Selasa, 23 Ogos 2011

Motivasi Hari-Hari Terakhir Ramadhan

Salam semua, Alhamdulillah dengan izin Allah aku masih mampu mencoretkan bait2 bicara tazkiroh untuk tatapan pembaca dan juga pengkhabaran untuk diriku sendiri..

Kemuliaan Ramadhan telah semakin melabuhkan tirainya, insyaAllah minggu depan seluruh umat islam akan menyambut kegemilangan 1 Syawal. Dalam kemeriahan menyambut Syawal aku mengingatkan diriku sendiri bahawa tarbiyah Ramadhan belum sepenuhnya meresap kedlm jiwa nuraniku. oleh yg demikian aku ingin mengambil kesempatan dihujung hari2 terakhir Ramadhan yg masih tersisa ini untuk memantapkan pemahaman diriku tentang kebesaran bulan Ramadhan yg datangnya hanya sekali setahun.

Persoalan yg ingin diutarakan ialah, Apakah tujuan utama kedatangan Ramadhan.. ?? Tujuan datangnya Ramadhan adalah kerana adanya Hari Kebesaran yg bakal disambut iaitu Aidulfitri, dan apakah yg dimaksudkan dengan Aidulfitri.. ?? Aidulfitri secara maknawinya bermaksud kembali kepada fitrah... iaitu kembali kepada yg asal dan tujuan manusia itu dihantar ke Langit dunia, fitrah kejadian manusia itu bolehla dipecah bahagikan kepada 3 bahagian yg utama..

Yang Pertama fitrah kejadian manusia ialah suci bersih daripada sebarang dosa dan noda, seperti mana keadaan bayi yg baru dilahirkan, Ibu-bapalah yg akan mencorakan dan melukis warna2 pada jiwa anak2nya, samada untuk menjadi Yahudi, Nasrani mahupun Majusi..

Yang ke-2 fitrah jiwa manusia itu menginginkan kepada kesempurnaan, kemuliaan dan kebaikan, seperti kecenderungan manusia untuk meningkatkan tarap hidup secara material, mencari darjat dan pangkat untuk dimuliakan oleh segenap manusia.. mencari harta sebanyak mungkin untuk memenuhi segala kekurangan diri yg bertujuan untuk mencapai kesempurnaan dlm hidup, namun begitu, adakah segala kemuliaan, pangkat dan harta material itu mampu memberi kesempurnaan kepada jiwa manusia secara total..? Sesungguhnya fitrah jiwa setiap insan itu sngt2  memerlukan kepada pergantungan kepada zat yg Maha Kuasa, iaitu Allah SWT.. Jiwa manusia itu fitrahnya sangat2 dahagakan kepada ketenangan jiwa dan kelapangan hati dengan pengabdian diri kepada yg Maha Esa..

Dan yg ke-3 fitrah kejadian manusia itu adalah untuk mengabdikan diri kepada yg maha pencipta iaitu kembali kepada ajaran Islam yg Syumul, setiap jiwa yg dilahirkan ke dunia telah berjanji dan bersumpah setia untuk menjadi hamba yg taat kepada segala aturan dan perintah Allah swt. perjanjian itu telah dimenterai ketika manusia masih di alam roh. oleh yg demikian hakikat kejadian manusia adalah untuk mengagungkan serta mendaulatkan ajaran ISLAM yg maha suci...

Oleh itu semakin jelas kepada kita umat islam bahawa tujuan sebenar datangnya Ramadhan adalah untuk mengembalikan jiwa dan fitrah hidup kite kepada yg asal, yg mana fitrahnya kehidupan manusia adalah Mulia dan menginginkan kepada kebaikan dan kemuliaan, Allah swt mengkehendaki hambanya kembali kepada fitrah kehidupan iaitu islam, mengamalkan cara hidup islam yg sebenarnya, berkasih syg, hormat menghormati, menjaga tatacara pergaulan sesama manusia, bermuamalat sebagaimana yg telah di syariatkan.. itulah tujuan sebenarnya kedatangan Ramadhan, iaitu mentarbiyah jiwa manusia yg telah lama lalai supaya kembali kepada fitrah. dan Syawal yg Bakal disambut adalah hari dimana setiap jiwa meraikannya dengan penuh rasa syukur ke-Hadrat Allah SWT yg telah mendatangkan Tarbiyah Ramadhan selama sebulan untuk menjadikan jiwa ummat islam itu semakin utuh dan jitu dalam memahami erti kehidupan didunia...

Namun ape yg dikesalkan adalah umat islam muta'akhir ini semakin tidak memahami erti sebenar kedatangan Aidilfitri itu, yg diagung2an adalah menyambut kedatangan hari kebesaran itu dengan pelbagai konsert yg berunsur maksiat, pelbagai rancangan yg sedikitpun tidak mencermin kemuliaan Aidulfitri itu sendiri.. Mudah2n apa yg telah tercoret ini mampu memberi sedikit ingatan dan pesanan buat sahabat2 dan juga diriku sendiri, mudah2n bisa menjadi titik tolak kepada perubahan yg lebey baik.. InsyaAllah...




....Salam Aidul Fitri...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan