Sabtu, 23 November 2013

Bercuti Ke Krabi :: Gerai & Restauran Makanan Halal

Mendapatkan stok makanan Halal di Krabi Thailand tersangatlah mudah. Walaubagaimanapun anda juga di nasihati supaya lebih menitik beratkan tentang cara penyediaan makanan Halal tersebut. Contohnya sos yg di gunakan, telur ayam yg di masak tu adakah sudah di basuh atau masih bersalut tahi ayam. Walaupun pada dasarnya makanan itu halal, tetapi cara penyediaan & bahan campuran yg gunakan juga harus Halal & bersih dari segala najis. Seperti yang selalu di ingatkan bahawa mencari yg halal & baik itu adalah kewajipan !

 
Lokasi kedai ni adalah di tepi jalan utama. Restauran ni berada di sekitar Aonang Orchid Resort & juga bertentangan dengan McD, nak kate bertentangan sangat xla jugak, ala2 menyerong skit. Tapi klu korang dah berada di Orchid Resort Hotel tu mmg dekat sgtla tu. Menu boleh tahan banyak & kualiti masakan adalah sgt sedap & fresh. Yang paling syok ialah tokei kedai tu adalah org Pattani & sgt fasih berbahasa ala-ala Kelantan. So senang skit nk order pepe. Banyak kali jugak kitorang ke restaurant ni, di samping keadaan kedai yg bersih, masakan juga sgt kene dgn selera kitorang sekeluarga. yummy sedapnye.. ! Antara menu yg kitorang Order adalah seperti yg di bawah yea.
 

 
harga untuk ikan siakap ni adalah 350bath klu xsilap aku

 
Sayur kalian 80bath

 
Tomyam Kung 150bath semangkuk biasa.


Nasi putih pun sedap. rasa nasi sedikit berpulut.

 
Juice oren pun marbeles, Dia bukan pakai oren Sunkist tu tau, juice ni diorang buat pakai limau langkat tu hah. Mmg xsama dgn fresh oren yg kite slalu order kt Mesia. Aku pun pernah buat sendiri kt rumah after balik Krabi aritu. Mmg sedap., cuma nk mengopek kulit limau & buang biji satu persatu tu adalah sgt leceh ok, hanya yg rajin je boleh buat.. Tp aku pun malas nk kopek kulit diatu, so aku sub-kan kt my assistant... ehehe.. :)


 
 
air kelapa just biasa2 xde pe yg pelik.
 

 
Ini adalah hidangan makanan tengah hari kami masa 1st time singgah ke restaurant ni, bukan main order, tibai cukup2, after makan, balik bilik melepak pastu terjun kolam & than ptg skit jalan2 sekitar Aonang beach. Lepak je memanjang mmg heaven...  ehehe
 
 
Dinner pun kitorang lepak kt sini. Mlm2 tempat ni mmg happening

 

 
Kari hijau Udang, yang ni sedap, lemak berkrim gitu. Tapi sygnya udang kecik2 je. Xpuas nk makan.

 
Telur dadar pun sodaap.. kt Mesia pun ado..

 
Sotong Goreng Tepung. rasa just biasa2 je, xde yg special sgt.
 
 
Selama 4D3N kitorang melepakkan diri di Aonang Beach ni hampir setiap hari kitorang menjamu makan kt Lemon restaurant ni, klu tak Lunch kitorang dinner, either one laa.. Total setiap kali kitorang makan di restaurant ni adalah sekitar 500 bath - 800 bath. Hmm bolehlaa, nk kate murah xdela murah sgt tapi yg penting kualiti makanan & rasa tu mmg berbaloi2. Restoran ni aku kasi 5 star. Wajib singgah yea kawan2 !
 

 
 
Ok ini pula adalah Pan Cake yg selalu diceritakan oleh kebanyakan Bloger yg telah melawat ke Krabi. Pan Cake ni mmg sedap. Sebenarnya xsusahpun nk buat Pan Cake ni. Yang penting nk kene rajin je. Pakai tepung & Pisang je pun. Pastu letak nutela kt atas tu. Tp aku xpernah cuba buat lagi-la.
 

 
 
Ok ini dia Pan Cake Nutela. Aku xsuka sgt yg ni coz banyak coklat. Aku xberapa suka coklat banyak2. Tp my hubby adalah hantu coklat. yang ni special utk dia. Silekan makan pak cik ! :) Yang aku punye adalah Banana Pan Cake shj. xde nk tambah lain2 coz aku xsuka manis2 sgt.
 
 
 
 
Inilah cara nk buat Pan Cake. Senang je pun, macam nk buat roti canai je, ehehe tengok macam senang tp nk buat sendiri belum tentu menjadi tu.
 

 

 
 
 Nama kedai makcik ni adalah Yaminlah, makcik ni quite peramah jugak, siap kasi pisang sebijik kt my baby Nuha. Lagi satu dia pandai berbahasa. So senang nk order makanan. Gerai-gerai ni adalah beroperasi pada jam 12 tengah hari sehingga 6 ptg shj. tapi time malam pun banyak gerai2 yg di bukak sekitar Aonang Beach. Lokasi gerai ni berada di hujung sebelah sana. kalau korang dari restaurant Lemon tadi korang terpaksa pusing melalui Aonang beach menghala ke Mercure Krabi Hotel ataupun ke Ananta Buri Resort. So sebelum sampai ke Hotel2 yg berkenaan korang akan Nampak gerai - gerai ni kt tepi jalan sebelum selekoh.
 

 
Amik gambar je, aku xbeli pun...

 
Durian wajib beli di Pasar ptg Krabi Town

 
Ikan tenggeri bakar, Nampak mcm sedap, tp aku xberapa confident nk beli coz yg menjual tu pakai scaft je...
 
 
Ini adalah gerai Salameyah 2, Jual lauk pauk utk pagi & juga tengah hari. Aku sempat pergi sekali je kt kedai ni... hari lain lepak kt Lemon & juga bersenang-senang café. Café kecik je pun, betul2 seberang jalan yang bertentangan dgn Orchid Resort. Masakan pun boleh tahan. Tp Lemon paling sedap antara banyak2 gerai yg aku cuba cume agak pricy la klu nk makan kt situ slalu.
 
 
Ok untuk maklumat lanjut boleh tinggalkan pertanyaan anda di bahagian komen InsyaAllah akan di bantu sekadar termampu.
 
Thanks for reading ! :0
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan