Jumaat, 21 Oktober 2016

Review :: Restauran Dapur KOI Patin Tempoyak Terbaik !

Buurrrgg.... Alhamdullillah dah kenyang :)


sedap sehingga menjilat kaki :))

Meh sini aku share satu kedai makan di Seksyen 7 Bangi yang popular dengan Ikan Patin Masak Tempoyak. Nama dia Dapur KOI. Tadi tengah hari aku & my hubby lunch kt situ lagi. Dah 10x kot kami pekena patin tempoyak dia, memang tidak menghampakan sama sekali, masih lagi sedap seperti selalu. Dengan harga yang berbaloi & masakan yang sedap maka semestinyalah anda harus singgah dan cuba. 


Selain dari Patin tempoyak, lauk2 lain pun banyak. Mostly sedap2 belaka

Untuk makluman korang, aku takde kene mengena pun dengan tokey kedai ni, bukan sedara mara jauh sekali dia bayar komisyen untuk aku promote masakan patin tempoyak dia ni. Tapi sebab memang worth it untuk share dengan korang semua sebab memang sedap. Berapa kali sedapp daa... hihihi. Kalau nak compare dengan Restauran Temerloh Catering aku lebih prefer Restauran Dapur Koi ni. Rasa kuah dia tu memang original Patin  masak Tempoyak dari Temerloh. Lagi satu jangan lupa order Air Jagung special. Memang caww habis... Heeee...



Sooooo... Kepada peminat tegar patin tempoyak, silalah singgah ke kedai ni yea. Dekat Bangi je pun, kalau korang lalu Silk Highway tu boleh masuk simpang tepi Highway sebelum tol booth jika dari arah Semenyih ke Putrajaya. Tapi jika korang dari arah Putrajaya- Semenyih melalui Silk maka kene buat U-turn bawah fly over after bayar tol RM1.80. 

Ok tu je nak share... 

Babai... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan