Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Lagu ni aku suke gile, bile terdengar lagu ni di mainkan di mana2 corong radio ataupun media electronik teringat plak aku g melawat muzium padi di Alor setar di tgh2 sawah padi. hmm walaupun xdela best mane pun lawatan ke Muzium padi tu tp kire bermakna jugakla coz banyak benda yg aku xtau pasal aktiviti pesawah zaman2 dulu buat sepanjang musim menanam, manuai & membajak sawah..
Bile time menuai padi diorang menyanyi lagu nila katenye.. so barulah aku tau rupenya lagu ni lagu yg agak glamour dikalangan pesawah zaman2 dulu.. :))
... Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 yg xlama lg ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan