Nah keratan akhbar semalam, antara intipati yg terkandung dlm diskusi adalah mengenai hartanah pada tahun 2013. Adakah ia menunjukkan kejatuhan nilai hartanah secara mendadak atau Nilai hartanah masih mampu menunjukkan graf aliran menaik.
Seperti yg pernah aku bincangkan sebelum ini, Nilai pasaran hartanah di bawah 500k akan tetap kekal & tidak akan berlaku kejatuhan nilai pada hartanah ini. Kejatuhan nilai hartanah akan dapat di lihat dengan jelas pada sektor hartanah mewah yg mempunyai tag harga 1.0 mil and above. Ini kerana permintaan terhadap hartanah dibawah 500k tersangatlah tinggi di samping itu kemampuan rakyat utk memiliki hartanah di bawah 500k adalah tinggi berbanding 1.0 mil dan ke atas. Oleh yg demikian Nilai hartanah yg boleh aku golongkan sebagai hartanah pertengahan mewah ini akan tetap menjadi tumpuan.
Peningkatan nilai hartanah pada tahun ni mencecah sehingga 40%. Persoalannye, apekah jenis property yg sgt tinggi capital gain ni..?? Nntla aku akan bincangkan pada entry yg seterusnya. :)
Kepada yg menunggu kejatuhan nilai hartanah dari 500k kepada 200k mungkin boleh bermimpi or berangan buat masa ini. Walaubagaimanapun para pelabur hartanah di nasihatkan supaya berhati2 dalam menghadapi kemelut ekonomi dunia yg tidak menentu. Anggapan krisis ekonomi yg sepatutnya berlaku pada tahun 2009 -2010 nampaknya tidak memberi kesan yg besar kepada sektor hartanah tempatan. Namun begitu di jangka Krisis ekonomi dunia yg bakal melanda pada pertengahan tahun 2016 hingga 2017 adalah amat membimbangkan. Persediaan untuk menghadapi masalah ini harus dilakukan terlebey awal bagi mengelakkan masalah kekangan kewangan. Gelombang kedua ini di anggarkan akan mengakibatkan kemerosotan ekonomi yg lebey teruk, sperti mana yg telah berlaku sekitar tahun 1988.
Mungkin para pelabur masih ingat tentang krisis ekonomi yg berlaku sekitar tahun 1997 - 1998. Blh dikatakan hampir 50% hartanah di lelong dgn harga yg sangat tidak munasabah. Hartanah bernilai 250k di lelong dengan harga 80k -100k shj. Ini kerana kemampuan pemilik untuk menampung bayaran bulanan hartanah tidak dapat dipenuhi lantaran banyak kilang & juga syarikat multinasional telah gulung tikar. So pelbagai persediaan rapi harus dilakukan terutama bagi mereka yg berada di sektor swasta. Masalah sebegini amatlah tidak dijangka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan