Rabu, 22 Ogos 2012

Happy Anniversary ke-4 yrs


16 Ogos 2012
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan
Yg Ke-4 Syg :)
 
 
Sekejap je masa berlalu, usia perkahwinan-ku telah menginjak 4 tahun, macam2 benda da aku lalui sepanjang bersama, ade suke & duke, semuanya aku simpan jauh dlm kanvas sanubariku.. apepun aku bahagia dgn ikatan ini, aku gembira melalui hidup bersama-nya dan aku bersyukur kehadrat Allah di atas segala Rahmat yg telah di kurniakan untukku.
 
 
Setelah hampir seminggu berlalu, baru harini aku berkesempatan untuk wish di laman ini. Bercerita tentang detik2 pertemuan & bermulanya kisah percintaan kami, semuanya seperti tidak disangka-sangka, segalanya berlaku secara kebetulan. Aku mengenali my hubby melalui laman social iaitu Friendster, dari situlah aku tahu yg dia adalah senior aku di SMK(A)DG Marang Terengganu. ceritanya bermula apebila my hubby menghantar text ke mailbox frienster menyatakan untuk berkenalan dgnku, katenya dia tertarik dgn gambar2 ceria yg aku upload di frienster, rupe2nya dia mengintip aku secara senyap2 ehehe, dan yg lawaknye mesej2 dia tu di reply oleh my frenz, coz aku xde mood nk layan lelaki pada masa tu, pada aku mesej2 utk berkenalan tu semuanya xleh pakai, wasting my time je sume tu, mmg xkuasa nk layan pun. tp nampaknye mesej yg satu ini amat berbeza dari yg slalu aku terima, cetusan rasa yg membuahkan secebis rasa cinta sehingga terbina-nya sebuah ikatan perkahwinan. Terima kasih Allah kerana memberi aku seorang kekasih dunia & akhirat.
 
 
Selama 4 tahun ini juga, 4 org insan yg dekat di hatiku telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Pada tahun ke-2 perkahwinan aku keguguran ketika usia kandunganku 12 minggu. Alhamdulillah pada tahun ke-3 aku mengandung lg dan semuanya selamat. Syukur ya Allah atas anugerah zuriat yg sempurna itu. Moga dgn kehadiranye menambahkan lg kasih syg & cinta antara 2 insan. :) Selama 4 tahun ini juga, hanya 8 bulan shj kami tinggal bersama itupun ketika my hubby berkhidmat di Kepala Batas Alor Setar Kedah, selebihnya kami tinggal berasingan, Dia di Penang, aku di Shah Alam, dia di kedah pun aku di Shah Alam, sampai skrg pun dia kembali di Penang dan aku di Kajang pule. Hmm hanya bertemu di hujung minggu, xtaula sampai bile plak. Doaku semoga Allah memudahkan segala urusan & melimpahkan Rahmat dlm rumah tangga kami. Amen ya Rab.
 
 
My Beloved Doter Nuha Safiya
Nuha : Yg Bijak, Yg Berakal Fikiran
Safiya : Wanita Mulia
 
 
Adek & Opah, dah macam anak opah je adek :)
 
Sambutan kali ni tiada ape2 yg istimewa, hanya sekadar ucapan di Telefon. Memandangkan my hubby di Aussie & sibuk dgn pelbagai tugasan mungkin ingatan pada tarikh2 tertentu agak nipis di ingatan-nya. Tidak mengapalah, aku cume menghantar Ucapan & doa melalui pesanan ringkas ke telefon-nya. Kemudian my hubby call, katenye dia da fikir2 nk hadiahkan aku jam tangan, tp bimbang aku tidak berkenan, so dia suh aku pilih sendiri mana yg berkenan.."nnt bagitau yg mana, abg belikan" katenya.. hehehe syg2... pandai betul cover line, saje xnk mengaku yg dia terlupe sebenarnya. Aku pun dah masak sgt dgn telatah my hubby, slalu berdolak dalih dan cuba berlagak yg semua benda ade dlm fikiran-nya cume dia sengaja je nk buat surprise gitu.. ehehe... xhabis2 cubaan nk mem"backing" diri sendiri. Apepun aku ok je, cume klu selalu sgt camtu kekadang adela juge terasa sesuatu nun jauh di sudut hati. Bukan material yg aku harapnya, cukuplah sekadar ingatan dari yg tersayang. Tp klu nk kasi hadiah pun ok jugak.. hehehe.. rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari.. :) apepun sy sgt syg kamu...
 
Sempena meraikan ulangtahun kali ni, aku ade sesuatu yg special untuk my hubby, klu org China mmg anti dgn angka 4 ni, ala2 kurang Ong gitu hehehe,  aku pun xberapa suke jugak dgn angka ni, angka paling aku suke ialah 2,6,7 dan 8. angka2 tu begitu bermakna dlm rentetan kehidupan aku... berbalik pada cite aku td, pasal hadiah tu.. ehehe The surprise is aku telah menempah Tiket Air Asia ke Guangzhou China pada bulan November 2012 sebagai hadiah Perkahwinan yg ke-4 tahun ni... :) Kebetulan masa tu aku dapat emel dr Airasia berkenaan dgn Promosi Tiket Murah. Harap segala perancangan di permudahkan Allah.
 
 
 Hadiah dariku utk my beloved hubby sempena Anniversary yg ke-4yrs :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan