Khamis, 27 Februari 2014

Bila Period Delay 2 Hari

After delay period masuk hari ke-2 aku dengan tidak sabarnya terus membuat urine test, dengan harapan ada berita yang mengembirakan, sekali... Hmm menghampakan, sama je seperti bulan2 lepas. Ingatkan dah lekat lg satu. Sob..sob..sob sedey. Mood terganggu sekejap after buat urine test. Hubby sibuk duk Tanya.., "Camne testis.. ok ke ? Hmm sebenarnya aku pun agak sedih nak bagitau hubby yg result mengecewakan, coz xnak dia pun down skali. Bila terlalu berharap, hati akan cepat tersinggung bile ape yg di hajati tidak tercapai.
 
Apepun semua kerja Allah. Itu bukan urusan kite. Aku hanya diam beberapa ketika sambil tersenyum sinis sebelum nk jawab. Saje je buat ala2 macam xde ape2 perasan depan hubby. Sebenarnya jauh dalam hati aku ni, mmg teramatlah keciwa. "Dia nak suruh usaha kuat lagi, bulan depan kene buat jadual la... " jawabku selamba sambil berlalu ke dapur. Dari belakang hubby menyampuk "Hmm Testis gagal la ni, itu yang lama sangat mandi tu.." aku buat xdengar je, malas nk layan sangat. Terus alih topik pasal sarapan pagi. Buat-buat sibukkan diri sediakan sarapan. Malas nak pikir. Kekadang benda-benda camtu akan buat mood cepat down & uncontrol.
 
Mungkin belum rezeki lagi nak tambah anak. Allah maha mengetahui atas setiap perkara yg berlaku. Ada hikmah di sebalik semua perkara yang telah di tentukan Allah. Think +Ve untuk menghilangkan sedikit rasa sedih dalam hati aku ni. Masuk hari ke 4, iaitu hari ni, bangun je pagi, sedar2 tengok dah basah seluar dengan warna merah. Ok... dah period, So xperlu nk fikir ape2 lg. Semuanya telah terjawab. So Bulan depan-la plak cerita, next 2 week kene kerje lebih kuat lagi. Target tahun ni dapat tambah ahli keluarga. Moga Allah perkenankan. Ameeen.
 
Salam Jumaat :)
 
 

Rabu, 26 Februari 2014

KITAB :: Bidayatul Hidayah 1

Kitab ini adalah karangan Imam Al-Ghazali. Ia adalah kitab yang paling agong & banyak di gunakan oleh mereka yang ingin mencari jalan kembali kepada Allah swt. Karangan yang sungguh menarik & sepatutnya di miliki oleh setiap umat islam.
 
“Tanda yang nampak pada orang yang Ujub dalam majlis orang ramai ialah meraka selalu suka untuk mengangkat dirinya dan menganggapnya lebih berkebolehan daripada orang lain dan mereka suka menonjolkan dirinya dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain menolak pendapatnya.
 
Orang yang Takabbur pula ialah mereka tidak senang apabila ia diberi nasihat oleh orang lain dan mereka pula selalu  menggunakan bahasa yang kasar jika memberi nasihat kepada orang lain. Maka sesiapa yang menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain, maka orang itu bersifat Takabbur.” 
 
~ Imam Al-Ghazali (Petikan Kitab :: Bidayatul Hidayah) ~
 
Cermin diri hiasi peribadi. Adakah sikap sedemikian ada pada diri anda, maka berubahlah. Mudah-mudahan anda semakin hamper ke jalan taqwa.
 
 

Selasa, 25 Februari 2014

My Home :: Pasang Auto Gate JackPro

Cadangan untuk memasang autogate ni mmg sudah lama di buat. Walaubagaimanapun ianya hanya siap di pasang pada hujung minggu lepas. Mulanya kitorang fikir nak tukar pagar dulu baru pasang autogate. Tapi bila fikir balik, macam membazir duit plak nk tukar pagar, coz pagar yang sedia ada masih ok. So hubby cadangkan untuk tambahkan saja sebatang besi kt bahagian bawah pagar supaya kucing or anjing xboleh menyorok untuk masuk ke dalam rumah.

 
Sticker original dari Jackpro.
 
Autogate Jackpro Heavy Duty jenis kunci menjadi pilihan. Warranty selama 3 tahun. Untuk Arm Alan key lebih murah berbanding arm kunci, beza dalam RM150 ke RM200 camtu. Kebaikan jenis arm kunci ini ialah apabila motor rosak senang skitla nk bukak. Klu alan key kene banyak kali pusing baru boleh bukak. Itu je la beza dia. Kebanyakkan installer kasi warranty setahun or setahun setengah je. Tapi beli direct dengan HQ dia di Bandar Puchong Jaya tu, Warranty akan di beri selama 3 tahun. incase la motor rosak ke, arm xberfungsi ke, so xperlu risau dalam tempoh 3 tahun tu. barang dapat tukar free je.

 
2 org installer dari Jackpro yang datang untuk pemasangan autogate. Sangat cepat buat kerja. Nampakla Pro buat kerja cume yang aku xberapa suka coz diorang ni buang plastic berteraburan. Bukan reti nk pungut balik segala sampah2 yg diorang buat sepah tu, main tinggal je. Huh...
 
 
Berkenaan dengan harga pula ada banyak jenis & banyak harga bermula dari yang basic RM1100 hingga RM1400. Untuk jenis arm kunci + auto close after 3 minit + alarm + heavy duty + 4 channel kunci + keypad auto lock harga bermula dari RM1600 - RM2200. Sendiri tengok, fikirkan kesesuaian & kemudian boleh decide mana satu nak beli.


Yang bulat putih kat bahagian atas tu menunjukkan bahawa Arm ini menggunakan kunci. Klu xde tu makna-nya arm pakai alan-key shj di bahagian hujung.

 
IC yang di gunakan oleh Jackpro.


Pilihan function yang kitorang pilih adalah heavy duty + arm kunci & alarm shj. Auto close + Keypad auto lock tu kitorang xnakla. So harga yang di berikan ialah RM1600.

Sekiranya korang beli dengan installer luar, harga mungkin sedikit murah, tapi warranty yang di berikan cuma setahun shj. Lagi satu barang yang di berikan juga lain. Sebelum tu aku ada bace melalui forum mengenai supplier utk Jackpro ni tp bile aku call & Tanya spec mmg ternyata banyak spec yang di kurangkan. Warranty yang di beri cuma 1 tahun atau paling lama setahun setengah. My advise better amik dengan HQ je. Warranty 3 tahun, siap ade surat hitam putih lg. Klu rosak ke ape senang nk cari, xperlu risau samada nk lari ke or tukar no HP bagai. Barang2 camni nk pakai lama & kemungkinan untuk motor rosak kene kilat dalam tempoh 2 tahun tu adalah sangat tinggi. So jaminan yg lebih panjang tu mmg sangat berbaloi.

 
Rupa Arm dari luar adalah sama tapi tiada sticker Jackpro & juga component dalaman yang di pakai jugak tidak di ketahui mungkin telah di tukar bagi tujuan mendapatkan keuntungan lebih. Macam HP original dengan AP Set. Dari luar Nampak sama tapi kualiti lain2. 

 
Kunci hanya 2 Channel, sedangkan ini adalah set Heavy Duty. Bukan Basic. Klu set basic mmg pakai 2 Channel shj untuk yang Heavy Duty sepatutnya 4 Channel seperti gambar di bawah.
 
 
Contoh kunci original (4 Channel) yang di beri oleh JackPro. Tapi yang di offer oleh installer luar hanya 2 channel. Meaning that untuk 2 channel hanya boleh bukak & tutup gate shj.
 
Tujuan utama pasang autogate ni adalah kerana mood malas nak turun bukak & tutup pagar semakin menjadi-jadi. Lagi satu malas nk kunci pagar once tinggal rumah after pergi kerje or jalan2. Maka dengan adanya autogate ni gate dengan sendirinya dah berkunci. So org luar xkan sembarangan boleh access ke dalam kawasan rumah.
 
Kepada yang berminat untuk membuat pemasangan autogate bolehla cuba tengok brand ni. Local product, kilang ada kt puchong & cawangan ada kt setiap negeri. Sudah beroperasi lebih 18 tahun.
 
Alamat kedai :
Jackpro Master Sdn. Bhd, No 8 Jalan Helang 15, Bandar Puchong Jaya 47100 Puchong Selangor. Miss Fong : 03-80758468

Ahad, 23 Februari 2014

Hadiah Bestday 2014 Daripada My Hubby


Seperti telah aku ceritakan pada entry yang lepas DI SINI mengenai sambutan bestday aku yang ke Tettt.. ehehe, dah three series ni lain macam la plak rasa, adooiii nanti 4 series plak, klu dapat BMW 3 series ok jugak. :)
 
Coretan ni pun aku tulis saja untuk kenang-kenangan my hubby & juga bacaan untuk anak2 di masa akan datang. For information anak2 yang di kasihi semua, Your Abi is the best Abi in the World. Walau kekadang dia seperti no feeling at all tp abaikan jela yang tu sebab dia mmg camtu dari kecik lagi, dari kecik pendiam & suka duduk dlm bilik kata my SIL. Tapi jauh dalam hati dia tu, dia mmg tersangatlah sensitip org-nya. 
 
Hubby mmglah seorang Abi yg suka mengambil berat & menguruskan anak2. Abi selalu mandikan Nuha, pakaikan baju, masakkan bubur, temankan Nuha berendam dalam besen & etc (hari cuti jela). Hari2 lain tu semua kerja2 camtu mmg sah2la ibu yang akan buatkan. So bila tiba hari cuti Ibu kasi ruang kt Abi la plak untuk rapat dengan anak2. ehehehe.. alasan terbaik untuk buatkan hubby dengan gembiranya uruskan my beloved doter. :)
 
Okla entry kali ni, adalah mengenai hadiah special dari hubby iaitu set kerusi anyaman sengkuang untuk luar rumah. Memandangkan kekadang rumah kitorang sentiasa di kunjungi oleh sanak saudara yang suka merokok maka pilihan membeli kerusi untuk kegunaan di luar rumah adalah sangat sesuai. Bukan-nya xkasi duduk dalam rumah, tapi lebih selesa & nyaman kot klu  merokok kt luar. Dengan baik hatinya hubby cadangkan untuk belikan set kerusi tu kt Nilai. Harga set ni ialah RM500. Kerusi sengkuang rasanya, aku agak jela, coz pemukaan dia tu rasa agak kesat, so pada pengamatan aku mmg bukan plastic tiruan.
 
 
Bantal merah untuk sandar belakang tu aku beli di IKEA, yang tu xtermasuk skali. Harga RM500 tu hanya untuk 2 kerusi + meja bulat & juga cermin alas meja. tang harga tu aku X-pastila plak harga tu murah ke  mahal, coz xdan nk survey sangat masa tu. pergi 2 kedai je, terus beli. Harap xdela kene ketuk dengan Tauke Bangla kt Nilai tu. Slalu klu pergi bli barang mmg pusing 10 buah kedai baru decide nk beli. ehehehe...
 
Sebenarnya ada cerita jugak di sebalik cerita pembelian set kerusi ni, Last month my brother & his family datang ke rumah kitorang. My brother ni mmg kuat merokok, memandangkan my hubby xmerokok, so aku mmg xde bekas untuk letak habuk rokok ke ape. Pastu aku cakap la elok2 kt my brother yang kt rumah aku ni xde bekas habuk rokok, coz xde org merokok, klu nk merokok duk kt kerusi luar tu jela, buang je habuk rokok kt luar tu. Kebetulan hubby ada skali masa tu, dan-dan tu jugak my hubby pun pergi amik cawan kaca kt dapur utk letak habus rokok. aduusss.. Hmm macam2..
 
Lepas my brother dah balik tu hubby marah aku pasal kejadian tu. Katanya nnt my brother amik hati ke ape plak cakap macam tu.. Lahaiii.. abg aku tu xdenya nk sensitif sangat. Setakat cakap camtu tu dia pun faham. Hubby oh hubby.. org lain xterasa ape dia dulu yang ter"over" sensitive. Itulah ceritanya yang buatkan hubby semangat sangat nk beli set kerusi kt luar tu. So bolehla kasi hadiah untuk bestday aku skali katanya. Aku terima je. Org memberi kite merasa. :)
 
Apepun Thanks a lot to my hubby atas hadiah yang sangat comel tu. Duit claim hubby yang last month punye habis untuk belikan hadiah & belanja makan untuk bestday aku. So lepas ni klu my brothers or member2 hubby datang ke rumah bolehla lepak merokok di situ yea. Aku dah buat comel2 dah untuk korang.
 

Khamis, 20 Februari 2014

Lagi Kereta Untuk Nuha

 
Susah sangat adik nak main kete kt luar, motor police yang pakai bateri kt luar tu dah rosak, so bile nk tolak dengan kaki, sikit punye seksa aku tengok. Sian pulak anak ibu. Sampai berpeluh mengayuh dengan kaki. Kat rumah tu dah ade 4 buah kenderaan untuk Nuha sahaja. Amboiii joli betul budak kecik ni yea. Nnt Klu ade adik dah xboleh nk pampered sangat ok.  
 
 
Ni dia kereta baru adik yang xpakai bateri. Semua 3 buah kete kt umah tu pakai bateri, bila bateri dah kong dah xleh nk main. Terpaksa kuar duit lagik untuk bli bateri.

 
After dah puas pusing sekedai maka aku decide aku kete kuning yang tadi-la. Mmg dah set awal2 dalam kepala, dah xnak beli kete/motor yang jenis pakai lg. Coz senang nk maintain yg camni. Harga pun jimat skit. Adik nak terjah tang mana pun xpe.
 
 
Bangla dah nak siap pasang dah. Lokasi Kedai mainan ni kt Chowkit, corner lot yang paling hujung skali. X-ingat pulak nk tengok nama kedai. Tapi mmg org slalu ramai kt kedai tu, harga pun agak murah & berbaloi2. Klu nk compare harga kedai mainan yang kt Chowkit Vs Nilai 3 tu better beli kt Chowkit jela. Jauh lebih murah & banyak pilihan. Lagipun kedai ni adalah kedai pemborong barang mainan. Klu bawak semek Nuha ni comfirm guling2 nk macam2. Aku ke kedai ni sebab dekat je dengan office aku. Time lunch tu terus pergi cuci mata sesorang kt sini. Dah banyak hari nk pergi beli tapi asyik xmenyempat je. So harini aku kuatkan ingatan & gagahkan jua untuk pergi. Memandangkan Hubby ade kursus di Subang Jaya so aku pergi sendiri jela.
 
Xsabar rasanya nk balik. Nak tengok semek kecik main kt depan rumah tu. Mesti suke yang amat la tu dapat kereta baru. ehehe adik2... walaupun pagi-pagi selalu buat perangai macam2 sampai naik berbulu kepala ibu ni hah. Tapi bila xde je depan mata rasa rindu pulak kt anak ibu yang banyak kerenah & sangat manja ni. Anak Abi la katakan. Anak ibu adalah permata hati ibu muahaha...
 
 
 

Rabu, 19 Februari 2014

Sannah Helwah 2 My Wonderful Little Brother !

 
 
Selamat Hari lahir untuk adik bongsu-ku Ahmad Naziruddin Bin Zakaria. Hari lahir dia dekat dengan tarikh lahir aku juga. iaitu 16 feb dan my little brother 20 Feb. So mg senang nak ingat, even kekadang bestday aku sendiri pun aku xberapa nk ingat. Apepun aku bersyukur kerana masih hidup hingga ke hari ini.
 
Doaku untuk my little brother yang masih menuntut, semoga Berjaya dlm ape juga bidang kehidupan dunia & akhirat. Moga-moga Allah memelihara dirimu dari terjebak dengan pengikut Dajjal & iblis yang semakin rancak merosakkan akidah pelajar-pelajar di IPT. Walaupun terkadang ada bicara kasar yang tertutur dari lidahku, tetapi itu semua hanyalah untuk kebaikan dirimu wahai adik. Mudah2n Allah sentiasa menjagamu. Moga Allah permudahkan segala urusan dunia & akhiratmu. Amen.


Kembali Ke Rahmatullah

 
 
Seorang lagi dari saudara-ku telah meninggal dunia 2 minggu lepas. Arwah adalah bekas Pengarah di JPPH, tetapi telah bersara awal. Arwah adalah seorang yang suka berkongsi ilmu. Aku selalu merujuk kepada Arwah untuk mengetahui ape shj maklumat yang berkaitan Penilaian Hartanah & juga status penilaian sesuatu Tanah sekiranya ia adalah projek kerajaan. Banyak maklumat berguna yang sempat di kongsikan oleh arwah kepadaku. Apepun Allah lebih menyayangi-nya. Aku doakan semoga arwah sentiasa berada di bawah perlindungan-NYA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
 
 
 
 
Setiap manusia yang hidup pasti akan menemui kematian. Banyak dari kita tau tentang hakikat itu, tapi kebanyakkannye tidak sedar tentang kenyataan itu. setiap dari kite merasakan bahawa kita akan hidup & mati itu hanya untuk org lain. SubhanAllah, yang Maha Hidup moga-moga engkau sentiasa memberi kesedaran kepada hati-ku yang Alpa.
 
 
 
Kita merancang untuk membuat itu & ini tetapi Allah juga merancang & telah mentakdirkan sesuatu untuk kita tanpa kite sedari. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teliti & lebih utama berbanding perancangan kite. Maka sebelum merancang sesuatu maka ingatlah Allah, ucaplah InsyaAllah, mudah2n Allah memberi kesempatan untuk kite melaksanakan-nya.

Kubur adalah tempat yang gelap, maka terangilah ia dengan tahajud di malam hari. Andainya manusia yg telah masuk ke alam kubur itu sedar & yakin akan hakikat yang nyata itu tentu sekali mereka telah mempersiapkan Lampu untuk menerangi kuburnya.

Namun kebanyakkan dari manusia itu tahu tetapi tidak yakin, maka hari2 yang di lalui di habiskan hanya untuk menerangi mahligai dunia. Allahuakhbar... !!
Ampunkan aku ya Rabb.... :,(  setiap kali menghadiri pengebumian saudara, aku terasa seolah-olah aku juga di masukkan ke dalam lubang yang sempit itu. Perihal itu membuatkan aku hilang keseronokan utk hidup, rasa keghairahan kepada dunia tiba-tiba lesap entah kemana.

Ya Allah aku takut, demi Allah aku takut, aku takut tentang banyak-nya khilaf tentang amal-ku, aku takut tentang bicaraku yang mungkin melukai hati manusia yang tidak aku ketahui, aku takut kebanggan-ku tentang dunia membuatkan hatiku terasa riak, aku takut setiap waktu yang aku lalui penuh dengan titik dosa. Bagaimana untuk aku jawab semua itu di hadapan malaikat yang dating kepadaku.. bagaimana dapat aku beralasan untuk tidak di seksa sedangkan semua-nya telah tercatit di buku amal-ku. Allah... Allah.. Allah..

Seminggu aku tidak dapat tidur malam kerana memikirkan-nya. Bahang ketakutan menghadapi alam kubur itu membuatkan aku menjadi kosong. Aku terasa hanya ingin beramal tanpa memikirkan dunia. Segalanya dilakukan hanya kerana Allah.




 

Selasa, 18 Februari 2014

JJCM @ Nims Little Island Bangi

Klu tengok review blogger berkenaan restaurant ni mmg ramai yang cakap sedap, ada tu mcm terlampau berlebih la pulak nk promote restaurant ni. Pada aku makanan di sini biasa-biasa shj. Tidak terlalu sedap tetapi bolehla klu nak mencuba.
 
Haritu my hubby dengan baik hati telah membuat offer utk belanja makan kt Secret Recipe Sempena Birthday aku pada 16 Feb last week, tapi aku pulak yang xnak, coz makanan & harga macam xpadan aku rasa. Lagipun dah berpuluh kali kot lepak kt secret Recipe tu, jadinya xde benda yang best sngt pun klu hubby nk belanja kt situ. So aku ajak hubby ke Restaurant Ana Ikan bakar bersebelahan dengan balai bomba Bangi. Sekali masa kitorang pergi mlm tu, tutup la plak kedai ni. Adooiii dah berangan nk makan ikan bakar. Aku ni adalah penggemar ape shj jenis makanan yang di bakar. tapi xkesampaian hajat utk ke situ, mungkin next time kot.
 
Seterusnya Plan A dah cancle maka kite ke Plan B. Rancangan ke-2 adalah ke Nim's Little Island di Bangi. Lokasi kedai ini adalah di Jalan Teratai Sungai Ramal Dalam. Kedai agak jauh ke dalam. So klu dari jalan masuk tu dlm 300m gitu kot nk sampai ke kedainya tu. keadaan kedai biasa2 shj, Standard kedai Kelantan camtulah. Service bagus, kerana xlama menunggu, xsampai 30 minit dah sampai makanan. Minimum awal lagi dah sampai.
 
 

 
Kitorang order Tomyam Kelapa + Sotong Celop Tepung + Telur dadar + 2 Nasi Putih + Air Tembikai & Calamansi Barli. Harga untuk semua hidangan ni adalah RM29.50 Hmm Okla... harga masih boleh diterima. Walaupun Isi Tomyam tu xdela banyak mana. Standart makan kt geraila. Rasa tomyam tu biasa2 saja. Mengikut rasa lidah aku ni, tomyam dia biasa-biasa shj, masak sendiri lg sedap kot. ehehehe jangan marah Noo, aku just kasi 3.5 bintang jelaa. Cuma tang service yang cepat tu boleh kasi 5 star.
 
 
 
Sementara menunggu hidangan sampai terpaksa Abi melayan adik. Xhabis-abis dengan Upin & Ipin. Sampai Internet Data habis kt si kecik ni je...
Hmm bile dah ade anak, camnilaa..
 
 
 
 
Oh ye sotong celop tepung pun tidak memenuhi standart, my hubby cakap bukan sotong celop tepung tapi "Tepong celop tepong xpun Cucur Sotong" ehehe.. xfaham aku. Sotong kecik cinonet, tepong bukan main besar balut kt luar. harga RM5 utk 6 pcs. Oh Malaysia-ku.
 
 
Ape entah benda ni org panggil. mahal sungguh. klu kat Terengganu 5 keping RM2. Seafood segar lagik. Ini bukan rasa apepun. tepung dengan lada je rasa. itu pun M0.80 sekeping... adooiii
 
 
Kepada yang rasa nak mencuba masakan di kedai ni boleh-lah cuba, mungkin masakan lain lebih sedap kot. Mungkin next time klu aku ke sini lagi nk kene try makanan lain la plak. Mungkin boleh cuba yang goreng-goreng kot.
 
Apepun, thanks to hubby coz sudi belanja makan, ehehe walaupun hadiah dah claim awal lagi dah.. lupe pulak nk upload gambar hadiah dari my beloved ni. ehehehe biasalah setahun sekali kene paw.. bukan hari2 pun... Tapi bukan mintak pun, dah org nak kasi kite terima jela. Org memberi kite merasa.. ! :)
 
 
 
 
 

Isnin, 17 Februari 2014

Bila Hati Bahagia !

 
 
Tentu sekali kebahagiaan yang terpancar dari sekeping Hati yang bahagia akan memberikan Aura ketenangan kepada insan lain. Bahagia bukan datang dari luar, tapi kebahagiaan yang sebenar datang dari dalam diri. Untuk membina mahligai kebahagiaan, pastikan dirimu terlebih dulu merasa indahnya sebuah kebahagiaan itu. InsyaAllah kebahagian & kegembiraan akan turut di rasai oleh insan yang berada di samping-mu.
 
 
 
Bukan kerana org lain tersenyum kepadamu maka kamu merasa bahagia, Tetapi  jadilah insan yang sentiasa membuatkan org lain tersenyum kerana-mu & kamu akan merasa bahagia. :))
 
Renung2kan & selamat beramal
 
 

Khamis, 13 Februari 2014

My LoVe Ever After !

Dia ada bile aku menangis, Dia sudi mendengar bila aku ingin bercerita, walau dia hanya diam membisu tanpa sepatah bicara bila aku bercerita, tapi aku tau dia sedang mendengar. Terima kasih kerana selalu ada untuk apa shj dari dulu hingga kini. Mungkin terkadang tergigit lidah tapi bukan bererti pudarnya sebuah cinta. Hidup ini adakalanya menyakitkan, tapi juga mengembirakan. Walau apepun kenangan, Moga kau menghargai saat indah tika bersama untuk selamanya.
 

 
Bila berjauhan cepatnya rindu, bila tiada depan mata nak cepat jumpe, tapi bile dah jumpe mesti nak gaduh itu & ini. Sorang cakap begitu, sorang cakap begini. Last-last bila dah dua-dua merajuk, semua diam membisu rasa bosan la pula. Cakaplah semula, jomlah kite share2 idea bersama. Bosanlaa senyap sunyi begini. 
 
 
Most of the day, inilah tempat makan favourite kitorang, gerai Ikan Bakar Depan Mindef selain Restaurant Haslam... :) 
 
 
Thanks to Hubby atas hadiah yang istimewa untuk My becoming Best-day, bukan nilai wang yang besar menjadi perhatian. Tapi tulusnya sebuah ingatan sudah cukup mengharukan sekeping hati.
 
Terkadang Dia kelihatan seperti tidak mempedulikan ape-ape. Tapi bila tiba saat-nya, terasa begitu di hargai. Dalam diam dia sedang berfikir rupanya, dalam diam dia merancang sesuatu untuk menghiburkan hati seorang wanita yang naïf ini. Terima kasih syg... Moga Allah sentiasa merahmati-mu.
 
 
 
 
 

Makan Dalam

 
 
Setiap benda yang terlihat elok dari luaran-nya belum tentu elok & sempurna juga di dalamnya. Manusia tidak kira tua atau muda, semuanya berpura-pura. Berlagak baik bile berhadapan dengan sesuatu kepentingan tetapi hakikat yang sebenarnya jahat lagi busuk hatinya.. wa'iyazubillahiminzalik. Jauhkanlah aku & keturunan-ku dari manusia jenis begini.
 
 
 
Aku seorang manusia yang banyak diam dari bercakap. Klu ade sesuatu perkara berfaedah yang ingin di share atau di kongsi baru aku membuka mulut. Tapi klu mengharapkan aku bukak cerita utk bergosip mintak maaflaa. Aku bukan seramah itu. Aku adalah seorang manusia yg hanya suke membuka cerita & berkongsi ape shj kisah tentang hari-hari yang aku lalui hanya dengan insan terdekat seperti ibuku. Tapi kini manusia yg sentiasa menjadi pendengar setia cerita hari-hariku adalah my hubby setelah arwah ibuku pergi buat selama-lamanya. 
 
Aku sentiasa meletakkan "Gap" antara aku dan org lain. Aku tidak senang, apabila orang lain memecah masuk sempadan yang telah aku tetapkan. Samada dari segi kata-katanya mahupun perbuatannya. Aku cukup benci jika berhadapan dengan manusia yang tidak diundang ini. Org lain yang di maksudkan adalah semua manusia kecuali Ibu-Ayahku serta suamiku.
 
Tapi itu bukan bermakna aku seorang yg ego dan tidak boleh ditegur jika melakukan kesilapan. Bukan begitu maksudku. Aku gemar org lain menegurku. Tapi mungkin cara teguran yang hendak di sampaikan itu perlu kene pada tempatnya. Bukan menjerit satu kampong. Did U thing U are to perfect to judge some1 else Like this & Like that. Please respect other person if u want others respect U... !
 
Entah ape aku merapu hari ni pun aku xtau, tiba2 mood ingin merapu datang hari ini, mungkin rentetan beberapa peristiwa yang agak menikam hati.. Oh ya aku juga seorang yang lambat marah. Klu org lain memalukan aku di hadapan org ramai samada secara sengaja atau tidak, aku sedikit lambat untuk bertindak balas. Slalu-nya aku perlukan masa selama beberapa jam hingga satu hari untuk respon. Aku akan diam & berfikir. Mungkin juga hairan, mengapa begitu & begini. Mmg agak lembab bile berhadapan dengan situasi begitu. Tapi jangan ingat aku terlalu sabar untuk dimalukan begitu sahaja.
 
Pesanan ringkas dariku, jadilah manusia yang positif & menghormati hak orang lain, sungguhpun kau punya hak untuk berkata-kata, tapi gunakanlah kata-katamu itu dengan baik jangan sampai memalukan manusia lain. Kerana kau pun manusia yang terlalu banyak dosa & aib-nya. Jangan terlalu laju berbicara sampai lupa dengan siapa kamu berbicara. Jangan terlalu memandang rendah kepada insan lain, Bimbang nnt kamu sendiri yang menerima padahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Moga angin lalu menyampaikan risalah ini kepada manusia yang berbicara tanpa akal itu. 

Allah memberi kelebihan harta & pangkat kepada-mu bukan kerana hebatnya kamu, tetapi kerana Allah ingin menguji-mu. Jadi janganlah takabbur & besar diri xtentu pasal... baca surah At-takasur banyak skit, jgn baca saje, bace makna-nya skali, mudah2n kamu sedar diri.
 
wallahualam...  
 
 
 
 

Rabu, 12 Februari 2014

Borong Decorative Home Fragrance !

Salam semua kawan-kawan. Kepada yang berminat untuk membuat pendapatan tambahan bolehlah hubungi di talian seperti yang di paparkan di bahagian bawah ataupun whatsapp sahaja. Maklumlah zaman sekarang ni banyak benda FREE so why not pakai yg free je kan. Lagi mudah dan senang untuk menyebarkan maklumat ke serata tempat. :)
 
Kepada yang sudah biasa dengan Home Fragrance dan pernah membeli di mana-mana Mall mahupun online, maka harga jualan untuk Decorative Home Fragrance ini sedikit mahal & hanya yang benar-benar berminat kepada Home Decoration shj yang akan membelinya.
 
TETAPI dengan harga jualan hebat kami, anda akan dapat membeli seberapa banyak Home Fragrance untuk kegunaan di Rumah mahupun di tempat kerja dengan senang hati & tidak perlu risau atau takut di marahi oleh suami anda. Harga yang pihak kami tawarkan adalah bermula dari RM15 dan ke atas untuk saiz perfume 30ml & 50ml perfume.
 
 
Setiap design mempunyai 6 jenis perfume iaitu :-
 
Lavender, Lily, Ocean, Jasmine, Lemon & Rose.
 
 
 
Code : G3046
Harga Borong 15pcs : RM18/pc
saiz perfume 30ml
Harga Runcit : RM30/pc
 
 
Code : G003-4
Harga Borong 15pcs : RM18/pc
saiz perfume 30ml
Harga Runcit : RM30/pc
 

 
Code : G007
Harga Borong 15pcs : RM25/set (1set=3pcs)
saiz perfume : 50ml
Harga Runcit : RM40/set
 
 
 

Code : G036
Harga Borong 15pcs : RM18/pc
saiz perfume 30ml
Harga Runcit : RM30/pc

 
Code : G003-4
Harga Borong 15pcs : RM15/pc
Saiz perfume : 30ml
Harga Runcit : RM25/pc
 
 
 
 
Untuk maklumat belian secara borong, sila Hubungi di talian 019-3353616. Sekiranya panggilanTuan-tuan, kakak-kakak dan abang-abang semua tidak di jawab maka janganlah menganggap kami tidak ingin melayan anda ye, terkadang ketika anda membuat panggilan, kami sedang sibuk, walaubagaimanapun tinggalkanlah text di bahagian mesej atau whatsapp. InsyaAllah pihak kami akan segera menghubungi anda kembali dengan
kadar segera.
 

Selasa, 11 Februari 2014

Kakak Dah Mintak Adik ... !

Kaa..Kaak... ! Kaa..Kaak... ! sambil duk sebut berulang kali. Mula-mula aku xperasan, pastu bila duk perhati betul2 ape yg di buat oleh si kecik Nuha Safiya yang dah masuk umur 2 tahun ni, barulah aku tau. Rupanya dia tengah berangan lagik. Boleh dia amik Pooh yg baru minggu lepas aku cuci tu, di sondolnya dengan botol susu dia sambil tepuk-tepuk Pooh & sebut Kakak berulang-ulang kali... Uh.. Dah nak mintak adik rupanya anak ibu ni yea. Adusss camne ni Abi ..? ehehehe..
 
Macam-macam Nuha skrg ni, kuat betul berangan. Dari kecik sampai skrg ni xhabis-habis dengan mood berangan dia tu. Klu nak jalan kemana-mana, Pooh wajib bawak, klu xbawak menjerit sepanjang jalan. sayang betul dengan Pooh busyuk dia tu. Belikan baby dool yang baru pun masih sayang Pooh busyuk jugak. Setia Hingga Hujung Nyawa la ni yea.. ahahaha.. adik-adik...
 
 
 
 
Lagi Aksi berangan jadi pengasuh ketika menunggu aku di Klinik. Asal Jumpe sahaja sebarang jenis patung semua nak di tepuknya. tepuk ala2 nk tidurkan baby gitu. Hubby cakap Nuha kene paksa jadi baby sitter kt Taska kot... hahaha melawak la pulak abi ni. Mungkin dia duk tengok pengasuh dekat taska tepuk-tepuk baby suh tido kot, Itu yg dia berangan camtu tu. Kuat meniru aksi betul sekarang ni. Klu kite pakai gincu ke sembur perfume ke, pakai deodorant ke, dia pun nk pakai jugak. Klu tak kasi ade mogok tergolek... adeehhh... budak kecik yang kuat mogok, tp kesian coz xde org nk layan sangat. Kadang-kadang je di layan.. Saja xnak ajar dia buat perangai camtu bile setiap kali nk mintak sesuatu. Last2 pandai pulak dia dtg buat memek muka sedey pastu peluk & cium berulang kali sambil menunjukkan tangan ke arah benda yang dia nak. hah pandai pun mintak baik-baik kan... camtulah anak ibu.
 
 
 
Aksi malu bila perasan aku & my hubby duk perhati dia. Olo-Olo.. pemalu sungguh, anak dara sapa yang pemalu sangat ni... :)
 
 
Harap2 tahun 2014 ni dapat baby kembar. ya Allah ya Tuhanku yang maha pemberi, kurniakanlah kami anak-anak yang ramai, yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Ameen.

Isnin, 10 Februari 2014

Taska Kasih Emas Bangi

 
 
 
Inilah tempat anakanda Nuha di tinggalkan setiap hari bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. Ape yang boleh aku gambarkan tentang Taska ni, bersih, pekerja yang baik & bertanggungjawab. Owner taska pun baik jugak. Klu ada kekurangan yang di tegur oleh ibu-bapa dia tidak lokek untuk meminta maaf. Sikap merendah diri & bertanggungjawab membuatkan ramai Pak Arab menghantar anak-anak mereka ke sini.

Entah sampai bila aku nk hantar Nuha kt sini pun xtaula. Terkadang ade jugak terfikir untuk mencari tempat yang lebih dekat dengan rumah. So xderlah jauh sangat aku nk kene tawaf untuk hantar Nuha pagi2. Perjalanan dari rumah Hillpark 2 ke Taska Kasih Emas ni mengambil masa 30 minit. Klu sangkut kt tengah jalan, bertambah-tambah lglaa. Tp entahlah, berat hati plak nk pindah adik ke tempat lain, coz Nuha dah macam happy duk kt situ.
 
Dulu Taska ni nama dia Taska Auliya, tapi sekarang owner dah bertukar, so nama Taska pun dah bertukar kepada Taska Kasih Emas. Pekerja still maintain yang lama lagi. Cuma owner sahaja yg bertukar. Mungkin owner lama dah jualkan perniagaan dia agaknya. So owner sekarang nama dia Kak Ida. Sangat mesra & mudah di bawa berbincang.
 
Lokasi Taska ni di dalam apartment Sri Ixora Taman Sepakat Indah 2. Kepada yang masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk menghantar bayi & anak2 boleh cuba-cuba intai Taska ni. Harga untuk Bayi sampai 3yr fee di kenakan adalah RM350. Yuran Tahunan RM170.
 
No HP kak Ida : 0162761232 owner baru Taska Kasih Emas. Just tolong promote untuk ibu-ibu yang tengah pening duk mencari tempat untuk menghantar bayi mereka. Buat kerja amal skit. Benda yang baik kita share je la. Moga2 Allah merahmati.  :)