Selasa, 25 Jun 2013

Resipi Mee Goreng Mamak

Haiii kawan2, hari ni aku nak share resepi Mee Goreng Mamak versi aku sendiri. Slalu aku suka buat Mee Goreng Basah ala Trengganu je, Resipi Asli my late beloved Umi. Yummy2 sedaappp meh... :))
 
So kepada kawan2 di luar sana yg suke makan Mee kt kedai mamak tu, better try masak sendiri kt rumah, confirm meletoop & yang penting korang boleh masak dengan sedap & berkhasiat untuk hidangan anda sekeluarga.

 
Tauhu yg da siap di goreng...

 
Udang yg telah siap dibuang kulit & di tos kan..

 
Bahan2 yang diperlukan :
 
 Sepeket Mee kuning (halal & suci/ pastikan buatan org islam)
 2 ketul Tauhu di goreng & di potong dadu
 Sawi di potong kecil
sebijik kentang di rebus & di potong kecil
Udang/Sotong/Ayam/Daging (ikut citarasa nk banyak mana)
sebijik telur
 6 btg Cili Kering di rebus & di kisar lumat
 5 btg cili padi di belah 2 (klu nk pedas blh tambah)
segenggam Taugeh
sebijik Limau nipis di belah 4
 5 ketul Bawang Merah di kisar separa lumat
 2 ulas Bawang putih di kisar separa lumat
 Sos cili, sos tiram, Kicap, garam & gula
 



 
Cara membuatnye :
 
Tumiskan bahan bertanda Merah di atas dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan Udang/Sotong/Ayam/Daging yang telah di bersihkan.
Masukkan sedikit garam & gula (mengikut citarasa)
Masukkan 2 sudu sos cili, sesudu Sos Tiram & kicap manis
 Kemudian Masukkan Mee Kuning & gaul sebati.
ketepikan Mee & Masukkan sebijik telur  ditengah2 kuali bersama sedikit minyak, biarkan telur sedikit masak & gaul rata bersama Mee.
Selepas beberapa minit, masukkan sawi, taugeh, kentang & tauhu.
Kacau sehingga Mee & sayur sebati.
Biarkan Mee sedikit Kering.
Angkat & sedia untuk di makan.
Perahkan sedikit Limau sebelum makan, pasti melekat.. !!




Ok sayang dah  Mee Mamak da siap masak, jom kite dinner... :))



 
Gendang-Gendut tali kecapi, Kenyang Perut suke hati...
hikhikhikhik... :)
 
 













JANDA Tak Sedar Diri ?

 
Sensasi betul tajuk entry aku hari ni, kepada janda-janda di luar sana janganlah angin ke-langit plak dengan tajuk entry aku ni yea. Tiada kene mengena samada hidup atau pun mati.


 
 
Entry  ni aku buat berdasarkan pembacaan & pemerhatian aku mengenai sikap & akhlak seorang wanita yg bergelar janda. Status janda bukanlah sesuatu yg buruk, jahat atau -ve sebenarnya tetapi sikap & perilaku manusia yg berstatus janda itu sendiri membuatkan "Title Janda" yang pada asalnya biasa, menjadi luar biasa & dipandang Hina, sebab tu ramai isteri2 di luar sana sanggup bertahan dlm derita rumah tangga demi mengelakkan diri mendapat Title Janda. Uh..Ape aku melalut ni... ?
 
Oklaa kite teruskan kepada cerita yang aku nak share kt sini. Sepanjang aku hidup ni, bermacam-macam jenis & perangai org yang aku jumpe. Ade sesetengah-nya aku kenal rapat & selebihnya hanya sekadar bersua muka sambil lalu, atau bertegur sepatah dua. Melalui pemerhatian yg aku lakukan, kebanyakan wanita yg berstatus Janda pada zaman sekarang kebanyakkan-nye lebey agresif & tidak takut kepada cabaran. Mereka lebey terbuka & tidak mengambil endah tentang pandangan masyarakat terhadap mereka. Pada aku Itu adalah suatu perkembangan yang sihat sebenarnya TETAPI ade sesetengahnya menjadikan status janda itu sebagai satu peluang untuk mereka melakukan maksiat dengan lebey terbuka tanpa menghiraukan pandangan agama terutamanya. Konon-nya nk tunjuk pada masyarakat yg dia masih boleh mendampingi  lelaki muda yang lebey segak & bergaya walaupun berstatus janda. kebanyakkan mereka yg berperangai macam ni, adalah janda2 muda dlm lingkungan 25 - 35 tahun. Tp klu dah 30 & keatas tu xde la muda sgt pun.. Ala-ala je.. dah kerepot jugak sana sini. Bawak2 belek diri tu, manala tau, kot2 dtg keinsafan dlm diri kan...?
 
Aku bukan dengki atau berprasangka buruk tentang sikap sebahagian mereka ni, cumanya aku meluat & menyampah dengan perangai diorang ni. Tp xdela aku g tegur diorang secara direct ke ape. Bukan nk mengumpat or memburukkan mereka tanpa mendekati dengan lebey dekat. Aku cuba nk memahami jenis manusia yg mcm ni, cumenya aku belum ade kekuatan untuk mendekati secara peribadi. Silap aribulan aku plak tersyok dengan life style diorang yg entah ape2 tu. Nauzubillah... 

Cume sesekali aku terfikir sendiri. Ape yg diorang ni cube nak tunjukkan sebenarnya, nk show off kt bekas laki dia yg dia ni masih HOT ke..? or nk puaskan hati sendiri..? or nk mengisi kekosongan kasih syg yang dah lama berkubur..?? Hmmm.. apepun alasan yg diberi, tiada hukum yang boleh menghalalkan perbuatan yg HARAM.  
 
Klu sungguh pun korang nk tunjuk yg ko tu masih HOT & ramai lg jantan tergedik-gedik kt ko, ape salahnya ko ajak dia kawen & bina hubungan yg suci. Kan lebey elok camtu. Lepas tu klu ko nk beromen 24 jam pun lantak ko lah.. xde org pun nk amik peduli. Ini tidak... terus menerus nk bergelumang dengan dosa & maksiat, lepas tu siap boleh bercerita situ sini dengan bangganya.. addoooiii. Jenis macam nilah yg aku kata "Janda xsedar diri". Kalau ye pun ko sakit hati kt bekas laki ko dulu or ko dah down gile dengan hubungan yg telah terputus di tengah jalan, tp bukan begitu caranya untuk ko melepaskan segala beban tu. Sudah-sudahlah menambahkan "PEMAKSIAT"  tegar di negara tercinta ku ini. Bawak sedar diri & kembali kepada Allah laa..
 
Yea aku tau, x-ramai lelaki yg ikhlas nak kawen dengan janda klu bukan kerana harta. Tp itu bukan alasan untuk ko terus berkelakuan begitu. Ada manusia yg sakit mata & sakit hati melihatnya... Tolonglah.. kasihankanlah pada diri ko sendiri. Klu ko ade anak, kasihankanlah pada anak2 ko tu, mereka inginkan suasana yg baik untuk perkembangan peribadi & akhlak mereka..

Sesungguhnya hidup ni xlama... Jgnlah kerana kekecewaan semalam ko ingin merosakkan seluruh kehidupan ko & org lain. Cubalah berfikir dengan akal yg waras. Andai umur yang ko miliki tu dapat dibeli, banyak manusia yg telah di tanam di kuburan sana ingin membeli-nya. Janganlah sampai bile mata telah terjengkel melihat JAHANNAM baru ko ingin sedar & merintih untuk kembali...
 
Luahan ini bukanlah aku tujukan hanya kepada semua janda di luar sana, tetapi juga kepada diri sendiri & seluruh umat manusia yg telah sekian lama hanyut bersama dosa. Kerana Hidayah itu tidak datang jika tidak di cari...







Isnin, 24 Jun 2013

Landlord Yang Baik Hati

Hehehe.. Angkat bakul sendiri nampak !
 
Memandangkan kitorang dah siap berpindah rumah, maka aku dengan gembiranya memulakan aktiviti membersih & mengecat Apartment kitorang di Taman Sepakat 2 tu. Walaupun keadaan rumah masih elok & tiada sebarang kekotoran melampau pada dinding, tp aku gatal tangan jugak nk mengecat. Mengecat ni pun salah satu Hobi masa lapang aku. Dari sekolah rendah lg, aku slalu follow my beloved abi mengecat kt kelas dia. So pendedahan seawal usia kanak-kanak tu menimbul minat untuk aku teruskan hobi yg berfaedah ni. Mmg pelik skit bunyi-nya... tp itu la aku, wanita biasa yg punyai minat yg agak terkeluar dari senarai "Kontrol Ayu" & kadang2 agak x-disangka-sangka... huhuhu... Apepun asalkan bahagia. :)
 
 

Dah sebahagian rumah dah siap cat, walaupun kitorang x-cat semua tp hasil-nya sangat ceria.. aku pulak yg lebey teruja.. hikhikhik...

 
Dining Area, Siap ade decorative wall frame lg.. itupun aku tinggal utk diorang.. :)
 
 
Warna yg ade cume light gray & yellow je.. so aku bantai je kt semua ruang rumah...
 
Actually aku bukan saje-saje nk memenatkan diri or menambah kerja, tp masa aku berkemas barang-barang kt store apartment tu tiba2 aku terjumpe ade 2 tong cat yg masih elok belum habis. Xkan nk buang plak cat tu kan. Sayang tu... aku ni bukan kaki buang barang, selagi boleh pakai aku pakai je. Klu xnk pakai aku kasi kt sesiapa yg berminat. That Y laa aku decide nk mengecat dinding Apartment kitorang tu. Lagipun, ape salahnye kite gembirakan sedikit hati penyewa rumah kite tu kan. Of Coz laa tenant happy bile tengok keadaan rumah yang bersih & ceria dengan warna dinding yang baru kan... Bile dia dah happy maka dia pun akan seronok untuk menyewa lama di rumah kita tu. Sapa yg untung Landlord jugak... yang penting Cashflow terbaik. hanya dengan sedikit effort yg di berikan, harapnye tenant gembira & berpuas hati. InsyaAllah...
 
 
Warna di masterbed... kasi Energetic Mood skit... :)

 
Langsir pun dah macam bilik pengantin... ehehehe.. :)
 
My hubby selalu duk membebel, katanye aku suka cari kerja. Dah org dah bersetuju nk sewa, okla tu. Bersih gitu-gitu je dahla. Duk beria nk cat bagai macam kite plak yg nk tinggal... !! Hmm ape-apelah... malas nk layan aku diamkan aje & teruskan kerja mengecat aku sendiri... tp sekejap je, pastu hubby plak yg sambung, walaupun kuat membebel mengalahkan aku tp bile dia tengok muka aku yg dah kepenatan nk mengecat sambil terjenjet-jenjet nk mengecat dinding yg tinggi, last2 dia jugak yg siapkan semua... ehehehe.. I always realize... U love Me so much kan... ?? :)  Kekadang aku saje je buat2 muka kesian.. menagih simpati... Walaupun kadang2 "Pak Cik" suke buat endah x-endah bile kite minta tolong, tp sebenarnya pakcik ni mmg lembut hati & penyabar org-nya... (Suka la tu, kene puji.. mesti tersengih-sengih klu bace entry aku ni... :))





Aktiviti Pindah ke Rumah Baru

Salam semua kawan2...
 
Dah hampir 3 minggu kot aku xmengupdate blog aku ni, masa nk bertenet & berblog sgt terhad. Coz kt umah aku skrg dah xde Unifi lagi. Line untuk Unifi belum dapat lagi untuk kawasan perumahan di Hillpark fasa 2. So after berpindah haritu terpaksalah aku terminate service Unifi ni.. Bye-bye.. Unifi.
 
Sebab tulah aktiviti bertenet aku semakin merudum. Tambahan pula aku mmg xde mood nk bertenet sgt sekarang, banyak benda yg aku tengah pikir untuk di selesaikan. Aktiviti mengangkut barang dari rumah lama ke rumah baru pun belum selesai sepenuhnya. Kitorang hanya sewa lori untuk angkat barang2 besar seperti Fridge, Washer, TV, Katil & etc. mana yg besar2 upah lori. Tp yg kecik-kecik macam pinggan mangkuk, baju2 & brg2 rumah yg lain sume kitorang angkat sendiri pakai kereta. Sian my car terpaksa jadi truck pengangkut buat seketika.   
 
 
 Barang-barang kt bahagian dapur saje 4 kali angkat baru clear... huwaaa penatnye...
 
InsyaAllah minggu ni selesai la kot kerja mengangkut barang2 ni. Adooiiii dah muak da rase nk main pindah randah camni. Penat & semak kepala. Yerla mau xsemak kepala. Bile nk cari barang2 yg nk di guna mulala geledah semua kotak-kotak yg ade. Berterabur la plak barang-barang kt umah baru. Bile nk mula berkemas plak, xtaulaa. Tunggula slow-slow.
 
 
 
 
Apartment kitorang pun dah ade pnyewa. InsyaAllah Jumaat ni, 28 June diorang dah nk masuk rumah. Huh lega sedikit rasa-nya... Penyewa apartment kitorang ni org IRAQ, student Chem-Engine Universiti Putra Malaysia. Dah berkeluarga & punyai 5 org anak. Walaupun pada mulanya aku sedikit berat nk kasi sewa kt Pak Arab ni, coz anak dia ramai sangat. Dalam kepala aku ni dah terbayang keganasan anak2 dia. Huh habislaa semua perabut aku tu. Walaubagaimanapun, memandangkan kitorang malas dah nk fikir lagi pasal nk cari penyewa lain maka My Hubby bersetuju je untuk sewakan pada Pak Arab ni. Aku Harap semua baik2 belaka. Siap dah warning dia, klu furniture aku rosak teruk, aku akan deduct dia punye deposit.. ehehehe Safety First !
 
Minggu depan my hubby plak xde, tetiba plak kuar arahan Inspection ke Labuan, aduyaaii.. ade-ade je nk kene outstation, dahla aku xberapa serasi lg nk stay kt rumah baru aku tu, adoiiii klulah cuti aku ni banyak lagi, ade je aku amik cuti & follow hubby skali, tp itulaa.. cuti dah tinggal beberapa hari je lagi. Mana nk cuti Raya, Cuti jalan-jalan, cuti nk hantar adik ke Klinik, cuti yg x-disangka2 & macam2 cuti lg laaa...Hmm Mmg dah nampak nk kene unpaid leave tahun ni. Apsal la kerajaan xwajibkan cuti tahunan pekerja swasta sekurang-kurangnya 25 hari kan... Seronok la sikit... ehehe..
 
Ok.. di sini aku nk share no contact lorry yang aku gunakan, so kepada sesiapa yg rasa-rasa nk berpindah-randah tu bolehlah menggunakan service mereka. Dari segi harga boleh bincang. Barang2 aku pun ok je diorang angkat, xde lg yg pecah setakat ni, cume tilam Vono kesayangan aku agak kotor. Tp nk buat camne, dah salah aku jugak xbalut siap2. Hmmm so yg tu kite abaikan.
 
Nama company NZ Maju : 016-2881611. Ataupun korang boleh call jugak Brother Wan ni : 019-6738622. Dua-dua service ni InsyaAllah ok. Kos lori 3 tan RM250 sekali dengan 3 org pengangkat barang. Klu Brother Wan : Lori 5 tan harga RM350 sekali dengan orang angkat. So boleh pilih nk yg mana satu yea.
 

Sabtu, 8 Jun 2013

Perkembangan Israel Di Palestin !




Inilah yang di namakan Yahudi... !!  Sedikit demi sedikit tanah Palestin di jadikan hakmilik mutlak mereka.
 
 
 
 
Tiada negara yang bernama Israel di Bumi ini...
 
 
 
 

Khamis, 6 Jun 2013

Apa Aku Buat Harini ?

 
Tiada satu saat yang berlalu itu akan meningkatnye umur & dekatnye kepada kematian. Sejak join group whatsApp 1Akidah dengan X-schoolmate beberapa bulan ni, banyak input yg aku dapat. Walaupun aku hanya kadang2 je menyampuk sebaris dua, selebihnya aku just jadi silent member. 
 
Bagus betul diorang ni. Everynite mesti ade satu aktiviti Ilmu Agama yg di lakukan di mana2 masjid seluruh Klang Valley.. After balik kerja terus bergegas mencari Ilmu Akhirat, Rajin betul budak2 ni. Allahuakhbar bila-la aku nk join diorang ni agaknya. Everyday masa aku full dengan urusan Dunia. Xtaula nk celah kot mana untuk mengisi hal2 agama. Mmg kekadang terasa jauh skali amalan aku ni, Frankly speaking.. aku belum bersedia untuk mengahadap Allah pada ketika ini.. Hati makin lama makin malas & lemak dengan keduniaan...
 
 

 Hmm entah ape benda yg berfaedah aku buat harini agaknye. Aku sendiri pun xtau, waktu pagi berlalu seperti hari2 yg lain. Bangun pagi solat Subuh, Layan Tanyalah Ustaz sekejap, sementara menunggu adik bangun. After dia dah bangun, kitorang mandi skali. Siapkan baby & buatkan susu utk dia, and than sediakan simple sarapan untuk diri sendiri. Makan sambil berangan. Pastu bertolak ke Putrajaya untuk hantar anakanda kesayangan kt rumah Opah. Dari Putrajaya jam dah menunjukkan pukul 9am or 9.30am. Bertolak ke Office sambil layan lagu kt Sinar or CD.
 
Sampai Office jam 10am - 10.30am. Bukak FB tengok perkembangan kawan2. Siapkan kerje mana yg belum siap. Cari ape2 maklumat di mr.Google. Lunch. Solat Zuhur. Sambung kerje klu ade kerja, klu x, layan info dunia kt Mr.Google or bace blog kengkawan. Update blog sendiri klu rajin. Bace paper sambil makan kuih. 
 
4.30pm - 5pm berkemas barang2 untuk balik. Solat asar sekejap kt surau opis. After that bertolak ke Putrajaya untuk amik adik. Sampai di Putrajaya jam 5.30pm. Bergosip dgn aunty sekejap klu ade mood. klu x. amik adik terus angkat kaki untuk balik. Sangkut JAM kt highway Putrajaya - Kajang. Cilok kiri kanan coz nk cepat. kekadang angin satu badan dengan kerenah pemandu, membebel sesorang dlm kereta. Huh tension... Sampai rumah jam dah menunjukkan 6.30pm. Layan channel 114, TV Alhijrah sekejap. Mandi. Makan mlm sambil lepak layan slot Akasia di TV3. Solat marghib. mengaji sehelai dua klu rajin... Solat isya' Tidokan adik & aku pun zzZZZzz...
 
Hmm ape benda yg berfaedah yg aku buat sehari2 agaknya yea..? Sendiri tanya, sendiri pun xtau nk jawab. Dah nak masuk 2 tahun sejak adik di lahirkan ke dunia. camtulah aktiviti harian aku. Walaupun aku ok je dengan life style aku yg entah ape2 tu. Tp kekadang terasa ada sesuatu yg kurang. umur semakin meningkat tp tiada ape yg aku tambah dalam hal akhirat.
 
Kat mana nk jana banyak pahala pun xtau. Dosa makin hari makin bertambah, pahala production camtu je, makin kurang adela. Hmm sia-sia je hidup klu camni je aktiviti yg aku lakukan sampai akhir hayat aku. Dunia melebihi akhirat. Sudah nampak kerugian yg besar dlm hidup tp still xnk ubah kepada yg lebey baik adalah sesuatu yg amat Bodoh & merugikan. Allahuakhbar... banyaknye masa yg telah aku sia-siakan....
 
Ya Allah lapangkanlah waktu untuk-ku mencari Ilmu agama..!
 
 
 

...Salam Jumaat... 


Saat Aku Mencintaimu !

Da lama x-layan lagu kt Youtube. Memandangkan Unifi kt rumah aku buat hal, maka untuk menghilangkan boring lepak kt umah after habis kerja, maka aku bukak U-tube kt Samsung Galaxy. Hmm berguna jugak gadjet aku ni.
 
Ape lg layan lagu jiwang2laa... da lama xlayan perasaan. Terlalu sibuk sgt dengan urusan dunia & keluarga sampai xsempat nk menghiburkan hati sendiri. After my beloved baby da tido maka aku layan-la jiwang karat kt u-tube. Terus terbayang kisah2 zaman remaja dulu. DejaVoo kembali menerjah jiwa-ku...
 
Sejak dari zaman sekolah lagi aku memang suka baca buku2 puisi. Yerla aku selalu duk sesorang kt umah after balik sekolah. maka aktiviti aku kt umah ialah berangan & cakap sesorang disamping tugas wajib aku ialah mencuci pinggan mangkuk, angkat baju kt ampaian, kemas rumah & masak Nasi. Nnt ptg my beloved Umi balik kerja dia akan masakkan lauk. Camtulah rutin harian aku setiap hari sehingga masuk ke sekolah menengah berasrama.
 
Aku mmg jarang lepak ngan kawan2 or main2 kt padang sekolah. adela jugak tp boleh kire bape kali dlm sebulan. Aku lebey suke terperap sesorang dlm bilik, tak pun aku menanam pokok kt kebun blakang rumah.. Ehehehe tringat zaman kanak2 la plak. Sangat rindu masa lalu yang indah bersama insan2 yg aku kasihi...
 

Rabu, 5 Jun 2013

China :: Part 14 : Last Day di Guangzhou

Entry ini adalah sambungan kepada N3 Part 13 :: Shenzen ke Guangzhou So harini baru aku perasan yang citer aku bercuti di Guangzhou belum habis lg. Adeehh sikit punye lama aku peram entry last ni. ehehehe...
 
 
gambar toilet pun nk amik.. huhuhu

 
Ala gambar gelap la plak...
 

 
Adiikkkkkk..... ! Puas panggil suh tengok camera, buat muka xtau je yea..
 
 
No bilik kitorang, cantik kan No bilik tu ehehe... :)

 
kedudukan bilik di tingkat 27, mmg cun je view..

 
Masa hari-hari terakhir kitorang di Guangzhou aku membuat lawatan ke Gedung kain terbesar kt Guangzhou. Lokasi dia adalah bersebelahan dengan Sun Yat Sen University. So klu korang naik train nk ke Gedung Memborong kain ni, sile berhenti di Station Sun Yat Sen University yea. Lepas tu korang kene menapak skit laa dlm 0.4 KM gitu. Gedung memborang kain ni ade 2 tempat. 1 tempat baru & satu lg gedung lama. Harga yg lebey murah mestilah di Gedung Memborong Kain yg lama. Maklumlah harga sewa kedai pun lebey murah. Kt situ kedainya adalah mendatar atas tanah je. aku tulis je gedung tp bukan Mall pun. Klu kawan2 dapat bayangkan sebuah tanah lapang yang besar pastu adelah diorang buat kedai papan & ade sesetengah buat kedai batu biasa melata sepanjang jalan. Alah ala2 Up Town gitulaa. Klu nk shopping satu hari mmg xcukup, coz banyak sgt kedainya. Siap boleh sesat2 lg.
 
 
Sibuk nk main calculator ibu.. entah mana2 di soroknya, sampai sudah cari-cari
x-jumpe..

 
Main pijak-pijak... huhuhu xde kerja, so kite cari kerja...
 
Ape yg kitorang beli...?? aku adela borong kain pasang skit kt situ. Walaupun harga murah tp diorang ni kuat menipu tau. So kene hati2. Banyak jugakla kitorang kene. Camne cara diorang menipu..? hah di sini aku nk pesankan kepada peniaga-peniaga baru yg nk berjinak2 dengan pasaran kain di Guangzhou ni. Klu korang dah tempah kain dengan mereka & bayar deposit. slalunya mereka ambik masa setengah hari or sehari utk sediakan stok kain. Coz mereka xsimpan stok kain kt kedai. Bile kite order baru diorang g amik kt store / pembekal kain yg lebey besar. SO makesure korang cek satu per satu qualiti kain & juga Ukur panjang kain tu berapa meter setiap satu. Coz kitorang dah terkena, padan muka sendiri sape suruh xcek kan. Jumlah kain yg kitorang byr adalah 11meter tp mereka kasi 10meter shj. Lagi satu ade beberapa gulung kain tu rosak, di mana warna kain pudar & ade garis2. Huh.. dah sampai rumah baru nk cek, checkmate la jawabnye...
 
Habis citer pasal memborong kain, lg satu kisah ngeri pada hari2 terakhir kt Guangzhou tu adalah......  kitorang terlambat check out dari Hotel. sepatutnye jam 4 dah kuar tp disebabkan terlalu lama menunggu teksi untuk angkat kain2 yg berkoyan tu maka kitorang telah terdelay 2 jam. sampai di Hotel kul 6 ptg. Huh ape lg, mase nk check out kul 7.30pm tu diorang terus kenekan extra charge untuk semalam ko.. adooiii xpasal2... angin je satu badan, mau x-angin, kene 750 Yuan (RM300++). So nak x nak.. bayar jelaa.. malas nk bising2, lg pun kitorang dah terlambat utk ke airport. Gile cincai berkemas, Flight jam 8.30pm, kitorang mesti sampai di Airport untuk check in sebelum jam 8pm ...!!!
 
Transport untuk ke Airport kitorang naik teksi, coz banyak barang nk kene bawa. Penuh satu teksi, dah macam truck jadinya. sampai ke tempat seat blakang pun penuh dengan barang. Aku & Baby duduk pun muat-muat je. Paling angin bile teksi tu plak bawak kete 70km/hr !!!! gile ko, kitorang nk sampai Airport sebelum 8pm. Flight take off jam 8.30pm, adeeeehh.. xsenang duduk aku. Duk bising ngan hubby suh push teksi tu bawak laju skit. Tpiiii haram, Apek tu buat dunno je. Dia bukan faham ape yg kitorang duk bersembang. mungkin dia taula kot aku dah angin dia bawak perlahan sangat. Sampai kt airport jam 8.20pm. Hmm aku dah cakap ngan hubby siap-siap klu flight terlepas mmg cari pasal la kali ni. Duit tinggal bape ratus yuan je lg. Mana cukup nk sewa hotel & beli tiket flight. GGrrrrr...
 
Sesampainye kitorang kt airport hubby berlari ke kaunter. Tengok2 flight delay sampai jam 9.15pm. Ya Allah aku rase nk sujud syukur kt situ jugak. nak menjerit pun ade. Lega sekejap. Mase nk timbang berat bagasi ada masalah skit. Bagasi kami terlebey beberapa kilo. Total berat yg kiorang beli adalah 80kg ! tp jumlah berat sebenar barang2 haritu adalah 96kg. Ya Allah, ade je nk kene extra. So kitorang mintak izin utk punggah barang2 bawak keluar & masukkan dlm beg galas kitorang pegang. Tp dah habis sumbat pun xmuat jugak. last2 kene bayar jugak 2kg++. Coz berat semua 82kg++. Gile mahal harga lebihan bagasi. RMB280 kitorang kene. Nak x nk kene bayar jugak. habis cite kene cas extra bagasi, maka beratur utk cek kastam plak.
 
Makkkkkk Dato...!! gile panjang beratur utk cek kastam. Makkkkkkkkkkk...!!! ape ke bala' kah semuanya ini..??? jam dah menunjukkan hampir 9pm. Flight berlepas jam 9.15pm, mana sempat camni. Kitorang skali lagi stress tahap dewa kt situ. Aku cube nego dengan pegawai kastam tu untuk potong lane, coz flight da lewat. huh xde dilayan nye. sakitt betul hati. Maka beraturla kitorang ikut turn yg beratus org Q tu. Dlm hati duk berdoa mudah2n flight delay.  Rupenya bukan aku sorang je yang berada dalam situasi genting camtu, ramai lg yg kt blakang tu pun duk huru-hara macam kitorang. Kwang3... lega sikit bile dpt tahu ramai warga senegara yg sangkut. Huhuhu bolehla nego dgn Air Asia ke ape kan.. atleastlaa diorang tunggu  ke ape..
 
Habis cek kastam jam dah 10pm. Aku melangkah longlai masuk ke Balai Berlepas, manakala hubby bergegas laju. Aku dah letih nk fikir, lantaklah  Ape nk jadi-jadilah, banyak betul dugaan hari terakhir kt China ni. Macam2 hal dari pagi sampai ke malam, berturut-turut dugaan yg datang menguji kesabaran kitorang. 
 
My hubby buat muka ceria tiba-tiba, td semua muka angin satu badan masam mencuka. Rupa-rupanya kt Departure Board tu tulis : Flight to Malaysia-Guangzhou Delay to 10.30pm.. Ya Allah, akhirnya... segala derita telah pun berakhir, hanya menunggu masa untuk masuk ke flight & balik ke Malaysia. Semua stress di luahkan kt Balai berlepas. Barulah boleh bergurau senda & gelak besar kt situ. Fuhhh lega, selega-leganya... Berakhir juga sebuah penderitaan. Ya Allah ... 
 
After sampai kt Kastam Malaysia semua berjalan lancar, xde kene tax or kene selongkar barang pun. Padahal masa dlm flight tu sikit punye risau duk fikir pasal nak face kastam mesia plak. Manalah tau kot2 kene Tax ke ape, maklumlah banyak barang kitorang borong. Dah siap2 plan nk cakap ape kt pegawai kastam tu. huhuhu kelakar betul klu ingat balik. Lawak2...
 
Itulah kisah yg kitorang sekeluarga lalui, mmg peritt melalui saat2 genting camtu. Apepun, pasni klu pergi mmg nk kene beringat, mesti plan betol2. Kene bersiap awal utk ke Airport. nasib baik flight delay, klu X, tak taula ape yg terjadi pada kitorang kt situ. Siap duk fikir nk mintak bantuan di kedutaan malaysia kt china & macam2 lg...huhuhu.. Kenangan itu sangat perit ketika di lalui tetapi cukup Indah bile di kenang kembali..!!
 
 
 
  
 
 
 

 

Selasa, 4 Jun 2013

Kerja Part Time :: Menjerit !

 
Masa ni umur baru setahun 4 bulan, kecik lg pun.. tp dah macam budak umur 2 tahun lebey...
 
Sejak si kecik ibu makin membesar & semakin tinggi, aku semakin mamai di buatnya. Ya Allah, rasa nk gigit2 je telinga si kecik ni tau. Umur baru je nk masuk Setahun 5 bulan, tp dia punye keinginan nk bermain tu, mcm  kanak2 yag da umur 2 tahun lebey. Aktiviti panjat memanjat mmg hobi dia. Mana-mane tempat yg dia rasa boleh panjat maka dia akan tarik kerusi or ape2 shj benda yg boleh di buat alas untuk panjat. Sedar2 aje dah atas meja, terleka skit aje dia dah sapu semua benda atas kabinet dapur tu... Ya Allah.. Hari2 mengucap panjang...
 
Mmg betul-lah kata org, melayan kerenah anak2 yg tengah membesar camni perlukan kesabaran yg tinggi, lagi2 klu jenis yg hyper aktif, nasib baik adik xdela hyper sgt, itupun ibu da rasa nk pengsan dah. Sebelum ni pun my aunty pun da bising pasal semek kecik yg sorang ni. Aktif yg amat katanye. "Klu kite memasak dia pun sibuk nk memunggah segala pinggan mangkuk periuk belanga kt rak, Klu kite nk menjahit dia sibuk nk main kain2 & tali tape, Dahla xnak tido sgt dah sekarang, asyik nk bermain je... Letih aku !" hah xpasal-pasal ibu kene angin ngan Opah... hmm buat2 xdengar jelaa.
 
Pernah satu hari tu Opah bagitau Ibu, adik Tergigit Cili Padi. Entah bile dia g amik cili padi yg Opah nk tumbuk kt atas kabinet dapur tu pun xtau. Sedar-sedar da menjerit my aunty cakap. Siap muncungkan mulut sambil menangis. Hmm itulaa klu Ibu ckp jgn main, nk main jugak, klu xkasi kang, dia berguling2 plak.. hah camne serik x-lagi tu. Tp nampaknya budak kecik ni mmg xreti nk serik, sekejap je dia ingat pastu dah baik kang, nk main lg. Adeehh.. adik2 suka hati laa syg. Asal x-de kecederaan fizikal & mental yg melampau xpelaa.
 
Adiiiikkkkk....!!!  camtulah aku slalu menjerit klu aku rasa dah xtahan sabar. Klu dah sampai tahap gaban aku kurung je dia dlm bilik. hmm kesian jugak dengar dia menangis tp tulaa klu tak kurung mmg xboleh buat kerja. Lagi2 klu time aku nk memasak. Time nk menggoreng ikan or potong sayur, sibuk skali dia nk mengendeng kt depan kuali aaiiissshhh. Dalam kepala ni risau kot terpercik minyak panas ke apa, dah x-cun anak ibu sat g. So jalan paling senang, aku kurung aje dia dlm bilik sampai semua kerja2 aku nk buat siap. Mmg rase tersentuh jugak dengar dia menangis tu, tp itulah, dr terkena ape2 yg xsepatutnya. Maka mengurung dia dlm bilik adalah jalan terbaik utk menjamin keselamatan dia.
 
Balik aje dari kerja setiap hari maka bermula-lah sesi menjerit dengan semek kecik. Tp klu dia xde sunyi plak rasa. Pernah satu hari tu, aku tinggalkan dia kt rumah Opah sampai malam. After marghib baru aku g amik dia. Hmm bosan plak rase semek kecik ibu xde. Rindu plak nk menjerit dengan dia.. ehehehe adik-adik, Doa ibu semoga anak ibu membesar dengan baik ye syg. Klu ibu marah tu bukan ibu X-syg, Ibu cume mahukan yg terbaik untuk anak ibu. Sayang adik selalu... mauhahahaaha...
 
Sambil aku duk menulis coretan ni, terbayang2 muke dia yg berlinangan air mata bile kene kurung dlm bilik. Olo-Olo.. sian si tecit ibu yea... ehehehe..  :)
 
 
 
 

Isnin, 3 Jun 2013

Indahnya Hidup Bersama Hati !

...HATI...
 
Segumpal Darah yg menyimpan sejuta Rasa. Hati seorang insan sukar untuk difahami, jauh sekali untuk dimiliki sepenuhnya. Kita mungkin dapat menawan dirinya, tetapi belum tentu kita dapat menawan hatinya. Kisah hidup yg di lalui meninggalkan segala cerita pada sekeping hati. Mungkin kite mampu utk menipu & memperdayakan orang lain tetapi kite tidak dapat membohongi Hati sendiri. Ape yang ada di dalam Hati Kadangkala di zahirkan, kadangkala disembunyikan. Seperti kalam Allah :-
 
"Kami mengetahui apa2 yg kamu zahirkan & apa2 yg kamu sembunyikan
(di dlm hati)

Bertanya Akal kepada Hati...

Akal :: Wahai Hati, Perlukah semua perkara yang berlaku di dunia ini, di nilai dgn Hati..???

Hati :: Wahai Akal, Jika dirimu inginkan sebuah kebahagiaan yg tidak ada taranya, yang tidak mampu di rasa & di capai oleh akalmu maka lihatlah & nilailah sesuatu dgn Hatimu terlebey dahulu sebelum kamu menilainya menggunakan Akal... Tetapi jika kamu tidak kisah tentang sebuah rasa, maka nilailah & Putuskanlah sesuatu dengan akalmu terlebey dahulu sebelum kamu menilainya dengan Hatimu...

Sering kali ungkapan di luahkan pada sekeping Hati...
 
Ikut Hati, Mati... Ikut Rasa, Binasa...!!!

Cinta yg Subur di dlm diri akan selamanya ada di hati... Sebuah ingatan yg telah terpahat pada-nya Hanya akan lenyap pada satu ketika.. Bilamana Roh telah meninggalkan Jiwa..
 
Sejauh mana manusia ingin lari dari sebuah kenyataan yg telah jelas tergambar di mata hatinya pasti akan menempuhi jalan2 sepi yg hanya ceria berlatarkan sinar mentari di siang hari, namun bile malam melabuhkan tirai-nya, Jalan2 kehidupan kian sepi, Jelas sekali kegelapan yg tersingkap pada sekujur Diri, mencari, meraba dalam sunyi, andai ade sedikit sinar yg sudi menerangi.. Jujurlah pada diri, carilah erti kebahagian itu bersama Cinta Hakiki.
 
Andai diri Hidup bersama Hati, walau siang beransur pergi namun malam tetap indah di bawah bintang & bulan, Kegelapan suatu kenyamanan dari keperitan panasnya siang.  Sepi tidak lg berteman sunyi. Segala yang berlaku dirasakan indah berlaka. Semuanya di tafsirkan oleh sekeping Hati, Indahnya hidup bersama Hati, Bahagianya jiwa bertemankan Naluri...
 
"Allah tidak melihat kepada ape yang engkau perlakukan, Tetapi Allah melihat kepada apa yang ada di dalam Hatimu..."  Segala sesuatu yg berlaku samada baik atau buruknya, segalanya bermula dari Hati. Settinglah Hati untuk bertemu Cinta Ilahi.

Jika kamu ingin mencari sebuah Cinta sejati, Rasailah ia dengan Hati akan Sebuah Jiwa yang ingin kau cintai dengan sepenuh hati. Yang sanggup kau korbankan apa sahaja untuknya bukanlah kerana kata-kata cintanya kepadamu, tetapi semua itu adalah refleksi Hatimu terhadap bayangan Hatinya. Sedalam & setinggi mana si dia mampu meletakkan Hatimu di dalam Hatinya, maka sejauh itulah kamu akan merasa bahang cintanya.



Semakin mendalam cinta itu di pasakkan di dalam hati, maka sejauh itulah masa yang kamu perlukan untuk membuangnya dari seluruh Panca-Indera-mu. membuang wajahnya dari penglihatanmu, membuang lunaknya suaranya dari gegendang auditori-mu, membuang sentuhan-nya dari setiap inchi kulitmu, membuang segala ceria-nya dari belaian-mu, membuang harum-nya bau dari hidung-mu, membuang manja-nya dari sebuah perhatianmu.. ?? Maka silakan untuk melukai jiwa-jiwa yg telah banyak menghidangkan sebuah kebahagiaan Untuk dirimu ... Silakan untuk terus melukai-nya andai kau merasakan jiwa-mu utuh untuk menepis segala rasa.. jgn sudahnya nanti engkau menjadi seperti Pungguk Rindukan Bulan, menangis, meratap, menyesali pada sebuah kesilapan diri !

Maka cintailah Dia dengan setulus Hatimu, kerana cinta yang suci itu akan meresap ke jiwanya, bertambah subur di Hatinya sampai bila-bila. Seperti Cinta-nya Muhammad kepada isterinya Khatijah...  
 
Tanyalah pada diri, apekah kamu telah mencintai si dia dengan sepenuh jiwa ragamu. Kamu sesekali tidak akan mampu menjawab menggunakan akalmu, tetapi kamu akan merasakan sakitnya & pilunya hati bile dia telah hilang dari hidupmu.
 
Nilailah sebuah Cinta itu dengan hatimu, buanglah dendam & benci yang hanya sekadar merosakkan hati. Kerana semakin banyak dendam & benci yg kamu simpan, semakin sakit & tertekan jiwamu.
 
Dendam itu umpama sebuah jarum yg berada diantara dua daging, jika kamu menambahkan dendammu maka bertambahlah luka & rasa sakit jiwa-mu...
 
Walau Cinta itu tidak memilih-mu bersama-nya. Usahlah dendam yang beraja di Hati-mu. Tapi alangkah Indahnya jika kau Hias & Bingkaikan ia di sudut hatimu tanpa ada sesiapun yang mengetahui-nya. Jadikanlah Hati-mu itu seperti taman-taman syurga yang dihiasi bunga-bunga & kumbang berterbangan, Rumput carpet yang menghijau, burung-burung yg berkicau riang, aliran sungai yang mendamaikan... Oh Indahnya sebuah Kenangan ...  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

JJCM :: Hardware Cafe Space U8


Last week aku & my hubby melepak di Hardware Cafe TTDI jaya Shah Alam. Lokasi dia adalah di Space U8 tingkat 3. Kedai ni milik org melayu klu xsilap aku. So mehla aku share skit tempat makan ni. Nak kate special sangat tu xdela kot. Biasa-biasa je. Kitorang pun saje singgah nk try masakan kt hardware cafe ni. Maklumlah suatu ketika dulu pernah masuk JJCM TV3. Sejauh mana rating utk Cafe ni nnt aku bagitau yea.
 
 
Oleh kerana aku nk cepat hantar my hubby ke TUDM Subang & after that aku nk kene pecut utk Meeting kt Opis jam 3 petang. Maka aku memilih utk lunch dekat area TUDM Subang tu je. Space U8 ni terletak betul2 bersebelahan dengan jalan masuk nk ke Kem TUDM. So kitorang pun start searching kedai makan yg ok kt dlm Space U8 ni. Ini adalah kali pertama aku masuk kt sini. sebelum ni adala lalu tp xterdetik plak nk masuk. Banyak kedai yg masih xbersewa kt sini. xdela meriah sngt kt Sapce U8 ni. Suram je.. hmm xbestlaa...  
 
 

Ini adalah antara menu minuman yg di sediakan. Hmm boleh tahan mahal jugakla. xpelaa dah alang2 nk try kan, so kite tryla mana yg berkenan. Dalam hati dah rase mcm xbest je kedai ni. harga pun ala2 Hardrock Cafe. adeehh.. harap berbaloi la. Tempoh menunggu untuk 2 gelas air adalah 20 minit. Aku tengok org xde sgt pun. Klu xsilap aku cume 5 org pelanggan je ade mase aku masuk tu. Uh servis mmg out.. slow mcm siput. Aku dahla nk cepat. Hmm sabo jela menunggu.
 

Untuk makanan plak, aku pilih Nasi Goreng Kampung Extra Seafood & my hubby pilih Hardware Nasi Goreng. Tempoh menunggu lebey kurang 30 minit dari tempoh kitorang start order. Portion adalah biasa2 je. Rasa masakan .."Masssiiiiinnnnn...!!!" wawawa.. aku dahla elergi masakan masin. Nnt pening kepala melanda. Menu hubby punye pun sama jugak, masin. Uh Chef tertumpah garam ke ape ni..?? .. Hmm tension je. Dahla time lunch. Untuk menu masakan ni aku mmg tobat dah xnk beli. Tp utk menu yg lain2 macam pizza & western punye dish aku no komen. Coz aku xtry pun.

Walau apepun aku harap Cafe ni dapat bertahan lama & dapat Improve quality dari segi makanan & juga tempoh penyediaan. Klu camni aku bimbang nnt lama2 payah nk survive coz customer xsuke tunggu lama2 ni. So kepada sesiapa yg teringin utk mencuba silalah ke Space U8 yea.