Dah masuk 3 hari tecit ibu demam panas, after makan ubat ok sekejap pastu menjadi balik panas-nya, bile mlm langsung xboleh tido. So bile adik xblh tido maka ia akan berkadar langsung dgn tido ibu juga. Hmmm abi mmg sentiasa aman dari segala masalah camni. Tido cukup, makan kenyang, balik kerja lepak tengok berita sambil goyang kaki pastu tido dgn lena sampai pagi. seronoknya hidup macam abi tu yea, semua masalah he left behind me. Xtau sampai bile nk berterusan macam ni. Dengan beban tugas kerja yg semakin bertambah & report yg terpaksa di siapkan setiap minggu, xtaula sekuat mana & selama mana ibu mampu utk menahan & menanggung semua benda ni lg.
Kekadang sesekali terasa sangat xtertanggung segala dugaan ni, terasa ingin aku lempar jauh semua masalah yg membelenggu diri ini, Ingin aku bakar semuanya hingga menjadi abu, agar angin membawanya jauh dari diriku. Ya Allah aku sangat letih dgn semua ini, berilah aku jln penyelesaian kepada semua perkara ini.
Banyak org hanya pandai berkata-kata, tp banyak org xpandai untuk melakukan. So please jgn hanya pandai bercakap, jika xpernah tau untuk bertindak, kerana nnt ada hati & telinga yg terasa sakit mendengar-nya.
Semalam adik menangis dari jam 4 pg sampai jam 6 pagi. Once bangun pagi & pergi opis mamai rase kepala ibu ni. Dahla semalam kepenatan & keletihan main air di Desa water park & jln2 kt Book Sale The Mines. Abi kul 10pm dah berkejar nk balik ke Penang. Ibu mmg xlarat dah nk pegi hantar abi ke stesen bas, lg2 dgn keadaan adik yg berapa nk sihat, So pandai2 dia la manage dia punyer personal problem. dah Xlarat nk pk semua masalah org lain. masalah diri sendiri xde plak org nk tolong pk-kan apetah lagi nk tolong selesaikan. So after this aku dah xkuasa nk fikirkan hal sesapa lg melainkan diriku & my family.
After kasi ubat demam & tuamkan kepala adik dgn ais, adik sambung tido balik. Ibu dah xleh nk tido coz adik xnk tido atas tilam. Terpaksalah ibu tidokan adik atas pangkuan ibu. Ibu tido sambil duduk jela sampai matahari naik. Nasib baik ibu Off this week, xdelah nk berkejar solat subuh. Hmm anak ibu ni jarang sakit, tp skali sakit sangat sedey rase hati ibu ni. Sedey tengok mata adik yg xbermaya, Slalu suka ketawa & happy go lucky skali bile demam senyap & speechless. Semoga cepat sembuh ye syg. Ibu sentiasa berdoa agar Allah sentiasa menjaga adik sampai bila-bila... Ibu syg anak ibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan