Jumaat, 26 Februari 2016

Buy & Sell NETELLER HERE !




To all NETELLER user, We Buy/Sell  NETELLER with Super Duper Best price in the Market everyday !


Get Updated Price Everyday at : 

Please Click the link above at  LADYPIPS26

LOCATION: MALAYSIA / SINGAPORE / BRUNEI / INDONESIA
LOCAL BANK : CIMB / MAYBANK 


  
24 HOURS A DAY 
7 DAYS A WEEK



PLEASE WHATSAPP /TELEGRAM TO MY LOVELY NO :-

019 335 3616


HOW TO WITHDRAW FROM NETELLER ACCOUNT ?

If you want to SELL Neteller to us. 
Follow the steps below


Step 1
Transfer your NETELLER to : ladypips26@gmail.com
(Please notify us before you make a transfer)
Step 2
 After you have transferred the funds you want to sell, please notify us on your tranfer through Email / Whatsapp / Telegram / Sms 
 (print screen the Receipt / Transaction history)
 
Step 3
Transactions are processed within 10 minutes.
If you are BUYING Neteller, you will need to pay into our bank account and send us the prove Payment / Transfer amoun

(print screen the Receipt / Transaction History)




Have A Nice Day with NETELLER !






Selasa, 23 Februari 2016

Part 2 : Air Asia Kedekut Tahap Gaban !

Alhamdulillah kami selamat touch down di kuching sekitar jam 2.30 pm dengan menggunakan service Air Asia. Perkara paling aku tak boleh terima pasal AA kt Kuching ni ialah, seperti yg semua sedia maklum bahawa AA mmg tak menggunakan Air Bridge untuk penumpang dia kan, atas alasan dulu masa di LCCT mmg service tu tidak disediakan kerana kos untuk buat tu mahal katanya. Tetapi bila KLIA 2 dah menyediakan air bridge, maka semua penumpang AA tak perlulah lagi naik tangga turun tangga. Kan best camtu. 

TETAPI masa kitorang turun dari flight kt Kuching tadi, AA masih pakai tangga besi yg zaman jepun tu, padahal kt airport Kuching tu ada menyediakan air bridge kot. Adooiii kedekut tahap gaban betul laa AA ni, mmg aku tak boleh terima betul. Sapa yang bawak beg besar gabak tu mmg kes naye. Dah kene turun tangga tu satu hal, pastu kene naik tangga kt sebelah air bridge tu pulak sebabnya laluan untuk masuk ke airport tu mmg kene melalui air bridge tu. Sabor jela, macam bengong je rasa, main naik tangga turun tangga pulak. Please la AA, tak payahla nak cekik penumpang sangat. setakat nk sewa air bridge tu, aku rasa AA belum rugi pun. Lagi bertambah penumpang ada la. 

Nnt ade yang cakap, nk naik best2. pergi naik MAS laa. tapi ade aku kisah, suke hatila aku nak naik ape pun, duit aku kot, dah aku rasa tak puas hati, aku complaint la, tak kan nk complaint tak boleh kot. Klu camtu berurusan dengan makhluk dalam hutan la. Suke hati nk buat ape. kan.... kan... kan..

Ok bye. 

Part 1 : Trip ke Kuching Sarawak

Hohohoho..... Mak nak p jalan2 laie yo... hihihihi...

Minggu ni kami ke Kuching Sarawak pula. Memandang aku belum pernah menjejakkan kaki ke Bandar Kuching maka tanpa berfikir panjang aku terus book Hotel & beli tiket on the spot untuk ke Kuching last 3 week. Gile punye planning, sembang2 ngan hubby sat than terus booking. Actually Bulan February ni kan bulan kelahiran aku, so mesti kene happy go lucky sepanjang bulan. Sebab tu aku suka spend money & value time on February. Tak salah nk happy2 untuk celebrate bestday sendiri, sebab Nabi Muhammad pun sambut birthday baginda setiap minggu dengan berpuasa pada hari Isnin. Asalkan tidak berlebih-lebihan kire ok la.

Local holiday kali ni lebih kepada lepak2 je. Sambil mengenali budaya & menikmati keindahan alam semulajadi di Malaysia. Kos tiket AA mcm biasa laa murah je tak sampai RM700 pun utk 2 dewasa & 1 kanak2. Hotel penginapan pula kami tempah melalui agoda.com antara website pilihan setiap kali ingin menempah hotel selain booking.com & airbnb.com. Holiday kali ni just leisure2 sikit, So aku pilih Pullman Hotel Kuching sebagai tempat penginapan kami selama 4D3N.

Antara tempat2 yang ingin dilawati adalah :-

1. Cat Statue, lokasi kt area Bandar Kuching je.

2. Kuching Waterfront. Yang ni pun kt tengah2 bandar jugak. Dekat dengan Cat Statue tu je. So blh sekali jalan je nnt

3. Kubah Ria Kompleks & Medan Niaga Satok. Tempat jual barang2 tempatan. Mcm Pasar Payang kt Terengganu je kot. 

4. Sarawak Muzium, yang ni klu nk tau sejarah tentang negeri Sarawak dengan lebih dekat & mudah.

5. Sarawak River cruise @ Signature Sunset Cruise - Nak menikmati Sunset kt Bandar Kuching dengan tarian budaya mereka kt atas cruise. RM60/pax

6. Ke kedai Kek Lapis Kg. Boyan kene naik sampan untuk ke seberang
 
7. Sarawak Cultural Village, tempat ni agak jauh dr bandar kuching dlm 32km gitu. Jika ada kesempatan & kelapangan masa insyaAllah sampaila kami nnt ke beberapa tempat yg di rancang untuk di lawati.

8. JJCM ke Cafe My Village Barok & terjah Seafood yg fresh.
 
  

Oklaa rasanya itu je nk share kali ni, jumpe lagi after balik kuching nnt. Nnt Free aku akan update blog ni untuk panduan kengkawan yo. Oklaa den nk g jenjalan dulu ni. See U soon... bye2


    

Isnin, 15 Februari 2016

Titipan Untuk Diri Pada Hari Kelahiran-ku




Umur meningkat lagi satu angka. Semakin kurang "CAPITAL" kehidupanku. Walaupun harta duniawi semakin bertambah tetapi adakah seiring dengan pertambahan harta nun di sana, sedangkan masa untuk kembali kepada-NYA semakin Dekat. 

Allahuakhbar..... Allahuakhbar.... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Panjangkanlah umurku dalam ketaatan kepada-MU, bukakanlah segala pintu rezeki-Mu di langit & di bumi untukku & seluruh keluargaku agar dengannya kami dapat melakukan kebaikan & ketaatan di sisi-MU. Dan Janganlah kau ikat hati-hati kami dengan rasa cinta kepada dunia secara terlampau. Jadikanlah harta2 dunia dan segala isinya hanya berada di tangan2 kami, agar mudah untuk kami hulurkan kepada mereka yg memerlukan. Ampunilah kami atas segala dosa2 kami. Janganlah kau tinggalkan kami lantaran kejahilan kami mengenal sifat2-MU. Pimpinlah kami dalam hidayah & temukanlah kami dengan hamba-hamba-MU yg beriman. Janganlah kau matikan kami ketika belum KAU ampuni dosa2 kami. Ampunilah kami & kedua ibu-bapa kami, anak2 kami & zuriat keturunan kami, ahli keluarga kami, guru kami, sahabat handai yang sentiasa mendoakan kami & seluruh umat Islam yg masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ameen Ya Allah.  

Bagaimana ingin mengenal Allah jika diri sendiri belum kita kenali. Kadang2 aku sentiasa melihat kepada cermin. Melihat segala raut wajah seorang manusia, aku bertanya di dalam hati, kenalkah kau pada sosok jasad ini ? kadang2 tanpa sedar aku menangis, banyak sungguh kemaksiatan yang aku lakukan dengannya. bagaimanakah aku ingin menyelamatkan diriku pada "Yaumid Deen" nnt, sedangkan sosok ini akan menjadi saksi atas segala perbuatanku semasa di dunia ini. Ya Allah..... :.(  memenuhi kehendak fitrah sebuah jasad pun belum aku penuhi. Bagaimana aku ingin bicara tentang pahala, tentang syurga. Teringat mengenainya maka luruhlah segala kehendak duniaku satu per satu. Tiada apa pada jiwaku, yg tinggal hanyalah sebuah kebimbangan yang semakin meresap kedalam hati. Aku yakin tentang adanya hari pengadilan itu dengan seyakin-yakinnya & kerana itu aku takut untuk menghadapinya dengan jiwa yang penuh dosa ini.

Setiap tahun, tika tiba-nya hari kelahiran-ku, aku sentiasa berfikir masih adakah waktu yang banyak untukku lalui hidup ini bersama mereka yang aku sayangi. Bertapa banyaknya masa yg telah aku abaikan. Dulu aku punyai Umi & Abi, mereka selalu membicarakan tentang hari akhirat kepadaku. Menginatkan aku tentang dosa & pahala. Tapi kini Umi & Abi pun telah pergi meninggalkan aku di dunia. Yang tinggal hanya segunung pesanan untukku jadikan panduan. Ape yang mereka usahakan untuk dunia, semuanya telah mereka tinggalkan buat kami, apa yg mereka usahakan untuk akhirat mereka juga, kini mereka sedang menikmati hasilnya. Doaku Terimalah amalan mereka ya Allah. 

Kata umi "Entah bila umi pun akan mati, tinggal semua harta dunia ni untuk org yg hidup, selalulah kau bacakan Alquran untuk umi, Gelap gelita dalam kubur tu azah, Ya Allah takutnya (umi menangis teresak-esak) banyakkanlah buat amal, kurang2kanlah perkara dosa, sakit sangat azab Allah tu, masa hidup ni kite tak rasa, sebab kite seronok, cuba ingat bile kite mati, duduk dalam kubur sorang2 diri, masa tu ape yg kita nak ?" 

Arwah Umi seolah-olah dapat meneka segala perkara yang aku lakukan. Ya hati seorang ibu, mmg dekat dengan kita. Aku sering menangis bila mengenang segala pesanan arwah. Pernah juga aku bertanya "Apa pandangan umi tentang anak umi ini, baik ke, degil ke ? dalam senyum umi menjawab " Azah ni anak baik hati, taklah degil sangat cume cara tu kene betul sikit, bila nak marah tu banyak2kanlah istirgfar, supaya syaitan2 tak duduk dekat, kalau rasa nk marah sangat pergi mandi, pastu mengaji,  yang lain2 tu alhamdulillah lah..."  Ya Allah ampunkanlah umi & abiku. Mereka insan yg paling banyak mengajarku tentang MU. Yang tidak jemu menunjukkan kepadaku jalan kehidupan yang benar. Ampunilah dosa2 mereka, kerana mereka juga seorang hamba yang lemah, yg tidak lari dari kekhilafan. 

Selamat hari lahir buat diri-KU, terima kasih kepada seluruh anggota yang banyak menyumbang kepada kejayaan hidup duniaku hari ini, tanpa seluruh anggota & panca indera ini, tiada apa yg mampu aku lakukan sendiri. Maafkanlah aku jika dengannya aku pernah melakukan dosa, janganlah di akhirat nnt kau menjadi saksi yang menghumbankan aku ke Neraka Allah. Bantulah aku wahai tangan & kakiku, berjalanlah engkau kepada perkara kebaikan, hulurkanlah bantuan sesama insan. Wahai hati tenanglah, janganlah engkau merasa sombong & lupa diri. Jadilah hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang Yang Maha Kuasa, bisik-kanlah perkara mulia kepadaku, pandulah seluruh anggota lain kepada kebaikan & jauhilah dosa & maksiat. elakkanlah bersangka buruk & berniat jahat kepada sesiapa. Wahai mata & telinga, pandang & dengarlah perkara yang mengundang pahala & redha Allah, yang boleh membawa aku dekat kepada Yang Maha Esa. Wahai mulut, bataskanlah bicara yang kotor & menghina sesama manusia. Diamlah bila tidak ada perkataan yang baik untuk dituturkan. Tahanlah bicara walau hati rasa terluka. kerana hati mmg sifatnya begitu, sabarlah demi TuhanMu. Kerana aku bimbang hanya keranaMu wahai mulut aku termasuk di dalam golongan manusia yg keji lagi di laknat Allah. Wahai jiwa, bersabarlah dalam ketaatan kepada Allah, rendahkanlah nafsu keduniaanmu, mudah2n nnt engkau dikalangan org2 yang beruntung !

Selamat hari lahir !
 


  

Ahad, 14 Februari 2016

Kari Kepala Ikan Terbaik @ Batu Maung Pulau Pinang


Jom Terjah Restaurant Pen Mutiara Penang ni. Kari kepala ikan dia memang terbaik. Kepala ikan merah yang segar bugar tu di buat kari huh mmg menyengat habis. Tambah lagi terbaik bile harga dia murah tak terkata. Bayangkan harga kepala ikan merah segar yg dah siap masak cume RM45. Gile tak murah. Dekat KL ni klu tak ade RM80 to RM130 tak payah order kari kepala ikan lah. 

 Berselfie sat sementara menunggu makanan sampai...


Kari dia ni untuk makan 2 org je ni, tapi aku rasa makan 4 org pun boleh. Kepala ikan mmg besar & kuah sangat banyak.

Tempat ni kami terjah masa lawatan ke Penang minggu lepas. My hubby di jemput untuk mengajar pelajar2 TUDM yg masih dalam latihan tentang hal2 berkaitan enjin kapal terbang & jet pejuang TUDM, maka dengan senang hatinya aku follow la sekali. Sejak-sejak aku da tak kerja ni, mmh heaven gile hidup. Bizness yang aku tengah Run sekarang ni pun tidak menjadi masalah jika aku nak travel ke mana-mana all around the world. Klu dulu masa kerja Opis, bile nak g bercuti nk kene cek AL tinggal berapa hari, pastu nk submit kt HOD untuk approval pulak, klu cuti dah habis nk kene request No-Pay Leave bagai, aduss seksa tol hidup. Itu belum lagi nk hadap minah2 kepoh yg nk menyibuk tentang cuti aku, adehhh glamour siot aku ni, semua org nk amik tau pasal aku, cuti tinggal berapa hari, pergi ke mana, naik rimas dibuatnya. kalah retis you hahahahaha. Tapi sekarang benda2 yang buat semak kepala tu already gone !  So ape lagi.. Yabedabedu laa, rasa nk lompat tinggi2 & jerit kuat2. hahahaha dah naik sawan ke ape ni. Bile hidup da happy sangat, kadang2 kepala boleh  jadi weng ko. To makcik2 yg masih duk kt opis tu jangan jeles yea. huhuhuhu

 Jom kite menjamu selera, dah lapar ni, makan panas2 barulah sedap yum...yum...


Ok sambung cerita aku pasal Restaurant Pen Mutiara ni. Actually Pen Mutiara ni juga ade Hotel kt bahagian atas restauran dia. Rate sekitar RM250 - RM500. So kepada yang ingin ke Penang bolehla lepak kt Hotel Pen Mutiara ni. Pepandai jek aku suggest kan, bukan aku pernah stay kt sini pun. hihihihi... 

Antara menu yang kami order untuk makan malam kami malam tu ialah :-

Kari Kepala Ikan Merah utk 2 org makan
Sayur kangkung belacan
Ulam kampung
Telur dadar
Sorong Goreng tepung
Nasi putih
Air bali Panas & Sirap limau

Total damage RM102.00 

Sayur belacan agak kureng, mungkin dia dah masak siap2, so agak sejuk & over cooked. yang lain2 semua ok. Kari kepala ikan paling TOP.  So silalah singgah ke Pen Mutiara jika anda berada di sekitar Pulau Pinang yea. Penang ni banyak tempat makan, macam2 jenis kari ade. Asalkan Halal & bersih mesti kami terjah. Selamat menjemu selera. :)


Monday :: Hari Yang Ku Tunggu

Alahai lamanye nk tunggu Isnin. Terasa seperti hari2 lambat shj berlalu. Klu dulu bile isnin nk datang ya Allah punyelah malas nk g kerja. Rasa weekend begitu pantas berlalu tup..tup dah tiba hari isnin, tak kan sekejap je cuti kot, wawawaaaa nak cuti lagik.... 

Bila tiba isnin hati dah mula serabut, pk malas nk bersesak kt Highway Sungai Besi yang amik masa berjam-jam nk sampai opis. Bile da sampai opis, pk pulak nk berebut parking kereta, silap haribulan parking penuh, kene park kt tepi jalan je, pastu nnt petang balik kerja dapat surat atas cermin mintak duit. Itu belum lagi lampu minyak tiba2 menyala sebab minyak dah tinggal 2 bar. dengan jalan yang penuh sesak, mengucap panjang aku setiap kali terkena camtu. 

Pagi2 lagi nk siapkan Nuha, masak sarapan, kasi makan siap2 kt rumah dulu than baru hantar ke Taska, pastu dah sampai taska layan drama sedih kt Taska pulak, melalak meraung depan pagar taska tak nak pergi school. Ya Allah ape ke seksa benor hidup aku dulu. Setiap pagi stress di buatnya. Nasib tak kene darah tinggi je aku ni. Dah sampai office pulak mamai nk layan macam2 benda nk kene bt. time xde kerje happy la dapat lenggang kangkung je, tp bile time nk submit project proposal, tak menang tangan di buatnya, akulah yg buat slide, betulkan, buat surat, binding report, photocopy, pergi hantar report to client, follow up client, meeting, site visit & segala bagai kerja yg budak despatch buat pun aku kene buat. Penat gile oOOo.

Insaf-insaf... dah serik dah nk lalui semua benda tu. walaupun duduk kt rumah ni pun bukannya aku goyang kaki sangat, banyak benda jugak yg aku kene settlekan, dari bersih rumah, masak, basuh baju, mop lantai, vacum rumah, siram pokok, kutip sampah & Berbisnes. Letih mengalahkan kerje kt opis kadang2 dibuatnya, tapi yg penting aku happy, aku blh aturkan kerja aku mengikut kesesuaian masa aku. Than paling penting xde org nk perli2 & xde haters yg busuk hati nk stalker hal aku & gossip entah ape2. Aman se aman-aman nye aku ckp ko. 

Than kenapa skrg aku tunggu hari isnin tiba ? tak kan kerja rumah pun nk tunggu isnin baru nk buat. Oh bukan kerje rumah yg aku maksudkan. Aku tunggu Currency Market open on Monday closed on Friday !!  tak sabar nk angkut duit masuk account. Lagi satu tak sabar nk tengok berapa USD yang masuk ke acc hasil last week client trading... Wooo.Woo..Wooo... Rezeki nak datang baii, duit nak masuk, mana tak hawau nk menunggunya. Walaupun aku bukan mata duitan, tapi aku suka cari duit. Tak kisahlah ape aku nk buat dengan duit tu. Aku nk simpan ke, nk sedekah ke, itu hak masing2 tapi yg nyata bukan untuk dihabiskan beli handbeg mahal2. Aku pakai porch Tomie or Poh Kong tu je. Senang aku nk sumbat masuk dlm poket seluar aku. Xde aku nk angkut ke Hulu- Hilir beg tangan yg bajet berended tu. tapi dlm beg duit xde banyak mana pun. Itu bukan cara aku. aku seorang yg simple. gaya hidup aku biasa2 shj, yang penting pakaian aku menutup aurat, kemas & wangi. No bau masam.. i dont like manusia yg bau masam or hapak duk sebelah aku. Please stay away !

Banyak sangat ke duit Trading Currency ni ? takdelah banyak mana, bolehla buat belanja, lepasla nk order makanan kt "Tony Ramas" ke TGI friday ke. Cume yg best-nya ko blh angkut duit dari market tu bile2 yg ko mahu, tapi ada cara dia jugakla der. bukan boleh main kaut macam ko amik beras dlm guni tu. silap hari bulan dia pulak angkut duit ko. Yang tu nk kene belajar sikitlah, nk tangkap ikan pun ada kekdahnya. lagi ko tanya camne nk kaut duit yg lebih 5 Trillion USD floating dalam pasaran everyday. 

Lagi satu yang best-nya duit tu dlm USD yea... sekali lagik aku cakap ko, dengar baik2 USD bukan Ringgit ! aku selalu target sehari untuk kaut USD100 ke USD150 sehari, kadang time news keluar aku blh angkut sehingga USD500/day. Berapa banyak capital yg aku dagangkan dalam pasaran ? takdelah banyak sngt, cukup2 makan jela. klu nk dalam ringgit tu paling tidak pun kene ade 20k MYR jugak dlm satu2 account dagangan. Baru sedap nk pasang umpan. tapi ade je yg pasang umpan kecik2. bak kata org tua2 dulu, berdikit-dikit lama2 jadi bukit. Wallahualam.

Okla itu je aku nk cerita, pada yg nk belajar pasal FOREX ni boleh jer roger aku, aku ajar free je. cume korang perlu register under my Trading link. Ade org buat class FOREX ni mahal gile. ade yg cas sampai 50k. Itu pun ade org g bayar. Tapi aku xdela sampai kejam camtu, aku xharapkan duit korang untuk buat makan. bukan cakap sombong der, aku cakap ikhlas, aku niat nk ajar je pun. Mana yg aku tau aku share. bukan nk buat class pastu fee cekik kedarah, than korang trading satu ape pun xtau. Belajar dengan aku ni basic jela aku ajar. selebihnya korang akan belajar dari pengalaman & pemerhatian sendiri.

Welcome My Day !

Sabtu, 13 Februari 2016

Whatsapp Group Geng Hotel !

Bila jumpe je kawan baru, terus lupakan Ibu ye ? baru 10 minit lepak kt Swimming pool than jumpa geng laki so call "Abg" bukan main seronok dia. Ibu yang duduk kt bangku tu duk jerit-jerit panggil kakak... kakak... buat nampak tak nampak je. Aiiisshhh budak ni, bikin panas je hati ibu ni tau. Lagi haru bila budak laki tu pergi kt mama dia, boleh pulak si kecik Nuha pun join pergi skali, siap panggil mama lagi kat aunty tu, adduussss... Sentap Mak Nak ! 




Nuha.. oh Nuha.... sedang2 elok dia landing kt sebelah aunty tu. Aku pun buatlah muka tersipu-sipu sambil angkat tangan kt aunty tu. Nasib baik laa aunty nk layan kakak. ish tak malu sungguh tau, macam xde ibu je kakak ni. ade pulak g lepak kt ibu org lain. Ibu yg duduk tercongok sendiri kt sini dari tadi xde geng akak buat xtau je, sampai hati kakak... sob...sob...sob... (muka sedih)



Dekat 2 jam tunggu Nuha main air dengan kanak2 riang tu semua. Walaupun ibu da panas montot duduk bawah payung ni, beteri HP pun dah nak habis. Ibu panggil banyak kali pun dia buat muke sardin je. Ikutkan hati ibu ni, nak aje ibu g cubbiiiittttttt peha kakak tau, nasib baik ramai makcik2 kt sini, terpaksa ibu cover line. hihihihi... sabor jela...

Xlama kemudian, aunty yg Nuha panggil Mama tadi tu datang menyapa aku yg ralit dengan HP. 

"Mama Nuha kan ?" tegurnya
"A'a.. Nora" aku perkenalkan diri
 "Kite xde anak dara, semua anak teruna, seronok bile ada anak dara panggil mama" cerita aunty adibah yg aku lebih senang panggilnya kak diba
"OOooOo.. hihihi.." senyum2 je, nak cakap ape pun xtau.

Oleh kerana kak diba ni tersangatlah ramah tamah orangnya, maka aku lebih mudah untuk berborak dengan dia, biasalah org dah berborak, tak kan ko nk diam je, ko ni dah kenapa kan..?? Walaupun aku ni bukanlah kaki kepoh sangat, buat2 kepoh je laa. hihihihi. Sembang punye sembang dah tak sedar dekat sejam pulak duk bersembang entah ape2, macam2 cerita yg keluar, layankan jela.

Part paling best kak diba cakap nk berbesan dgn aku. kahkahkah.. lawak apekah ini. Siap nk kenal dengan hubby. katanya kene tengok bapak dia pulak, mak dia dah ok katanye, klu bapak dia ok mesti anak dia pun ok. hahahaha... mcm2, sempat lagik dia buat lawak tengah2 hari buta ni. Kak diba ni cikgu kt Sekolah Menengah di Kota Warisan. Padanlah banyak no idea dia nk bersembang, cikgu la katakan. hihihihi...

Jam dah sekitar 1230 pm aku dah letih nk lepak & nk gelak ni, sat g hubby sampai nk keluar makan pulak. So slow2la aku mintak diri. Nuha pulak masih duk seronok nak main kejar2 dalam air dengan "Abg Amin" bunyi suara dia je duk menjerit "Abg... abg... abg... " amboi...amboii seronok betul budak kecik ni, dah macam abg ko yea. adeehhh... pening kepala ibu ni nak oiii.

Sebelum nk beransur naik kebilik, kak diba mintak no HP aku. katanya nnt senang nk contact. Kononnya nk bersilaturrahim gitu. Aku kasi jeklaa... Sebelum lunch tu tiba2 aku perasan ada Group Whatsapp baru. Rupenya2 kak Diba buat whatsapp Group Geng Hotel The Light. Lagi satu hal aku nk pecah perut. Aduyaiiii dah la sikit punya banyak whatsapp Group, tambah pulak lagi satu group entah ape2, sabooo jelaa, hubby dah gelak menyindir kt aku. Nnt jumpe kt shopping mall buatla group whatsapp Shopping Mall pulak katanya. Macam2 org zaman sekarang. Itupun nk buat whatsapp group, mmg lawak tahap cipan.

Bila dikenang-kenang pun seronok jugak, boleh buat aku tergelak sendiri. Macam-macam ragam manusia ni. yang penting kita bahagia dengan ape yg kita lakukan & tidak menyusahkan org lain. Peace No War !


 

Selasa, 9 Februari 2016

Savvy Part 2 : Repair & Cat Kereta





Kereta Savvy yang kami beli dari acara lelongan awam haritu telah siap di baiki & juga di hantar ke kedai cat kereta di Jalan Reko. Bengekel membaiki kereta Savvy kami tu terletak di Seri Kembangan nama bengkel tu ape entah. Tapi harga agak berpatutan, cumanya anda perlu tahu ape yg hendak di baiki & barang ape yg hendak di tukar, ini kerana mereka hanya melakukan kerja atas permintaan anda dan saya menasihatkan anda untuk membeli sendiri barang2 yang hendak di tukar di Jalan Ipoh  (bangunan VANLI-pengedar barangan Proton & Toyota) harga adalah jauh lebih murah berbanding harga bengkel. 




Bengkel cat kereta di jalan reko kami temui melalui Facebook "PERKIFA AUTO Spray" kualiti kerja di bengkel ini agak kurang memuaskan, walaupun mereka memberi jaminan 3 tahun untuk sebarang masalah cat tetapi kami bukanlah kaki komen yg melampau. Setelah siap di cat ada beberapa bahagian kereta yg di cat tidak rata & juga berpasir. ini mungkin di sebabkan mereka tidak membersihkan kereta dengan betul sebelum di cat. 



Dengan harga RM2300 (Luar Dalam tidak termasuk enjin & Bonet kereta) untuk sebuah kereta mini seperti Savvy agaklah mahal sebenarnya. Tetapi life must go on. Nothing to complaint. Cuma my hubby minta diorang cat balik mana2 bahagian yg terlalu obvious menggerutunya. Walaupun setelah di cat 2x, kualiti kerja tidaklah banyak berbeza. So aku hanya boleh kasi 3* untuk kualiti kerja di Perkifa Auto ni. Total Damage RM2400 termasuk RM100 upah cuci Kusyen kereta.  




Alhamdulillah kereta dalam keadaan baik sehingga sekarang. So siapa kata membeli kereta Lelong agak rumit & banyak masalah ? Yang penting anda hanya perlu melakukan sedikit search mengenai kereta yg ingin di beli. Selebihnya kos untuk repair enjin & cat kereta supaya nampak lebih cantik & menarik untuk dipakai mahupun di jual kembali. 



Jom sertai Acara Lelongan Kereta !

Isnin, 8 Februari 2016

Review :: The Light Hotel Seberang Jaya Pulau Pinang

The Light Hotel ni antara Hotel baru di Seberang Jaya, suasana pun best cuma kolam dia agak kecik. (kecik sangat) 

Suasana persekitaran hotel yang kondusif & bersebelahan dengan Sunway Carnival Shoping Mall membuatkan hotel ini sering kali menjadi tempat penginapan kami sekeluarga. Ia amat memudahkan kami untuk membeli belah & mendapatkan makanan hanya dengan melintas jalan utama di hadapan hotel. 



Selain daripada persekitaran yg bagus, Sarapan pagi di sini juga begitu menarik perhatian. Banyak pilihan makanan yang menyelerakan sehinggakan si kecik Nuha setiap kali ingin makan, pasti dia mengajak aku untuk lepak di Restaurant Hotel, Demanding betul budak kecik ni.



Swimming pool agak kecil untuk golongan dewasa, tetapi sekali sekala untuk merelexkan diri & berendam bolehla juga terjun ke pool yg agak serdahana besar itu. Gym juga turut di sediakan. Hotel ini seperti memenuhi kehendak 5* Hotel. Tetapi tidaklah begitu sempurna, bak kata orang, lebih baik ada juga dari tidak ada. Hotel ini adalah pilihan yg agak sempurna untuk aktiviti perniagaan & juga sebarang mesyuarat syarikat. Kedudukan yang dekat untuk ke Pulau Pinang juga menjadikan hotel ini adalah pilihan tepat bagi sesiapa ingin menginap di Seberang Jaya. 




Selalunya kami akan makan malam Char Kuew Teow di sekitar Sungai Dua Butterworth (sign board Telur Basuh) atau pun ke Lebuh Camble pulau pinang untuk menikmati nasi kandar Hameediyah, hmm mmg sedap nasi kandar di sini, harus cuba jika anda ke pulau pinang. Selain itu kami juga sering ke Restaurant Puncak Mutiara Cafe di Kg. Pelet Kubang Seman kerana di sini banyak pilihan makanan yang agak sedap walaubagaimanapun ianya agak jauh dari The Light Hotel.

Sepanjang 2 bulan ini (Januari & Februari 2016) Kami telah menginap sebanyak 4 kali di sini atas tujuan kerja & urusan perniagaan. Dengan harga yg agak berpatutan & keadaan hotel yg menarik serta dapat memberikan sedikit kelapangan minda The Light Hotel adalah pilihan kami untuk persinggahan sementara di Penang.

Broker FOREX Pilihan Saya !

Setelah beberapa tahun menjalankan aktiviti perdagangan matawang didalam talian sebagai part time "Forex Trader". Saya akhirnya mengambil keputusan untuk FULL TIME TRADER. Bagaimana untuk menjadi seorang pedagang matawang ? 

Langkah pertama anda hanya perlu memilih BROKER yang betul. pastikan ia adalah berdaftar & regulated. Jangan menyertai mana-mana broker yang menjalankan aktiviti pungutan duit & memberi pulangan bulanan, kerana itu adalah penipuan semata-mata & jangan terperangkap dalam aktiviti Money Game !

Antara Broker terbaik pilihan saya adalah 

1. MOCAZ Financial Market 
2. EXNESS Limited 
3. RoboForex Limited
4. INSTA Forex
5. Hantec Market


Setelah hampir 10 tahun menjadi seorang trader, saya akhirnya mendapat tawaran sebagai Introducer Broker ( IB ) bagi 4 syarikat Broker. iaitu Mocaz, Exness, Hantec & Roboforex. Menjadi seorang IB bagi kebanyakkan syarikat broker tidaklah mempunyai apa-apa elaun bulanan. Tetapi dengan membina network yang stabil, pendapatan bulanan anda paling takde pun USD 3000 sebulan. Itu belum termasuk Bonus Syarikat + Exchanger Rate + Profit trading + Autocopy Trading Bonus. 

Purata tukaran matawang Ringgit Malaysia kepada USD hari ini adalah 4.3 - 4.5
USD 3000 X 4.3 = RM12,900. Anggaran pendapatan ini adalah berdasarkan apa yang saya terima sepanjang menjalankan trading bersama 5 org trader sahaja. AMARAN ini bukan system binary mahupun Multilevel Marketing. Anda perlu menjadi seorang trader yang bijak & tahu mencatur pergerakan market. Haram hukumnya jika anda menjalankan perdagangan tanpa asas kerana itu di nisbahkan sebagai JUDI (gambling). 

Jom sertai kumpulan saya. InsyaAllah saya akan membimbing anda menjadi seorang Trader berjaya & berilmu. Apa yang baik kite sebar2kan & apa yang buruk kite jadikan pedoman meniti hidup. 

Sertai Group saya dengan mendaftar pada link di bawah :-


Broker Exness Limited 
klik pada link di atas !




Mocaz Financial Market
  klik pada link di atas !





Mengapa EXNESS & MOCAZ ? 

1. Exness mempunyai leverage yang paling besar (1:2000) & juga mempunyai instant execution yang paling tepat & pantas. Selain itu saya adalah salah seorang Registered IB dan juga Registered Local depositor bagi EXNESS. Ini akan memudahkan urusan deposit & juga withdrawal client. Kerana 100% urusan pemindahan wang adalah di bawah kawalan saya tanpa campurtangan mana-mana pihak ketiga. Deposit & withdrawal terbaik ! sepantas 1, 2, 3 !



2. MOCAZ adalah sebuah syarikat broker melayu yang paling kukuh & sedang meningkat naik kepasaran antarabangsa. Saya juga adalah Registered IB dan Registered Local Depositor bagi MOCAZ. Melalui platform Mocaz anda dapat menjalankan aktiviti copy trading bagi acc trading anda. Walaupun anda masih baru dalam dunia perdagangan Matawang & kurang arif mengenai pergerakan market, tetapi melalui MOCAZ metatrader anda dapat memilih mana-mana trader yg mempunyai rekod perdagangan yang baik. Ia adalah rekod yang real. 

Untuk Roboforex & Hantec Market saya juga dilantik sebagai IB untuk broker mereka, tetapi Cawangan pengurusan mereka tidak bertapak di Malaysia lg buat masa ini. Walaubagaimana pun ia adalah selamat kerana mereka adalah antara broker yang tersohor & telah mendapat beberapa regulation di UK, New zealand, London & juga Cyprus.  Untuk melakukan deposit ke acc ini, anda perlu mempnyai acc Neteller.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Forex Broker & perdangangan ONLINE  

Whatsapp/Call : 019 3353616

Anda sedia untuk di layani