saiz tulang belulang janin dari tangan, peha & juga jari2 kaki & tangan.

3. Profil muka janin, keadaan bibir, hidung, telinga, mulut & mata

4. Dada termasuk diafragma, iaitu bukaan dada janin ketika iainya berkembang & menguncup. 

5. Keadaan jantung

6. Abdomen janin termasuk buah pinggan, pundi kencing & perut

7. Jantina janin. Yang ni selalunya paling last dia buat. kasi dab-dib -dub skit... 

Melalui details scan yang dibuat pada baby ibu haritu nampaknya Alhamdulillah perkembangan baby normal & stabil. Pembesaran anak ibu ngam-ngam dengan jadual perkembangan janin sihat. Alhamdulillah lega hati ibu mendengarnya.  

Hampir 30 minit juga dihabiskan untuk scan details. Nuha safiya bukan main excited nak tengok baby, tapi bile dah tengok baby macam2 pulak mulut dia bertanya yang bukan2. Kenapa baby camtu, camni.. isk..isk..isk... si kecik ni. Masa buat scan HD boleh dia cakap muka baby macam Alien... aku dengan cepat menjawab "yerla baby tu kan masih kecil memanglah nampak camtu, nanti bila baby dah keluar dah besar comel laa dia..." Sonographer pun letih menjawab soalan2 cepu emas Nuha Safiya. Siap dia pulak yang nak jadi sonographer.. eh..eh..eh.. budak kecik cinonet ni... sabor jela. 

Masa scan 4D & HD baby asyik tutup muka je. Dua-dua tangan dia letak atas muka. So agak rumit sikitla Sonographer tu nak pujuk dia kasi turunkan tangan dari muka. Payah betul nak ambil gambar baby ni tau, macam2 buat pun still tak boleh nampak muka baby dengan jelas. Ada2 saja gaya-nya... ibu rasa baby ni pemalu macam ibu ni, ibu pun tak suka nak bergambar sangat lainlah abi memang hobi dia interframe  hihihiihhi....  



This is My 2nd Baby... muahahahaha... Tak sabar nak tunggu tahun depan rasanya.. cepatlah masa berlalu. 

Hidung baby nampak macam penyet tapi bila sonographer tu ukur tulang hidung katanya mancung ni hidung baby. sebab tulang hidung dia panjang. ;))


Setelah hampir sejam buat details scan & juga 3D/4D & HD maka kami pun beransur pulang, kasi can ibu2 lain pulak masuk tengok baby diorang. Seronok dapat tengok anak ibu duduk kat dalam. My Hubby pun seronok jugak coz dapat tengok zuriat kecil dia yang akan keluar melihat dunia pada awal tahun hadapan insyaAllah... Doakan yang baik2 saja yea. 

So lepas ni dah boleh start beli baju & barang2 baby coz gender baby dah tau.. jeng...jeng...jeng... sukela Nuha Safiya ade geng. Memang dari awal lagi dia nak baby girl. Tak nak baby boy katanya. Kononnya nanti boleh main makeup2  & masak2 dengan dia skali. hihihihi.. macam2 si kecik ni. Ibu harap kakak jadi seorang kakak yang baik & sentiasa ambil berat & jaga adik dengan baik sampai bila2 ok... I love both of u with whole of my heart. Semoga Allah Merahmati ! 





Holiday HK :: The Peak Tram & Sky Terrace 428

Bersambung ......



Kisah hari ke dua di HK. Kami bangun seawal 5am. Waktu subuh masuk sekitar 4.50am manakala syuruk 6.10am. Jadi semua kene bangun awal coz nak tunggu turn untuk mandi & solat, maklum sajalah tempat sempit, so kene buat sistem giliranla. Turn pertama selalunya Muiz kemudian aku. Paling last bangun adalah si kecik Nuha. 

Selepas mandi & solat aku akan sediakan makanan untuk sarapan pagi. Menu sarapan pagi wajib adalah telur rebus. Nasi goreng segera Brahim's bersama telur rebus dan juga secawan kopi panas sudah cukup untuk memberi tenaga untuk kami memulakan perjalanan. Alhamdulillah semua perut sudah terisi.

Harga telur di sana agak mahal. Untuk 12 biji sekitar HKD25 sebekas paling murah. Untuk mendapatkan air minuman & buah-buahan yang sedikit berbaloi boleh shopping di I-square jika anda berada di sekitar Chungkin Mansion ataupun Mirador Mansion. Tak sampai 5 minit menapak dah sampai. seberang jalan saja. Harga lebih murah berbanding kedai runcit mahupun 7E. Air mineral 500ml sekitar HKD8 sebotol. 

Pagi tu kami sekeluarga menapak ke Chungking Station yang berada betul2 depan I-square. 


Walaupun Kowloon ini sangat padat dengan manusia, tetapi kawasan sekitar-nya almost bersih & tidak berbau hancing. 


Bergambar berlatar belakangkan bangunan pencakar langit. 


Yang ada shape tu adalah Bank of China. Kami lepak disekitar dataran ni sementara menunggu Agent Klook tiba.



Sila beratur untuk redeem coupon The Peak & Sky Terrace 



Cek dulu betul2 yunk ... Kang ada tersalah tiket... ok betul... jom bergerak berkumpulan menghala ke The Peak Tram nun jauh di atas puncak bukit sana. Adoiii... letih juga menapak dengan perut yang memboyot ni hah...  




Inilah rupa 2  Amoi agent Klook. Amoi seluar pendek tu memberi penerangan dalam BI manakala amoi sorang lagi untuk Chinese. Boleh pilihla yea nak join group mana satu. 



OK inilah tiket kami.... yeay dah dapat hihihi... 




Kami menapak sekitar 15 minit rasanya dari dataran menghala ke The Peak Tram. Kami berjalan secara berkumpulan follow agent Klook. Memandangkan kami dengan diorang so kami dapat masuk cepatlah. Tak perlu beratur panjang sangat... huhuhu... ok jugaklah menggunakan khidmat mereka ni. So sapa2 yang nak ke sana boleh lawati website www.klook.com untuk maklumat lanjut dan harga tiket yang lebih berpatutan.



Tunggu turn untuk naik Tram. Si kecik yang excited.



Kat dalam The Peak tu ada 3D punye gambar2, tapi tak berapa kualiti sangat kot lukisan 3D dia. Bolehla sekadar melayan anak2. Sementara naik ke Sky Terrace kami bergambar dulu kt dalam ni. Entrance Free. 




Hubby pun taknak ketinggalan, layankan aje...


Tu diaa.... dah mula berangan nak lawan raksaksa la tu nanti... hihihi


Peace No war !!! Kowloon berada di seberang laut sana & HK island berada sebelah sini... di sebelah kami berada sekarang adalah HK island. Kat bawah laut tu ada jajaran MTR bawah laut... Malaysia bila laginak buat macam ni yea.. dari Seberang Perai ke Pulau Pinang...


Bergambar macam xde org je, padahal penuh orang kt atas tu... 


Kakak Nuha dah sampai kat The Peak Sky Terrace 428 ... 


The Peak I Love U... adalah tempat wajib bergambar....


Jom Turun ke Peak Gallery la pulak.. dah hampir sejam duk bertapa kt atas tu... Gambar pun dah amik segala penjuru... mohla kite bergerak ke tempat lain pulak.


Memandangkan kami hanya membeli tiket sehala saja untuk menaiki Peak Tram so untuk turun kembali kami terpaksa menggunakan Taxi atau bas. Pilihan kami adalah taxi, coz rate pun xdela mahal sangat. Harga sehala dari The Peak ke Wan Chai Station hanya HKD60. Masa nak turun tu pusing keliling bukit jugakla. Macam laluan ke Genting la lebih kurang. Xdelaa seram sangat, coz pemandangan laut Hong Kong sangat cantik dengan bukit bukau & kapal2 yang berlabuh...  

Seterusnya kami ke Market Sham Shui Po Market. Kalau ikut plan asal kami ke snoopy garden. Tapi malang-nya mr hubby xbuat carian route MTR dan juga map untuk ke sana. Dalam iti aku ada tapi tertinggal pulak. adoiilaa hubby... 

Xde gambar di sekitar market coz my HP dah running out of battery. Ape yang menarik kt market ni ?? kalau nak cari barang2 gadget atau lampu LED aku rasa kt sini banyak jual. Tapi harga yang dipamerkan Ya Robbi... memang xmasuk akal rasenya. mahal bebenor. Conpius sekejap, ni aku berada di China ke di Europe ? So kami hanya sekadar jalan2 pusing 1 round pastu bergerak balik ke bilik. Kaki pun dah penat menapak seharian dari pagi sampai ke senja.