Lidahku kelu untuk memanggil-nya "UMI". Maafkan aku kerana airmata ini pasti berjujuran setiap kali aku membicarakan tentang "UMI". Maafkan aku kerana jiwaku terlalu lemah untuk menerima kenyataan bahawa umi telah tiada. Hanya dengan memadamkan sedikit ingatan & menyimpan jauh panggilan "UMI" dari bibirku membuatkan jiwa ini sedikit tenang dari kekacauan sebuah kerinduan. Walau demi sesungguhnya aku terus menerus merindui-nya hingga ke-akhir hayatku. Maafkan aku duhai ayah. Aku masih boleh menerima kenyataan untuk menghormatinya & itu telah aku lakukan. Tetapi tolonglaa... aku memohon jgn memaksa-ku untuk memanggilnya umi.
Padaku, tiada sesiapa pun didunia ini yg layak untuk aku memanggilnya "UMI" selain dia yg telah aman di sisi Tuhan. Ampunkan aku andai aku melukai hatimu wahai ayah. Ampunkan aku... Mintalah ape shj, pasti akan aku taati permintaan-mu tetapi bukan untuk gelaran itu. Hanya satu yg aku mohon, Fahamilah & percayalah akan anak2mu ini, kerana kami adalah anak-mu & engkau adalah ayahku dunia & akhirat. Doaku moga dikau sentiasa di ambang bahagia hingga ke syurga abadi.
Untuk-mu wahai ayah, ingin aku katakan, sesungguhnya aku amat merindui kasih syg-mu seperti dulu. Rindukan perhatian & gurau senda bersama-mu. Rindukan setiap saat yg telah berlalu. Namun kini seolah-olah semuanya hanya mimpi. Aku seperti terbangun dari sebuah lena yg panjang. kupandang kiri, kupandang kanan, tiada sesiapa pun disisi. Memanggil umi & abi... kenapa meninggalkan aku sendiri begini..? aku hanya mampu menangis sendiri, mengharap dlm bayangan, moga sebuah kenangan lalu mampu mengeluarkan sekuntum bunga di tanah hati yg semakin gersang.
Aku sentiasa merindui kasih syg-mu wahai umi & abi. Dlm sendu ini aku berdoa, moga Allah merahmatimu wahai ayah & ibuku yg mulia :.(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan