Ahad, 14 Oktober 2012

Mengandung Luar Nikah ?

 
NONA ptg ni membincangkan masalah perempuan mengandung di luar nikah, statistik polis mengatakan kes mengandung di luar nikah adalah kerana pergaulan bebas, tiada didikan agama dan juga tiada pengawalan daripada ibu-bapa. Setiap hari pasti ade kes anak x-sah taraf di lahirkan di mana-mana hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Peningkatan kelahiran anak xsah taraf ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Salah siapa ..??
 
Aku bukan nk kondem tentang anak luar nikah dan bukan juga menerima dengan berlapang dada peratus peningkatan anak X-sah taraf di negara Islam Malaysia ini. Tetapi aku kesal dengan tindakan & pendekatan pihak yg sepatutnya mengekang perkara maksiat yg semakin berleluasa berlaku di negara ini tetapi nampaknye semakin galak & rancak merancang 1001 aktiviti yg mengundang maksiat.
 
Aku melihat  masalah ini sama seperti sebuah lantai putih yg di simbahkan najis & kotoran di atas-nye 10x sehari tetapi hanya dibersihkan dgn menggunakan sebaldi air sekali sebulan. Apekah kamu merasakan najis & kotoran akan bersih? jawapan-nya sudah pasti tidak sama skali. Oleh yg demikian usahlah bising membincangkan masalah sosial yg semakin meningkat jika kamu wahai pihak yg sepatutnya mengekang segala jenis najis & kemaksiatan, semakin rancak menyimbah najis & sogok-kan syaitan laknatullah ke dalam jiwa muda-mudi setiap saat & ketika, Namun tidak pernah ingin sedar diri. Ape maknanya kamu war-warkan segala jenayah rogol, sumbang mahram & sebagainya.

Allah tidak akan mengubah nsib sesuatu kaum jika kamu sendiri tidak mengubahnya. Segala kejahatan & kemungkaran yg berlaku di dunia ini adalah kerana jahat-nya tangan-tangan manusia.
 
Siapakah pihak yg sepatutnya yg aku maksudkan. Pertama sekali ibu-bapa, keduanya pihak pemerintah. Aku tidak membicarakan tentang masalah politik tetapi aku membicarakan tentang hala tuju pemuda pemudi islam Malaysia hari ni yg semakin rosak akhlak, budaya & juga tatasusila. Ape tidaknya jika hari2 di sogok dgn siaran TV yg memaparkan pelakon berpakaian separuh bogel, menggoda, joget yg menghairahkan, hiburan yg melampau, Drama kisah cinta yg keterlaluan hingga keranjang, majalah artis yg keterlauan. Apekah acuan yg ingin di bentuk ? menjadi manusia yg berjiwa Islam atau menjadi manusia yg berjiwa syaitan?
 
Mencegah itu lebey baik dari mengubati. Pernah mendengar dgn pepatah "Bapa Borik. Anak Rintik" knp "bapa" bukan ibu? kerana bapa itu lelaki, lelaki adalah ketua keluarga, ketua negara. Maka jika ketua yg mendidik itu adalah Kotor akhlaknye, Busuk budi perkertinya, Jahat hubungan-nya dengan Allah, maka usahlah kamu membayangkan sesuatu yg putih bersih & bercahaya akan keluar dari jiwa manusia seperti itu. Sesuatu yg kotor, tidak ade padanya melainkan penyakit & sesuatu yg busuk tidak ade wangian padanya.
 
Fikir2n & Selamat beramal..
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan