Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga no PV 1431 aku. Inilah dia sebuah permulaan yg baik dalam bidang kerjaya aku. Berada di sebuah syarikat yg begitu bertolak ansur dlm segala segi serta dlm masa yg sama aku mampu membina kerjaya aku dengan lebey baik. Syukur ke hadrat Allah atas segala kurnia dariNya.
Aku mmg sibuk dgn report mingguan yg terpaksa di siapkan untuk memastikan segala kerja harian yg aku buat semuanya di-record & di sahkan oleh penasihat yg telah di lantik oleh Board. Aku terpaksa membahagikan masa aku kepada dua kerja, Pertama kerja di pejabat, kedua kerja aku untuk memenuhi task yg telah di tetapkan untuk melayakkan aku mendapat Lesen as a Registered Valuer after 2 yrs practice. Mmg tidak dinafikan sesekali aku terpaksa membawa kerja balik ke rumah, Kesian my baby terpaksa main sesorang coz ibu sgt busy dgn kerje yg perlu di siapkan syg. Segalanya ibu lakukan utk membina masa depan anak2 ibu yg lebey terjamin. InsyaAllah. Harapnya segalanya berjalan dgn lancar
Tidak cukup dgn kesibukan itu aku dgn bangganya telah menambahkan lg kerja aku dengan memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pembangunan Hartanah Modern di University kesayangan-ku UiTM Shah Alam. Insya'Allah klu tiada aral mungkin March 2013 aku akan start kuliah. Waktu kuliah adalah di hujung minggu & juga tutorial pada hari bekerja. So nampaknya aku terpaksa amik waktu opis hour sehari utk memenuhi tuntutan pengajian. Nampaknya aku akan menjadi lebey sibuk & bertambah mamai lepas ni. Harap aku dapat menyediakan seorang pembantu di rumah bagi membereskan urusan di rumah & menjaga adik.
Itulah manusia yg bernama aku. Tidak pernah puas dgn ape jua yg aku lakukan. Dlm erti kata lain aku akan sentiasa mencuba & terus mencuba untuk meningkatkan segala kemampuan diri aku selagi terdaya. Walaupun aku sendiri sedar bahawa disiplin yg tinggi serta pengorbanan yg amat besar perlu aku lakukan untuk mencapai semua ini, namun aku nekad utk melakukannya & mudah2n Allah memberi jalan mudah untuk aku melaluinya.
Harapan besar yg tertanam dalam hati & bersemadi dlm diri, Moga aku mampu melakukan sesuatu yg hebat dlm jangka waktu umur yg terbatas ini untuk di jadikan panduan & dorongan kepada seluruh keturunan-ku. Aku ingin buktikan kepada semua. Bahawa aku adalah seorang ibu, seorang isteri, seorang pengurus rumahtangga, seorang pekerja, seorang pelajar & juga seorang hamba yg paling terbaik dikalangan yg terbaik. Dan aku akan buktikan bahawa aku mampu menjadi seorang insan dalam segala rupa, yg berjaya dlm semua perkara yg diamanahkan untukku. Ameen ya Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan