Bismillahirrahmaanirrahim...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Sempena menyambut kemuliaan bulan Ramadhan yg semakin singkat untuk meninggalkan kite dan disusuli pula dengan kehadiran Syawal yg bakal diraikan dengan gilang gemilang oleh setiap jiwa ummat islam di seluruh dunia, tidak ketinggalan kepada golongan yg kurang bernasib baik. Terutamanya anak-anak yg telah ketiadaan ibu dan ayah, mudah2n dengan limpah rahmat dan kasih syg-Nya mereka juga akan merasai kemeriahan Syawal walaupun tidak seberapa. InsyaAllah..
Atas rase perihatin dan tanggujawab sebagai salah seorang umat Muhammad SAW, aku mengambil keputusan untuk mendermakan barang2 terpakai yg masih elok ke rumah anak2 yatim di Puchong Prima. nak di sedekahkan kepada golongan fakir pun aku xtau nk cari diorang kt mana tengah2 Bandar Shah Alam ni, so Alahmdulillah sentelah mencari di laman sesawang aku menjumpai beberapa buah rumah anak yatim yg memerlukan pelbagai barangan keperluan seperti perabut rumah, peralatan elektrik, buku2 atau majalah terpakai, pakaian dan sebagainya untuk keperluan anak2 yatim ini.
Mudah2n dengan derma ikhlas daripada semua pihak sedikit sebanyak dapat menceriakan anak-anak serta golongan pengurusan rumah kebajikan ini, InsyaAllah. Dan semoga Allah akan membalasnya dengan rahmat yg tidak terhingga di akhirat kelak...
Disini aku sertakan link untuk rujukan sesiapa yg ingin menderma : http://rumahanakanakyatim.blogspot.com/2009/09/rumah-anak-yatim-selangor.html
Selamat Menderma Kerana Allah...
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan