Selasa, 1 Mei 2012

Erti JIHAD Ke Jln Allah

JIHAD... !!!

Ramai manusia harini menggunakan perkataan Jihad, asal buat itu nk berjihad, buat ini nk berjihad, so sejauh mane erti jihad yg sebenar2nya.. kadangkala masyarakat hanya memahami jihad itu hanyalah berperang di Afgan or Palestin, itu baru jihad.. betoi ke camtu..?

JIHAD dlm Islam bermaksud mengerah sepenuh tenaga @ berjuang untuk menunaikan perintah Allah ta'ala dengan mengerjakan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan demi kebaikan seluruh alam. Jihad adalah sebahagian drpd ajaran Islam yg menganjurkan kepatuhan kepada Allah ta'ala dan hubungan damai dgn semua pihak.

Jihad boleh dilakukan  dlm pelbagai bentuk. ia blh dilakukan dgn lisan iaitu menasihati org lain, atau dgn tenaga dgn melakukan "Ammar makruf nahi mungkar " serta membuat kerje2 kebaikan yg boleh memberi manfaat kepada semua pihak mahupun golongan yg kurang bernasib baik. Jihad senjata hanyalah salah satu bentuk Jihad yg ada dlm islam dan ia bukanlah satu-satunya Jihad dlm Islam.

Ramai masyarakat hari ini telah mengecilkan minda & otak mereka dgn mengecilkan skop Jihad itu sendiri, ini baru kite bincang mengenai Jihad, belum lg masuk bab2 perbincangan agama yg lain. aku hairan melihat manusia yg kekadang sengaja memperbodohkan diri dlm perkara berkaitan politik Islam, bile ckp tentang politik mesti akan ade suara2 sumbang yg berbunyi

 "Klu da alim sngt pergi masjid je, jd pak imam xpayah nk masuk politik or jadi ustaz/ustazah ajar budak2 mengaji & etc ..!!"

Kekadang aku mmg marah klu dengar org melayu islam yg mengeluarkan kate2 bodoh camtu, samada mereka ni benar2 bodoh tentang politik islam ataupun sengaja buat2 bodoh lantaran terlalu banyak di sumbat oleh propaganda politik kotor melalui media massa yg semakin rancak telah meracuni pemikiran masyarakat. walla'hualam.. cume ape yg ingin aku katekan tentang POLITIK ISLAM ialah adalah menyeluruh. Islam itu sempurna dlm segala segi, dan Rasulullah SAW juga berpolitik, beliau juga adalah ketua Negara dan Nabi Yusof juga berpolitik, beliau juga adalah pemimpin pada zaman-nya. so ape yg pelik-nya org alim mahupun ulama' menjadi ketua negara. buka minda dan buka hati, cerminlah peribadi sebelum mengeluarkan kata2 yg secara jelas menampakkan kebodohan diri anda dlm membincangkan hal2 yg berkaitan agama islam khas-nya...

Bentuk jihad yg relevan hari ini bergantung kepada sesuatu masyarakat islam itu sendiri, kerana ianya berbeza mengikut tempat dan keadaan. Bak kate pepatah melayu "lain padang lain belalangnye" " masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum" rupenya org2 melayu dahulu kala telah pandai melihat sosio budaya masyarakat. walaupun mungkin mereka tidak mendapat pendidikan secara formal seperti anak2 muda hari ini tetapi dgn akal fikiran yg di kurniakan Allah, mereka sebenarnya jauh lebih berilmu dan sensitif dalam menilai budaya & budi pekerti.

Masalah ekonomi dan sosio budaya umat islam hari ini amatlah serius di seluruh dunia, Ianya termasuk dlm kewajiban yg perlu ditangani segera, tanggujawab utk melakukannya terpikul di bahu para pemimpin dan semua masyarakat islam. Ia adalah sebuah JIHAD yg besar, yg harus dipandang serius oleh semua pihak, dan ia bukanlah perkara kecil yg boleh dipandang enteng.

Adab2 dlm melakukan jihad bersenjata mestilah tidak melampaui batas yg mana haruslah dilakukan dgn ADAB & mengikut landasan undang2 yg benar. (Al baqarah ayat 190, 194 & 229 ; An-Nahl : 126 ; Asy-Syura : 40 An-Nisa : 171 dan Al-Maidah : 77)

Para pejuang tidak boleh memukul atau mencederakan org awam, pejuang tidak bersenjata, tawanan perang & juga mereka yg cedera. konsep tempur dlm islam bukanlah bertujuan utk menghapuskan mereka sama skali tetapi hanyalah dgn mengalahkan mereka dgn melemahkan kekuatan & menakutkan mereka sehingga mereka mengaku kalah dan berhenti berperang. Islam mengajar umatnye ber-Adab dlm ape jua keadaan, dlm keadaan biasa mahupun perang.

Menulis artikel agama dgn tujuan utk measihati & memberi ilmu kepada masyakat adalah sebahagian daripada JIHAD yg besar, oleh itu sama-sama lah kite saling nasihat menasihati ke jalan Allah. krn yg baik itu dtgnya daripada Allah yg tidak baik itu adalah kelemahan diri kite sebagai manusia.

Wallahualam.. 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan