Isnin, 26 November 2012

My Dream Home @ Setia Ecohill Semenyih

SP Setia..... sebuah nama yg tidak asing lagi dalam dunia pembangunan hartanah. Aku adalah antara insan yg sentiasa menantikan peluang untuk memiliki sebuah rumah di bawah projek pembinaan SP Setia.
 
 
Untuk lebey maklumat boleh terus ke Setia Ecohill Website
 
Pada hujung minggu yg lalu kitorang ke Expo Hartanah Bumiputra di Midvalley. Aku ke expo ni bukan-nye nk cari rumah tp just nk update value & juga konsep hartanah yg diketengahkan oleh pemaju sekarang. Antara pemaju yg menjadi perhatian sudah semestinya SP Setia, Sime Darby, Dijaya, Gamuda & pemaju ternama yg lain.
 
Projek SP Setia yang dikenali sebagai Setia Ecohill Semenyih berada bersebelahan dgn projek Pelangi Semenyih 1, Lokasi adalah betul2 di hadapan TESCO Semenyih. So kepada owner hartanah di Pelangi Semenyih, Mungkin ini adalah berita baik utk diorang kerana nilai hartanah di sekitar mungkin meningkat & juga fasiliti jalanraya pasti akan bertambah baik.
 
Berdasarkan maklumat yg diperolehi dari pegawai yg bertugas, mereka memaklumkan kepada aku yg harga rumah teres yang bersaiz 20 x 65 bermula dari 350k - 500k dengan keluasan binaan 1500sf - 1900sf. Tp ni semua adalah untuk fasa pertama. Manakala untuk Semi-Dee pula harga bermula dari 650k - 750k dengan bukaan 38 x 78 & keluasan binaan adalah 2700sf - 3000sf. Official Launching adalah pada March/April 2013. Walaubagaimanapun, pindaan harga & juga saiz rumah mungkin akan berlaku bergantung kepada ekonomi & juga keputusan syarikat. Apepun ... nantikan nilai sebenar yg akan menerjah pasaran hartanah Semenyih...
 
After mendapat penerangan serba sedikit dari pegawai berkenaan. Aku terfikir sesuatu, nampaknya harapan aku untuk memiliki hartanah SP Setia semakin menjadi kenyataan. Dalam kepala otak aku ni duk nampak Semi-Dees je. hehehe... berangaannnn...
 
Next month insy'Allah aku akan dapat kunci rumah baru aku di Hillpark Home Bandar Teknologi Kajang. Tapi kegembiraan untuk memasuki rumah baru tiba-tiba hampir suram kerana kepala aku ni duk teringat akan Semi-Dee di Setia Ecohill Semenyih. Dah macam angau-la plak aku ni. Lebey dahsyat angau-nya masa bercinta dengan my hubby. adeehh perasaan apekah yg sedang menyelubungi jiwaku ini.. aduh..duh..duh..
 
So aku dengan berbesar hati telah berniat untuk menjual hartanah yang bakal kitorang masuk pada awal januari nnt iaitu di Hillpark Home Kajang. Persediaan untuk memasuki rumah baru telah lama di buat sedikit demi sedikit, antara barangan yg telah di beli ialah Hoob & hood, water filter, bedroom set, Kitchen Kabinet, wardrobe, CCTV, Alarm system, kipas syiling, downlight utk plaster ceiling & juga candelier. adeehh ape aku nk buat dengan semua tu klu aku xmasuk rumah  baru tu. Hmm my hubby memberi cadangan untuk di pasang pada apartment yang kitorang tinggal sekarang, akupun pada mulanya pk camtu jugak. Tapiiiiiiii.... satu masalah yg akan timbul adalah keserabutan barang2 akan semakin teruk dlm bilik stor. Bilik stor yg di maksudkan tu pun sebenarnya bukan stor pun, tp dah jadi macam stor, hampir melimpah keluar dah pun. dari lantai sampai ke syiling full dgn barang2. adehhh mamai kepala aku menengok-nya. Harap ade solution yg lebey baik untuk kesemua barang2 tu.
 
Adakah kegilaan untuk memiliki sebuah hartanah Semi-Dee di Setia Ecohill Semenyih akan menjadi kenyataan..?? atau hanya mimpi di siang hari..??? Hmm aku akan tunggu hingga saat penyerahan kunci Hillpark Home & pada ketika itulah sebuah keputusan yg lebey  jelas & muktamad akan di keluarkan. Moga2 Allah mempermudahkan segala urusan dunia & akhiratku. Ameen ya Rabb ....
 
Mood berangan berada di Setia Ecohill Semenyih yg mendamaikan...  :)
 
 
 
 

4 ulasan:

  1. Salam, since you have knowledge in this field (property), apa pendapat saudari tentang prospek Setia EcoHill (especially bungalow lot (600K++) yg baru di lancarkan. Mintak pendapat saudari, wassalam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam En. Abdul Halim, terima kasih kerana sudi membaca tulisan sy yg tidak seberapa. Apepun potensi tanah/property di Setia Ecohill adalah sgt baik. Klu en.Halim ade lebihan duit nk invest dan bukan seorang Flipper, Setia Ecohill adalah pilihan terbaik. Tp keuntungan pelaburan akan semakin terserlah & mencapai tempoh matang dlm jangkamasa 10yrs dr sekrang. Semenyih adalah Kawasan baru yg sedang mengalami fasa pembangunan. 10 tahun adalah waktu terbaik utk melihat potensi. InsyaAllah tiada perkataan menyesal pada pelaburan di Setia Ecohill. :)


      Padam
    2. 10 tahun,lama tu, tapi ye la, semua bergantung pada kewangan masing2 ye tak. anyway thanks for the advice..

      Padam
    3. Setia Ecohill dah nk launch unit 2-storey terrace & semi-D this month. Show hauz pun da ade. Blh la pergi view unit mane yg berkenan. simpan lg 5 tahun blh jual dgn 50% net profit InsyaAllah :))

      Padam