Isnin, 1 April 2013

Mengurus Projek Renovation Rumah Sendiri

Seronoknya... Kunci rumah baru dah dapat. Tibalah masanya untuk aktiviti renovate Rumahku Syurgaku. Ape lg tindakan seterusnya adalah mencari contraktor untuk membuat renovation. Nk cari kt mana..? dalam pos box banyak card biznes yg di masukkan oleh kebanyakkan kontraktor. Lagi2 klu kawasan perumahan baru. Pendek kata mmg bersepah dgn kad & promotion. Huh promotion la sangat... So kepada semua pemilik rumah yg tengah seronok untuk meng"renovate" rumah tu aku nasihatkan sila berhati2 dalam memilih kontraktor. X-kirelah korang nk pakai Cina / melayu/ Indon punye. Yang penting pastikan hasil kerje kontraktor berkenaan telah kamu lihat sendiri.
 
Dalam membuat pilihan yg baik, harga paling murah semestinya tidak akan menjamin hasil kerje yg baik. samada korang percaya atau tidak, terpulang.. Pastikan kontraktor yg kamu pilih itu telah mempunyai trek rekod yg baik, mempunyai pekerja yg berkemahiran dalam semua kerje2 pembinaan, pembersih & seorang yg teliti serta bertanggungjawab. 
 
Dari Segi membuat bayaran kepada kontraktor, pastikan kamu membayar mengikut progres kerja mereka. Amatlah di nasihatkan agar tidak termakan dgn janji2 kosong yg di tabur. Sekalipun mereka memujuk kamu untuk membuat bayaran terlebey dahulu sedangkan kerje belum siap. Sila berhati-hati. Kamu kemungkinan besar akan di tipu. Pastikan 20% wang di pegang sehingga semua kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya. pastikan kontraktor membersihkan segala sisa2 bahan binaan di tapak binaan. Pastikan juga segala kecatatan telah di baik pulih. maka baki 20% tadi bolehlah di bayar kepada mereka dengan senang hati.

Kamu haruslah bijak dalam menguruskan mereka. Kerana kamu sebenarnya adalah Boss & mereka adalah pekerja. Jadilah seorang Boss yg Bijak & baik hati. Sesekali tidak salah untuk kamu membeli makanan kepada mereka untuk menjalinkan hubungan baik dengan mereka. Perkara pokok yg paling penting adalah, rumah yg di renovate mestilah siap dengan hasil kerja pertukangan yg baik. Dengan menjalinkan hubungan baik dengan mereka InsyaAllah mereka akan menyiapkan segala kerja dengan baik. Akhirnya kamu juga yg senang hati... So jadilah seorang pengurus yg bijak. Bukan sahaja tegas, tp juga pandai menjaga hubungan sesama manusia.







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan