Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri

Sempena kedatangan Syawal yg Mulia ini, aku nk ucapkan selamat hari raye maaf zahir dan batin kepada semua umat islam, semoga dengan kedatangan syawal yg mulia ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan InsyaAllah...

Raye tahun ni, agak memenatkan, walaupun begitu aku tetap cuba untuk membuatkan Hari yg Mulia ini nampak ceria walaupun dlm serba kekurangan tenaga & emosi, Banyak perkara yg aku fikirkan untuk dilaksanakan selepas raye, segala benda berserabut dalam salur saraf otakku ini membuatkan mood raye dan bergembira aku agak berkurangan dan boleh dikatekan tiada langsung, senyuman dan kemesraan cukup sekadar membuatkan org lain ceria di Hari Mulia.. Menghadapi semua kerenah manusia bukannye mudah, dlm mase yg same perasaan sendiri tidak terjaga, hmm letihhh...

Selasa, 23 Ogos 2011

Motivasi Hari-Hari Terakhir Ramadhan

Salam semua, Alhamdulillah dengan izin Allah aku masih mampu mencoretkan bait2 bicara tazkiroh untuk tatapan pembaca dan juga pengkhabaran untuk diriku sendiri..

Kemuliaan Ramadhan telah semakin melabuhkan tirainya, insyaAllah minggu depan seluruh umat islam akan menyambut kegemilangan 1 Syawal. Dalam kemeriahan menyambut Syawal aku mengingatkan diriku sendiri bahawa tarbiyah Ramadhan belum sepenuhnya meresap kedlm jiwa nuraniku. oleh yg demikian aku ingin mengambil kesempatan dihujung hari2 terakhir Ramadhan yg masih tersisa ini untuk memantapkan pemahaman diriku tentang kebesaran bulan Ramadhan yg datangnya hanya sekali setahun.

Persoalan yg ingin diutarakan ialah, Apakah tujuan utama kedatangan Ramadhan.. ?? Tujuan datangnya Ramadhan adalah kerana adanya Hari Kebesaran yg bakal disambut iaitu Aidulfitri, dan apakah yg dimaksudkan dengan Aidulfitri.. ?? Aidulfitri secara maknawinya bermaksud kembali kepada fitrah... iaitu kembali kepada yg asal dan tujuan manusia itu dihantar ke Langit dunia, fitrah kejadian manusia itu bolehla dipecah bahagikan kepada 3 bahagian yg utama..

Yang Pertama fitrah kejadian manusia ialah suci bersih daripada sebarang dosa dan noda, seperti mana keadaan bayi yg baru dilahirkan, Ibu-bapalah yg akan mencorakan dan melukis warna2 pada jiwa anak2nya, samada untuk menjadi Yahudi, Nasrani mahupun Majusi..

Yang ke-2 fitrah jiwa manusia itu menginginkan kepada kesempurnaan, kemuliaan dan kebaikan, seperti kecenderungan manusia untuk meningkatkan tarap hidup secara material, mencari darjat dan pangkat untuk dimuliakan oleh segenap manusia.. mencari harta sebanyak mungkin untuk memenuhi segala kekurangan diri yg bertujuan untuk mencapai kesempurnaan dlm hidup, namun begitu, adakah segala kemuliaan, pangkat dan harta material itu mampu memberi kesempurnaan kepada jiwa manusia secara total..? Sesungguhnya fitrah jiwa setiap insan itu sngt2  memerlukan kepada pergantungan kepada zat yg Maha Kuasa, iaitu Allah SWT.. Jiwa manusia itu fitrahnya sangat2 dahagakan kepada ketenangan jiwa dan kelapangan hati dengan pengabdian diri kepada yg Maha Esa..

Dan yg ke-3 fitrah kejadian manusia itu adalah untuk mengabdikan diri kepada yg maha pencipta iaitu kembali kepada ajaran Islam yg Syumul, setiap jiwa yg dilahirkan ke dunia telah berjanji dan bersumpah setia untuk menjadi hamba yg taat kepada segala aturan dan perintah Allah swt. perjanjian itu telah dimenterai ketika manusia masih di alam roh. oleh yg demikian hakikat kejadian manusia adalah untuk mengagungkan serta mendaulatkan ajaran ISLAM yg maha suci...

Oleh itu semakin jelas kepada kita umat islam bahawa tujuan sebenar datangnya Ramadhan adalah untuk mengembalikan jiwa dan fitrah hidup kite kepada yg asal, yg mana fitrahnya kehidupan manusia adalah Mulia dan menginginkan kepada kebaikan dan kemuliaan, Allah swt mengkehendaki hambanya kembali kepada fitrah kehidupan iaitu islam, mengamalkan cara hidup islam yg sebenarnya, berkasih syg, hormat menghormati, menjaga tatacara pergaulan sesama manusia, bermuamalat sebagaimana yg telah di syariatkan.. itulah tujuan sebenarnya kedatangan Ramadhan, iaitu mentarbiyah jiwa manusia yg telah lama lalai supaya kembali kepada fitrah. dan Syawal yg Bakal disambut adalah hari dimana setiap jiwa meraikannya dengan penuh rasa syukur ke-Hadrat Allah SWT yg telah mendatangkan Tarbiyah Ramadhan selama sebulan untuk menjadikan jiwa ummat islam itu semakin utuh dan jitu dalam memahami erti kehidupan didunia...

Namun ape yg dikesalkan adalah umat islam muta'akhir ini semakin tidak memahami erti sebenar kedatangan Aidilfitri itu, yg diagung2an adalah menyambut kedatangan hari kebesaran itu dengan pelbagai konsert yg berunsur maksiat, pelbagai rancangan yg sedikitpun tidak mencermin kemuliaan Aidulfitri itu sendiri.. Mudah2n apa yg telah tercoret ini mampu memberi sedikit ingatan dan pesanan buat sahabat2 dan juga diriku sendiri, mudah2n bisa menjadi titik tolak kepada perubahan yg lebey baik.. InsyaAllah...




....Salam Aidul Fitri...





Isnin, 22 Ogos 2011

My New Toyo Baby.. :))


Yeay.. hari ni baby aku dah boleh amik, nampak gayenya dah boleh buat raye laa.. huhuhu.. Nama dia aku register kt Wilayah.. WVS 2114, rawak aje, xde nk pilih2 da, no money anymore.. ape2 pun xsabar nk amik dia petang ni.. Ptg nnt aku akan snap beberapa keping gambar utk kenang-kenangan.. inilah hasil tabungan aku selama 2,3 tahun ni..

Ape yg menarik tentang-nya adalah, kitorang sign approval loan agreement dengan public bank adalah pada tarikh Anniversary kitorang iaitu pada 16th Ogos 2011, lepas tu dia kuar pada 22th Ogos 2011 dimana genap usia kandunganku 5 bulan, dan yg paling aku suke, dia di registerkan di Wilayah dengan plate pendaftaran 2114, ape yg menarik ialah pada bulan April 2011 aku dapat tau yg aku preggy untuk kali yg ke-2.. Ape yg boleh aku katekan, aku sngt gembira dengan kedatangan 2011, walaupun banyak juga kisah duka yg aku lalui tp rahmat dan rezeki yg Allah limpahkan untuk aku sempena tahun 2011 ni begitu xterhingga aku rasekan..

Catatan 2011 yg seharusnya di ingati :

1. Mendapat offer kerje di Petaling Jaya January 2011
2. Memenangi acara lelongan Hartanah pada March 2011
3. Mendapat berita kehadiran Insan baru pada April 2011
4. Mendapat offer pekerjaan yg lebey menarik pada July 2011
5. Membeli sebuah kereta yg agak selesa pada Ogos 2011 
6. Pindah ke rumah baru pada September 2011 - InsyaAllah
7. Maybe Mendapat .................... pada Dec 2011 - InsyaAllah

 

Alhamdulillah syukur ke- Hadrat Illahi atas segala nikmatnye yg tidak terhingga..

:))
.. I Love 2011..

Buffet Ramadhan "Suasana Sahara" at PICC Putrajaya


 Ikan Bakar

  Chicken chop 

Bismillahirrahmanirrohiim...

Suasana Sahara ni agak glamour, ramai yg cakap buffet ramadhan dia mmg berbaloi2, yummy2 xsabar rasenye nk berbuka kt situ huhuhu.. InsyaAllah 25th Ogos ni kitorang akan berbuka kt sana, aku dah bookingkan tempat pun, tolong bookingkan je.. ehehehe.. yg payment-nye org lain laa.. actually kitorang plan nk celebrate our 3rd anniversary (16th Ogos 2011) memandangkan tiada tempat yg menarik perhatian di Alor setar ni, so aku decidelaa kt PICC tu, kebetulan plak haritu TV3 ade menayangkan pasal tempat2 berbuka puase pilihan, so ape lg .. mmg kene dengan waktunye laaa.. huhuhuhu..

Harga untuk dewasa RM55 net Dan untuk kanak2 RM29. manakala kanak2 yg dibawah usia 6 tahun adalah PERCUMA.... kire harga dia okla pada aku. Besenya setiap kali tibanya Ramadhan xsah klu aku xkemana-mana.. mesti sibuk je cari tempat2 berbuka yg best2, tp tahun ni xpayah nk cari2 sngt coz da banyak jemputan dari pihak pengurusan AIROD dan juga SATANG... kire best jugakla setiap kali tiba Ramadhan, banyak jemputan dapat, aku join sekaki laa.. ehehehe...

Semalam kitorang berbuka kt "Restoran Bendang" sedap jugak menu dia, itu pun SATANG  yg jemput, semua pegawai TUDM dijemput. Alhamdulillah dapatla makan nasi tomyam, ikan siakap, sayur kailan, kuih2 dan buah2n.. hmm Alhamdulillah.. rezeki bulan puase. tp next year nampaknye xde da jemputan berbuka pose yg best2, coz hubby dah berpindah ke Butterworth.. hmm kite buat jemputan sendiri je laa nnt.. ehehehe..



Makanan kegemaran aku dari dulu sampai bile2, cume nk kene control skit skrg coz Mr. kolestrol semakin mengancam system pernafasan aku..

Satay.. bolehlaa layan, tp xde suke sngt, cume klu ade tu makanla jugak.. :))


....Selamat Berbuka Kepada Semua...

:))

Ahad, 21 Ogos 2011

Menderma Barang-barang Ke Rumah Anak Yatim

Bismillahirrahmaanirrahim...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Sempena menyambut kemuliaan bulan Ramadhan yg semakin singkat untuk meninggalkan kite dan disusuli pula dengan kehadiran Syawal yg bakal diraikan dengan gilang gemilang oleh setiap jiwa ummat islam di seluruh dunia, tidak ketinggalan kepada golongan yg kurang bernasib baik. Terutamanya anak-anak yg telah ketiadaan ibu dan ayah, mudah2n dengan limpah rahmat dan kasih syg-Nya mereka juga akan merasai kemeriahan Syawal walaupun tidak seberapa. InsyaAllah..


Atas rase perihatin dan tanggujawab sebagai salah seorang umat Muhammad SAW, aku mengambil keputusan untuk mendermakan barang2 terpakai yg masih elok ke rumah anak2 yatim di Puchong Prima. nak di sedekahkan kepada golongan fakir pun aku xtau nk cari diorang kt mana tengah2 Bandar Shah Alam ni, so Alahmdulillah sentelah mencari di laman sesawang aku menjumpai beberapa buah rumah anak yatim yg memerlukan pelbagai barangan keperluan seperti perabut rumah, peralatan elektrik, buku2 atau majalah terpakai, pakaian dan sebagainya untuk keperluan anak2 yatim ini.



Mudah2n dengan derma ikhlas daripada semua pihak sedikit sebanyak dapat menceriakan anak-anak serta golongan pengurusan rumah kebajikan ini, InsyaAllah. Dan semoga Allah akan membalasnya dengan rahmat yg tidak terhingga di akhirat kelak...



Disini aku sertakan link untuk rujukan sesiapa yg ingin menderma : http://rumahanakanakyatim.blogspot.com/2009/09/rumah-anak-yatim-selangor.html






 Selamat Menderma Kerana Allah...
Sekian...

Apartment Sri Dahlia Kajang


Alhamdulillah bermula awal bulan Sept ni aku akan mule masuk n tinggal di Aptment Sri Dahlia Taman Sepakat Indah II, Sg. Chua Kajang, da banyak duit tabung aku di perabiskan untuk rumah ni, hmm harap2 berbaloila aku beli rumah ni, value semasa aku check aritu dah cecah RM200/kaki. Meaning that keluasan umah aku 950sqft so harga pasaran sekarang ialah 190k. huh klu nk jual ni da nampak note2 biru akan memenuhi acc. bank aku ehehehe.. tp buat mase ni aku nk tinggal dulu sampai bosan kt penempatan ni, coz keadaan dan lokasinya agak menenangkan. walaupun ramai foriegner kt area umah aku ni tp diorang kebanyakkannye muslim and boleh dikatakan ok jugakla. cume yg slalu haprak dan buat hal ialah negro, diorang ni mmg jahanam skit, dahla menyewa kt negara org tp perangai ya Allah, ape ke jenis manusia la negal ni, huh aku mmg xsuke diorang ni.

Nnt aku akan bersalin & tingal di sini selama tempoh berpantang, dan baby juga akan tinggal disini, sampai bile xtaulaa, mungkin sampai abi beli rumah semi-D la plak, baru pindah. kredit untuk hubby seposen.. ehehehe ..

Rumah ni aku beli dlm acara lelongan awam di Ng Chan Mau di Megan Avenue 2. jurulelong dia Mr. Fong. aku baik gak ngan Mr. Fong ni, coz pernah terjadi satu incident yg tidak diduga, walau bagaimanapun aku dapat bonus 3k setelah selesai sume kuikuikui rezeki namanye.. :))  oh ye berbalik pada kisah rumah apartment yg aku beli ni, reserve price utk unit ini 100k je, dekat 10 org jugak yg bid unit ni, akhir skali aku yg dapat, harga yg aku bid ialah 135k, so lepas aku win the bidding sume payment yg lain aku kene top up lebey kurang 8k lg. termasukla sume kos membaik pulih rumah, cat rumah, membayar bil2 tertunggak seperti bil air & TNB dan juga maintenance fee yg owner lama x bayar. so aku anggarkan total sume lebey kurang 8k tp itu tidak termasuk kos peguam and transfer ownership lg. untuk lawyer fee and segala pengurusan lain lebey kurang 8k lg so totaltelah  aku habiskan untuk apartment ni RM16000.

Deposit rumah pula 20% dr purchase price, aku apply loan Public Bank, diorang hanya kasi loan 80% shj, huh hampeeh sungguh Public Bank saje je nk menyusahkan aku. so aku kene topup balance payment sebanyak RM27,000.00, so total loan umah aku hanya 108k shj, bayar bulan2 pun sikit je 550 je sebulan..  setakat ni aku mengalami kekurang modal sebanyak 7k lg, adooiilaaa bengkak kepala jugak nk pk mane nk cari lg 7k ni.. walaubagaimanapun, Allah sentiasa memberi jalan kepada hambanya yg benar2 berharap kepadanya.

Di pendekkan cerita rumah aku ni belum selesai tukar name lg, cume tukar name je belum lg, aku pun xtaula ape masalah bank pelelong iaitu MBSB, macam2 plak kerenah dia.. huh xkuasa aku nk layan, aku hanya follow ape yg tertera dlm agreement yg aku sign mase aku win the bidding. just ignore any extra clause after that. apepun aku harap next month settle la hal2 bodoh yg memeningkan kepala aku ni, mudah2n.. ehehehe amen yg Robbal a'lamin..

Bersyukur sangat ke hadrat Illahi yg telah memakbulkan hasrat dan cita2 aku untuk memiliki sebuah rumah yg selesa & mendamaikan sebelum usia menjengah 30 tahun, dan pada tahun ini juga Allah telah mengurniakan aku zuriat, walaupun belum lahir ke dunia, tp aku doakan segalanya akan berjalan lancar dan baby akan dapat melihat dunia pada akhir tahun ini or awal tahun hadapan lepas tu baby akan tinggal dengan ibu di rumah baru kite, hmm seronoknye ada baby temankan nnt.. :)) syukurr ya Allah atas segala nikmat dan kasih syg-Mu...

Subhanallah...


Inilah tanda untuk masuk ke rumah aku, kt taman ni ade 4 blok apartment. Sri cempaka depan skali, tepi dia Sri Dahlia (rumah aku) sebelah sana Sri Lavender and hujung sebelah sri cempaka ialah Sri Ixora. Sri Ixora ni adalah project terbaru TLS group. aprtment ni baru siap lebey kurang akhir tahun lepas, iaitu oktober 2010. semua property kt area sini boleh dikatekan memuaskan. kite selamatla untuk tinggal di lokasi penempatan ni, lgpun dekat dengan kedai makan n masjid. klu azan tu mmg jelas je dengar.. best2.. aku mmg suke kawasan ni..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Persediaan Menyambut Aidilfitri 1432H


Selamat tinggal Ramadhan Al-mubarak semoga Allah memberi ruang dan peluang untuk-ku bertemu kembali dengan ke-muliaan Ramdhan pada tahun-tahun yg akan datang.. InsyaAllah..



SubhanAllah, sedar xsedar da nk habis sebulan pun aku berpuase di Alor Setar ni,xterasa masa berlalu begitu pantas, sekejap je rasenya Ramadhan datang, dah nk tiba 1 Syawal pun, ape2 pun mudah2n Allah memberi kesempatan untuk aku menyambut kedatangan  Ramadhan di tahun2 akan datang.. InsyaAllah.. dan mudah2n segala dosa2ku dimasa lalu diampunkan olehnya.. moga dengan berlalunya Ramadhan ini jiwaku kembali bersinar dan bersih.. Ameen..

Menyambut Aidilfitri tahun ni nampaknye tidak seperti tahun2 yg lalu, biasanya aku akan berbelanja sakan untuk menyambut kedatangan 1 Syawal yg mulia ni, klu beli baju raye xsah klu xhabis setengah ribu, itu belum masuk sandle lg, tudunglaa, kuih rayelaa, baju adik2 and macam lg.. yg penting ade2 aje aku nk habiskan duit aku yg xberapa banyak da tu.. huhuhu..  

Tp Alhamdulillah tahun ini baju raye aku pun xbeli lg hmmm Jimat Duit aku .. :)) ... xde mood betol nk bershoping, walau bagaimanapun aku da beli baju raya untuk adik2 semalam, baju raye hubby pun da beli, cume aku punyer je belum beli or tempah ape2 lg, nk tempah pun xde kain yg aku beli, ingatnye nk beli jubah aje tahun ni, tp setiap kali pergi servey harga sepasang jubah maii aiii mmg mahai bebenor.. adeehh nk mengeluarkan 150 henggit tu rs cam xberbaloi la plak.. itu yg sampai ke harini aku belum beli ape2, klu ade rezeki aku ingat nk g intai2 perkakas raye kt Midvalley or memana Mall kt KL, itupun klu ade kesempatan nnt, maybe hujung minggu sebelum raye ni aku ke kajang dulu, hantar barang2 n segala pakaian aku..

sob2.. sedeynye, nnt aku kene duk sesorang kt kajang tanpa hubby, ape nk di kato, desakan kerje memaksa aku untuk berdikari sendiri, bermula 5th Sept ni aku da memulakan kerje sebagai Project Exective di Anugerah Mahsyur Sdn. Bhd Bandar Tun Razak... Cik ani ajak aku tinggal ngan dia dulu sebulan dua, memandangkan aku tengah berbadan dua, tp xpela, aku pun xbiasa melepak kt umah org ni, walaupun aku tau cik tu ikhlas ajak aku tinggal ngan dia, cume aku je yg xseronok.. xpela duk umah sendiri lebey selesa, lg pun kawasan di Taman Sepakat tu selamat dan terkawal Insyaallah, nnt hubby nk datang hujung minggu pun senang.. lgpun rumah aku ngan putrajaya tu xdela jauh sngt, xsampai 15 minit pun.. so klu rase bosan or xsedap badan boleh aje aku melepak kt umah cik nnt.. ehehehe.. apepun aku harapnye semuanya baik2 belaka..

Bercerita tentang kemeriahan semua org menyambut 1 Syawal, masing2 seronok je .. aku pun seronok jugak sebenarnya, walaupun aku xbeli baju raye pun lg, tp aku dah beli barang lain. hehehehe.. xsabar nk menunggu 23hb ni, nnt dah sampai aku akan upload pic kt sini sebagai tanda kenang-kenangan untuk tatapan generasiku akan datang, habis semua duit tabung aku keluarkan, hmm xpela nnt da mule kerje aku akan mula menabung semula... semoga rezekiku diberkati.. ameen..

Lg raye da berkumandang kt semua corong2 radio, aduyaaii sayunya rase ati aku bile dengar lagu raye yg lama2.. aku betoi2 suke lagu raye versi lama2, yg ala2 moden ni xbest laa, xde feel nk layan huhuhu.. jom layan lagu raye & selamat menyambut Aidilfitri untuk semua, semoga berbahagia di Hari Mulia Maaf Zahir dan batin....



                                                           
                                                    


                                          

Isnin, 15 Ogos 2011

Wahai Anak-Ku


Wahai anak kesayangan-ku, usiamu kini 19 minggu berada dlm kandungan ibu, siang dan malam tidak henti2 ibu memanjatkan doa ke-Hadrat Illahi agar hidupmu nanti sentiasa di rahmati dunia dan akhirat, tinggi harapan ibu untuk melihat dirimu membesar dengan sempurna dengan didikan agama dan bimbingan akhlak yg mulia...

Wahai anak kesayangan-ku, Dirikanlah sembahyang & suruhlah berbuat kebaikan,serta laranglah drpd melakukan perbuatan yg mungkar & bersabarlah atas segala bala bencana yg menimpaMu,sesungguhnya yg demikian itu adalah perkara2 yg dikehendaki diambil berat melakukannya & jgnlah engkau memalingkan mukamu (krn memandang rendah) kpd manusia & jgnlah engkau berjln dibumi dgn berlagak sombong, Sesungguhnya Allah tidak suka kpd tiap2 org yg sombong, takabbur lg membanggakan diri & sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan dan rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) sesungguhnya seburuk2 suara, adalah suara keldai.

Semoga setiap langkah perjalanan hidupmu didunia tidak di cemari sebarang dosa kepada-NYA yg Maha Esa. Bertasbihlah didlm hatimu untuk mengingatinya, mudah2n dirimu di bawah Rahmat & Naungan kasih syg-NYA..

Ameeen...

Ahad, 14 Ogos 2011

Kisah Minggu Ke-3 Ramadhan

14 Ramadhan

Sedar xsedar dah 2 minggu ramdhan berlalu, sekejap je rase, lg 2 minggu Ramadhan da berlalu.. hmm cepat betol mase berlalu.. aku lebey gembira menyambut ramdhan berbanding menyambut syawal, banyak benda yg boleh aku lakukan sepanjang ramadhan dan keseronokan lebey terisi di bulan ramadhan berbanding syawal.. hmm aku kene buat persediaan ni, nk kene fully utilize bulan ni sebaik mungkin ni, da banyak masa2 berlalu tanpa ade pengisian yg betul2 bermanfaat..

harini aku ajak hubby ke bazar ramadhan di stargate lg. rase teringin plak nk makan nasi lemak makcik yg beli aritu, sesampai disana, nasi lemak da habiss.. alaaa .. hmm xpela tukar plan, beli nasi lain la, last2 beli nasi kerabu, nasi lauk ayam merah, apple 4 biji utk buat air buah kt bilik, ayam goreng berempah seketoi and roti john yg sedaap.. eheehehe.. lepas da siap beli2 kt bazar situ ajak hubby ke bazar stadium plak, nk beli karipap... nasib baik my hubby ni jenis ok n xkisah sangat.. muahahaha syg abg.. ehehe beli karipap 6 ketoi kt stadium, aku da malas nk turun ramai org, so hubby turun sesorang jelaa ehehehe..

Semalam  (13 ramadhan) kitorang beratur sakan nk membeli air teh bunga kt gerai depan tu, belila 3 paket, tp minum xhabis pun, nk kate sedap sngt xdela seddaap sngt pun.. bolehlaa sedap dr yg lain2.. cukup rase gule nye.. kesian abg semalam, kene beratur sejam lebey dari kul 4.20 sampai 5.25 ptg baru dapat beli, aku mule2 beratur la kejap, pastu da mula la sakit pinggang la lenguh situ sini, eheehe so hubby suh aku masuk kete je, rest dlm kete sambil bace majalah solusi :)) ..

Ahh mlm ni nampaknye mcm xlarat nk g terawih, setiap kali makan antibiotik yg doc kasi tu mesti mate aku ni rase mengantuk yg amatt.. adoooiiilaa mmg da nk tertutup.. ajak hubby solat Isya' kt bilik jelaa.. hmm tido awal mlm ni.. esok nk bersahur KFC, ehehehe.. :)) nite.. jumpe lg esok..

15 Ramadhan

Alhamdulillah harini aku dapat menghabiskan bacaan beberapa surah dr al-quran antaranya surah Yusuf, Luqman, Muzammil & Muddathir. Banyak input yg masuk kekepala aku sepajang harini, terasa keinsafan diri semakin memuncak, terasa timbunan dosa begitu tinggi sekali, lebih tinggi dr gunung tertinggi di dunia, Astarfirullahal'azim.. ampunkanlah segala dosa2 mase silamku. sesungguhnya aku tidak mampu untuk menghadapi segala azab siksamu ya Allah. berilah ampun kepadaku lantaran kejahilan dan kebodohanku melakukan dosa terhadapmu. sekiranya engkau tidak memberi ampun akan daku, maka termasuklah diriku dari golongan hamba2mu yg rugi.

berbuka harini aku ke bazar ramadhan stadium, membeli 2 ekor ikan kembung, sayut pucuk ubi, gulai ikan masin dan juge karipap kegemaranku. perbelanjaan lebih kuranh RM13. sebelum tu aku dan hubby ke pusat servis perodua, pergi hantar document untuk claim xcident haritu. harapnya sebelum raye siapla kete aku ni, bukan banyak pun, sikit je.

Dalam perjalanan balik ke bilik, Miss Chan call, dia cakap aku punye application dah approved. hmm alhamdulillah. tp dlm kesyukuran tu ade perkara yg mengusutkan kepala ku juga. aarrgghhh harapnya ade penyelesaian nnt. mudah2n Allah memberi jalan. tahun ini banyak betol dugaan yg melanda dlm hidup. ape2pun aku bersyukur kerana hubby tabah lalui semua, mudah2n dia lebih kreatif dlm mencari jln penyelesaian. ameen..

setelah siap berbuka semua, aku ke masjid untuk bersolat terawih. sempat siapkan 8 rakaat dan 3 witir. alhamdulillah, selesai juga ibadatku mlm ni... Bacaan imam masjid kepala batas tu kira oklaa, terasa terbuai juge la dgn alunan suara dia.. moga2 baby juga dapat mendengar dan menghayati bacaan ayat2 suci al-quran itu.

Ohye, esok adalah ulang tahun perkahwinanku yg ke 3, doaku semoga Allah merahmati rumahtanggaku dan memudahkan segala urusan hidup kami, ameen..

Untuk anak Ibu, selamat mlm, ibu da nk tido ni, anak ibu juga tido yea. ikut mcm abi baik2 aje. jgn meragam. as-salam :)

Rabu, 10 Ogos 2011

Mengatasi Baby Songsang Dalam Kandungan

Arini aku nk bg tips sket pasal baby songsang ni... Tips ni aku dpt hasil dr pencarian di internet dan petua dr org2 lama. Selepas buat Check up doktor 2 hari lepas doc kate baby aku songsang, aduyaaii risaunye aku, actually aku xnkla kena bedah, banyak mau pakai duit sat g ..huh.. penaatt camni...

 Cara2 nk betulkan kedudukan baby yg songsang :
  • Masa nk solat tu digalakkan utk sujud lama sket... stakat yg larat jela... faham pregnant2 ni ssh sket sbb perut dh beso...
  • Letak pek ais kt atas perut.  Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
  • Cuba bermain dgn touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya baby bergerak ke arah cahaya.
  • Wt seperti merangkak... tp jangan plak merangkak ke depan... Wt la dlm 5 saat, dlm 2-3 kali.
  • Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.
  • Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan wt solat hajat supaya ALLAH membantu kita. InsyaALLAH... kita kena yakin dan ikhlas.
Kalau semua cara diatas tak berjaya gak, kita kena redha jela sbb mungkin ALLAH nk menguji kita. Ada jugak ibu2 yg pregnant ni gi berurut ngan bidan. Aku pun pernah gak berurut ngan bidan... Tp kena la cari bidan yg betul2 mahir dan pandai... Yela kita tak tau keadaan baby kita kt dlm tu. Takut nnt baby terbelit tali pusat lak... Kalau ikutkan doktor ngan nurse ni, diaorang mmg tak bg... Tp pandai2 korang la yek...

Selamat mencuba....!!!!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kisah Minggu Ke-2 Ramadhan 2011

6 Ramadhan

Badan xberapa sihat, sejak dari semalam lg xleh nk lelap, perut meragam semacam. Salah makan ke ape ni hmmm.. pedihnye perutt seharian.. sob3.. :.(  da malas nk ke bazar ramadhan kt stadium, da xlarat nk berebut n pening kepala. ke bazar ramadhan di kepala batas je, dekat & xbape ramai sngt compare kt stadium..

Lauk & Kuih di Bazar Kepala Batas

1. Murtabak          : RM 2
2. Karipap            : RM 1
3. Ikan Bakar        : RM 4
4. Ayam Merah     : RM 2
5. Gulai daging     : RM 2

Total perbelanjaan harini : RM 11

Hmm Nasi putih masak sendiri kt bilik.. adddeehh penatnye..

7 Ramadhan

Puasa harini agak mencabar, aku ala2 demam je, kejap sejuk kejap panas, suhu badan xbape menentu. hmm banyak plak alahan aku sejak akhir2 ni, walaupun aku xberapa gemar minum air masak, terpaksela aku pakse jugak minum sebanyak mungkin time sahur tadi, dengan harapan keadaan badan semakin ok dan stabil.. kepala asyikk pusing je seharian ni, ingat harini nk pg jugak ke bazar stadium tu, teringat2 dlm kepala daging panggang tu. sambil2 menekan butang kekunci ni aku menunggu hubby balik. da cakap td ngan dia suh balik cepat skit, coz nnt kt bazar stadium tu klu g lewat nnt org da ramai.. aku xlarat nk redah org ramai dlm keadaan kepala yg tgh mamai semacam ni..

Membeli di bazar stadium

1. Daging Bakar            RM10
2. Karipap 5 ketoi         RM2.50
3. Gulai tulang               RM3
4. Caramel                    RM3
5. Air Buah                    RM4

Total Perbelanjaan : RM22.50

Hmm banyak jugak belanja harini, tp lauk sikit je.. xpelaa yg penting aku dpt mkn dgn berselera kali ni, ameenn. Lepas berbuka perut aku kembali meragam. pedih semacam la plak, ingat nk g terawih, nampak gayenye abg sorang je la g terawih, perut aku xberapa sihat ni, agaknye makan daging banyak sngt kot.. aaddooiiii ade2 je nk sakit perutla, muntah2 la, pening kepala laa.. aaaarrrggg ape ni xseronoknye..

8 Ramadhan

Harini keadaan badan semakin ok. aku ke bank rakyat, monitor simpanan aku kt situ, huhuhu macam2 hal baru je sembang dlm kete td, da kene betoi2.. xpela sabo jela.. lepas ke bank rakyat hubby hantar aku balik, dia nk masuk opis. lepas kul 4 ptg aku ajak hubby ke perodua mergong berkenaan kete aku yg kene langgar 1st ramadhan haritu. nk kene claim insurance lg la nampaknye. xkuase aku nk bayar pakai cash. no more extra money. dala hutang aku banyak xberbayar 2 bulan ni. harap2 nnt da masuk kerje nnt dapatla aku settlekan segala hutang yg tertunggak.

Lepas g  ke perodua aku ke bazar stadium lg. ehehehe.. kali ni, aku xtau nk beli ape utk berbuka, pusing2 jeladulu tengok mane yg berkenan.. sambil2 pusing hubby suh beli roti jala kari daging. aku xbape tertarik pun ngan roti jala tu, xpela beli la jugak 1 set. pusing2 lg, nampak air buah, hmm nk beli air appal hijau la harini.. ehehehe.. best plak cuci mate awal2 ni, org masih xramai .. karipap kegemaran xlupe dibeli.. mmg best karipap ayam dia.. yummy2 mmg betoi2 membuka selera berbuka aku..

Bazar Stadium

1. Karipap                   RM2
2. Roti Jala                  RM2
3. Air Apple                RM2
4. Udang Merah           RM2
5. Keli Goreng            RM3
6. Buah apple 3 biji    RM2

Total perbelanjaan : RM13.00. harini mmg plan nk makan sikit je, nk tengok camne. besenya kitorang berbuka dengan kuih2 dulu. lepas tu solat marghib, lepas solat baru makan nasi. sekali lepas makan nasi perut aku da mule meragam. Ya Allah aku nk g terawih ni, da niat da mlm ni nk g jugak, da 2 hari xg terawih ni. hmm badan tetiba rase panas yg amat. hubby pun x g terawih coz aku rs mmg xlarat sngt, kepala pening lg.. hubby basahkan towel buat balut badan aku yg tetiba panas macam duk kt bara api.. aku tido berselimutkan kain batik lepas je semalaman.. aku bangun kul 4.30 mandi2 n solat isya' lepas tu solat tahajjud. lepas mandi badan baru terasa lebey baik.. harap2 puase aku harini  baik2 aje..

9 Ramadhan

Harini aku ade medical check up dgn Doc. Muzammil. pagi tadi kul 10 aku ke klinik tentera di kepala batas. Doc suh amik darah n urine, adeeehh setiap kali dtg mesti kene amik darah n urine test, xfaham betoi aku, tang amik urine tu ok lg laa, tang nk kene cucuk tu yg xtahan tu, adooiii laa sakit tu, kali ni atendan yg amik darah tu silap cucuk la plak, xkene salur darah aku, dah kene cucuk 2x, adeehh sakit bukan main urat aku ni, dia ingat sedaapp ke kene cucuk.. ape laa.. puasa sngt sampai nk amik darah pun da mamaii.. aaiiissshh..


Sampai plak bilik doc dia ckp mengikut keputusan darah & urine test aku ni, badan aku dehydrate. hmm patutla rase lemah semacam seminggu ni, badan kurang air rupenya.. doc suh ke sultanah bahiyyah plak, suh jumpe pakar sakit puan. katenye bahaya klu badan da dehydrate, aku boleh keguguran. rase mcm da minum air masak banyak da, da naik sebu perut aku, skali boleh plak doc ckp xckup air, xfaham toi aku..

berbuka pose harini xpayah susah2 nk beli lauk coz ade jemputan makan kt Hotel Sentosa. AIROD buat jamuan berbuka puasa. lebey kurang kul 5.30 aku da siap2 ajak hubby ke tesco dulu, aku nk beli oren, appel hijau, pisang n carrot utk buah air buah. Nnt xpayah beli air buah da. lg pun kt bilik tu semua da ade, blender da ade, pengisar buah pun ade, so better aku buat sendiri je, lg sedaapp.. yummy.. lepas shooping kt Tesco kitorang terus ke Hotel Sentosa. banyak jugak makanan, macam2 ade udang butter, kambing, ayam bakar, sotong, ape segala kerabu.. pendek kate aku mmg xleh nk makan banyak2 pun, so makan jela mane yg mampu, kang ade sat agi termuntah..

Lepas siap makan, aku ingat nk g terawih mlm ni, coz aku da bernazar klu aku sihat n xde pepe halangan aku nk g solat terawih. hmm alhamdulillah walaupun terlambat skit sampai masjid kepala batas tu, sempat jugakla aku buat 16 rakaat ehehehe.. banyak la plak aku buat.. sian ade org tu tunggu kt luar kene gigit nyamuk.. sorry.. ehehehe..

Balik bilik tengok TV sat pastu tido.. Esok nk bangun sahur..


10 Ramdahan

Harini Hubby ke Langkawi, settlekan masalh di mahkamah langkawi, gile xpasal2 aku punyer lesen kene gantung, huh JPJ yg membosankan. siap kene denda siool je, mmg angin habis .. sabo la nk wat camne sendiri cari pasal.. hmm..

hubby g sendiri je, aku xlarat nk ikut skali, pagi2 tadi dah kasi hubby makan ubat supaya dia sihat skit nk travel jauh2.. thanks syg kerana slalu membatu memudahkan segala urusan hidupku dengan ikhlas tanpa sebarang rungutan pun.. semoga Allah sentiasa membantumu dlm segala urusan hidup yg sukar.. ameen.

Lebey kurang kul 3.45 ptg hubby da sampai jetty Kuala Kedah, kirimkan roti jala & karipap stadium yg sedaapp yummy.. klu sehari xbeli karipap tu mmg xsah.. :)) ... jam 5.30 baru hubby sampai bilik, bukan main seronok dia dapat mengayat hakim tu, katenya sebab dia pandai ayatla, last2 dapat kurang denda, klu x kene saman 2000.. huhuhu yerlaa.. syg mmg pandai, xpayah ayat pun tgk muke je sume org da kesian..  ehehehe.. whatever thanks dear.. muahahaa

harini berbuka xmakan nasi pun.. malas nk makan, setiap kali makan asyik sakit pewwuut je.. harap boleh g terawih dengan aman mlm ni..

11 Ramadhan

Berbuka harini xmasak nasi, makan nasi siap je, harini aku ke bazar kt tesco stargate, jauh skit, coz tadi aku ke bank persatuan, so terus je ke bazar situ. Hmmm aku da terbatal pose harini, coz td da kene masukkan sesuatu dlm badan mase kt Sultanah Bahiyyah, so redha jelaa.. eheehe.. ape lg sampai je bilik terus aku teguk air n makan kek pisang, huhuhu sedaapppnye.. aku berbuka awal, siaan abg kene berbuka sesorang..

Tadi kt Bazar ramadhan, kitorang beli nasi lemak, mee goreng basah, nasi dagang, roti john and ayam percik .. aku da sapu nasi lemak n mee goreng awal2 lg da.. kihkihkih.. nasib badan la, aku da lapar gile.. :))  time berbuka plak kacau abg makan nasi dagang plak.. ehehe .. hmm sedaap jugak nasi dagang mak cik ni, boleh beli plak len kali.. :))

Siap2 makan, kitorang bersiap2 nk ke masjid untuk terawih..





Persediaan Ibu Sebelum Bersalin

Sewaktu kandungan 6 bulan, Ibu sudah perlu membuat persediaan samada daripada segi mental, emosi dan fizikal. Kelengkapan-kelengkapan juga perlu disediakan sedikit demi sedikit sebelum kandungan mencecah 7 bulan. Mana tahu, kita bersalin masa 7 bulan kan. Lagi pula, kita sudah tak larat nak shopping banyak-banyak bila kandungan sudah sarat. Bukanlah nak tunjuk kita excited tapi ia satu keperluan supaya tidak nanti kita menyusahkan suami yang akibatnya menyusahkan kita juga..bukan begitu?.


Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang

1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;

2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;

3. Baju/blaus yang memudahkan Si Ibu untuk menyusukan anak dan ia mesti selesa untuk Si Ibu. T-Shirtpun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;

4. Produk kesihatan. Banyak di pasaran sekarang. Ia perlu di zaman moden ini kerana pantang zaman sekarang tidak seperti zaman dulu-dulu;

5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.

6. Khidmat Mengurut. Ini perkara wajib. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan.

7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;

8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;

9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Si Ibu sentiasa kemas dan terurus.

10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerjaj berat.

11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.

12. Batu tungku.

13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.

14. Katil bayi.

15. Diapers/Lampin Si Anak. 280 keping untukk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.

16. Tilam, bantal, selimut bayi.

17 Alatan mandi bayi. . Jadi elok mendapatkan alatan yang yang memang selalu diguna dalam jumlah yang banyak sekaligus. Maksudnya dalam botol besar. Bedak tak perlu beli dalam botol besar.

18. Pakaian Si Anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi sejauh mana kita yakin anak perempuan yang akan lahir nanti, betul tak?

19. Basin mandi Si Anak.


Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3
6. T-Shirt 3
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu

Persediaan Si Anak
Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.


1. Beg Bayi
2. Selimut ( 2 helai )
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak ( 1 helai)
6. Tuala basah (wet wipes 1 peket)
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (tin/peket kecil)
9. Minyak telon/ Yu yee (Beli sepeket terus kt Mydin coz mmg slalu gune)

Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kisah Nabi Noah Alaihissalam

Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pohon-pohon dan batu-batuan tampak tidak bergairah. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan hukum umum, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali terulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza.

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari keturunan kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr. Setelah kematian mereka, orang-orang membuat patung-patung dari mereka, dalam rangka menghormati mereka dan sebagai peringatan terhadap mereka.

Kemu­dian berlalulah waktu, lalu orang-orang yang memahat patung itu mati. Lalu datanglah anak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati, dan datanglah cucu-cucu mereka. Kemudian timbullah berbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia di mana disebutkan bahwa patung-patung itu memiliki kekuatan khusus.

Di sinilah iblis memanfaatkan kesempatan, dan ia membisikkan kepada manusia bahwa berhala-berhala tersebut adalah Tuhan yang dapat mendatangkan manfaat dan menolak bahaya sehingga akhirnya manusia menyembah berhala-berhala itu. Kami tidak mengetahui sumber yang berkenaan dengan bagaimana bentuk kehidupan ketika penyembahan terhadap berhala dimulai di bumi, namun kami mengetahui hukum umum yang tidak pernah berubah ketika manusia mulai cenderung kepada syirik.

Dalam situasi seperti itu, kejahatan akan memenuhi bumi dan akal manusia akan kalah, serta akan meningkatnya kezaliman dan banyaknya orang-orang yang teraniaya. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Akhirnya kehidupan manusia semuanya akan berubah menjadi neraka Jahim. Situasi demikian ini pasti terjadi ketika manusia menyembah selain Allah SWT, baik yang disembah itu berhala dari batu, anak sapi dari emas, penguasa dari manusia, sistem dari berbagai sistem, mazhab dari berbagai mazhab, atau kuburan seorang wali.

Sebab satu-satunya yang menjamin persamaan di antara manusia adalah, saat mereka hanya menyembah Allah SWT dan saat Dia diakui sebagai Pencipta mereka dan yang membuat undang-undang bagi mereka. Penyembahan kepada selain Allah SWT bukan hanya sebagai sebuah tragedi yang dapat menghilangkan kebebasan, namun pengaruh buruknya dapat mengheret akal manusia kelembah kesesatan dan dapat mengotorinya. Sebab, Allah SWT menciptakan manusia agar dapat mengenal-Nya dan menjadikan akalnya sebagai permata yang bertujuan untuk memperoleh ilmu. Dan ilmu yang paling penting adalah kesedaran bahwa Allah SWT semata sebagai Pencipta, dan selain-Nya adalah makhluk. Ini adalah faktor penting dan dasar pertama yang harus ada sehingga manusia menjadi khalifah di muka bumi.

Ketika akal manusia kehilangan potensinya dan berpaling ke selain Allah SWT maka manusia akan tertimpa kesalahan. Terkadang seseorang mengalami kemajuan secara material karena ia berhasil melalui jalan-jalan kemajuan, meskipun ia tidak beriman kepada Allah SWT, namun kemajuan material ini yang tidak disertai dengan pengenalan kepada Allah SWT akan menjadi siksa yang lebih keras daripada siksaan apa pun, karena ia pada akhirnya akan menghancurkan manusia itu sendiri.

Ketika manusia menyembah selain Allah SWT maka akan meningkatlah penderitaan kehidupan dan kefakiran manusia. Terdapat hubungan kuat antara kehinaan manusia dan kefakiran mereka, serta tidak berimannya mereka kepada Allah. Allah SWT berfirman:

“Seandainya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. ” (QS. al-A’raf: 96)

Demikianlah, bahwa kufur kepada Allah SWT atau syirik kepada-Nya akan menyebabkan hilangnya kebebasan dan hancurnya akal serta meningkatnya kefakiran, serta kosongnya kehidupan dari tujuan yang mulia.

Dalam situasi seperti ini, Allah SWT mengutus Nuh untuk membawa ajaran-Nya kepada kaumnya. Nabi Nuh adalah seorang hamba yang akalnya tidak terpengaruh oleh polusi kolektif, yang menyembah selain Allah SWT. Allah SWT memilih hamba-Nya Nuh dan mengutusnya di tengah-tengah kaumnya.
Nuh membuat revolusi pemikiran. Ia berada di puncak kemuliaan dan kecerdasan. Ia merupakan manusia terbesar di zamannya. Ia bukan seorang raja di tengah-tengah kaumnya, bukan penguasa mereka, dan bukan juga orang yang paling kaya di antara mereka.

Kita mengetahui bahwa kebesaran tidak selalu berhubungan dengan kerajaan, kekayaan, dan kekuasaan. Tiga hal tersebut biasanya dimiliki oleh jiwa-jiwa yang hina. Namun kebesaran terletak pada kebersihan hati, kesucian nurani, dan kemampuan akal untuk mengubah kehidupan di sekitarnya. Nabi Nuh memiliki semua itu, bahkan lebih dari itu. Nabi Nuh adalah manusia yang mengingat dengan baik perjanjian Allah SWT dengan Nabi Adam dan anak-anaknya, ketika Dia menciptakan mereka di alam atom. Berdasarkan fitrah, ia beriman kepada Allah SWT sebelum pengutusannya pada manusia.

Dan semua nabi beriman kepada Allah SWT sebe­lum mereka diutus. Di antara mereka ada yang “mencari” Allah SWT seperti Nabi Ibrahim, ada juga di antara mereka yang beriman kepada-Nya dari lubuk hati yang paling dalam, seperti Nabi Musa, dan di antara mereka juga ada yang beribadah kepada-Nya dan menyendiri di gua Hira, seperti Nabi Muhammad saw.

Terdapat sebab lain berkenaan dengan kebesaran Nabi Nuh. Ketika ia bangun, tidur, makan, minum, atau mengenakan pakaian, masuk atau keluar, ia selalu bersyukur kepada Allah SWT dan memuji-Nya, serta mengingat nikmat-Nya dan selalu bersyukur kepada-Nya. Oleh karena itu, Allah SWT berkata tentang Nuh:

“Sesungguhnya dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.” (QS. al-Isra’: 3)

Allah SWT memilih hamba-Nya yang bersyukur dan mengutusnya sebagai nabi pada kaumnya. Nabi Nuh keluar menuju kaumnya dan memulai dakwahnya:

“Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar. ” (QS. al-A’raf: 59)

Dengan kalimat yang singkat tersebut, Nabi Nuh meletakkan hakikat ketuhanan kepada kaumnya dan hakikat hari kebangkitan. Di sana hanya ada satu Pencipta yang berhak disembah. Di sana terdapat kematian, kemudian kebangkitan kemudian hari kiamat. Hari yang besar yang di dalamnya terdapat siksaan yang besar.

Nabi Nuh menjelaskan kepada kaumnya bahwa mustahil terdapat selain Allah Yang Maha Esa sebagai Pencipta. Ia memberikan pengertian kepada mereka, bahwa setan telah lama menipu mereka dan telah tiba waktunya untuk menghentikan tipuan ini. Nuh menyampaikan kepada mereka, bahwa Allah SWT telah memuliakan manusia: Dia telah menciptakan mereka, memberi mereka rezeki, dan menganugerahi akal kepada mereka. Manusia mendengarkan dakwahnya dengan penuh kekhusukan. Dakwah Nabi Nuh cukup mengguncangkan jiwa mereka. Laksana tembok yang akan roboh yang saat itu di situ ada seorang yang tertidur dan seseorang meng-goyang2kan tubuhnya agar ia bangun.

Akar-akar kejahatan yang ada di bumi mendengar dan merasakan ketakutan. Pilar-pilar kebencian terancam dengan cinta ini yang dibawa oleh Nabi Nuh. Setelah mendengar dakwah Nabi Nuh, kaumnya terpecah menjadi dua kelompok: Kelompok orang-orang lemah, orang-orang fakir, dan orang-orang yang menderita, di mana mereka merasa dilindungi dengan dakwah Nabi Nuh, sedangkan kelompok yang kedua adalah kelompok orang-orang kaya, orang-orang kuat, dan para penguasa di mana mereka menghadapi dakwah Nabi Nuh dengan penuh keraguan.

Bahkan ketika mereka mempunyai kesempatan, mereka mulai melancarkan serangan untuk melawan Nabi Nuh. Mula-mula mereka menuduh bahwa Nabi Nuh adalah manusia biasa seperti mereka:
“Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya:

‘Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami.’” (QS. Hud: 27)

Dalam tafsir al-Quturbi disebutkan: “Masyarakat yang menentang dakwahnya adalah para pembesar dari kaumnya. Mereka dikatakan al-Mala’ karena mereka seringkali berkata. Misalnya mereka berkata kepada Nabi Nuh: “Wahai Nuh, engkau adalah manusia biasa.” Padahal Nabi Nuh juga mengatakan bahwa ia memang manusia biasa. Allah SWT mengutus seorang rasul dari manusia ke bumi karena bumi dihuni oleh manusia. Seandainya bumi dihuni oleh para malaikat niscaya Allah SWT mengutus seorang rasul dari malaikat.

Berlanjutlah peperangan antara orang-orang kafir dan Nabi Nuh. Mula-mula, rejim penguasa menganggap bahwa dakwah Nabi Nuh akan mati dengan sendirinya, namun ketika mereka melihat bahwa dakwahnya menarik perhatian orang-orang fakir, orang-orang lemah, dan pekerja-pekerja sederhana, mereka mulai menyerang Nabi Nuh dari sisi ini. Mereka menyerangnya melalui pengikutnya dan mereka berkata kepadanya: “Tiada yang mengikutimu selain orang-orang fakir dan orang-orang lemah serta orang-orang hina.”

Allah SWT berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata): ‘Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesung­guhnya aku khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan. Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: ‘Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikutimu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang berdusta. ” (QS. Hud: 25-27)

Demikianlah telah berkecamuk pertarungan antara Nabi Nuh dan para bangsawan dari kaumnya. Orang-orang yang kafir itu menggunakan dalih persamaan dan mereka berkata kepada Nabi Nuh: “Dengarkan wahai Nuh, jika engkau ingin kami beriman kepadamu maka usirlah orang-orang yang beriman kepadamu. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang lemah dan orang-orang yang fakir, sementara kami adalah kaum bangsawan dan orang-orang kaya di antara mereka. Dan mustahil engkau menggabungkan kami bersama mereka dalam satu dakwah.”

Nabi Nuh mendengarkan apa yang dikatakan oleh orang-orang kafir dari kaumnya. la mengetahui bahwa mereka menentang. Meskipun demikian, ia menjawabnya dengan baik. Ia memberitahukan kepada kaumnya bahwa ia tidak dapat mengusir orang-orang mukmin, karena mereka bukanlah tamu-tamunya namun mereka adalah tamu-tamu Allah SWT. Rahmat bukan terletak dalam rumahnya di mana masuk di dalamnya orang-orang yang dikehendakinya dan terusir darinya orang-orang yang dikehendakinya, tetapi rahmat terletak dalam rumah Allah SWT di mana Dia menerima siapa saja yang dikehendaki-Nya di dalamnya. Allah SWT berfirman:

“Berkata Nuh: ‘Hai kaumku, bagaimana pikiranmu, jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberinya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya? Dan (dia berkata): ‘Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui.’

Dan (dia berkata): ‘Hai kaumku, siapakah yang dapat menolongku dari (azab) Allah jika aku mengusir mereka. Maka tidakkan kamu mengambil pelajaran?’ Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahwa): ‘Aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tidak mengetahui hal yang gaib, dan tidak pula aku mengatakan: ‘Sesungguhnya aku adalah malaikat,’ dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu: ‘Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui apa yang ada pada mereka. Sesungguhnya aku kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim.’” (QS. Hud: 28-31)

Nuh mematahkan semua argumentasi orang-orang kafir dengan logika para nabi yang mulia. Yaitu, logika pemikiran yang sunyi dari kesombongan pribadi dan kepentingan-kepentingan khusus. Nabi Nuh berkata kepada mereka bahwa Allah SWT telah memberinya agama, kenabian, dan rahmat. Sedangkan mereka tidak melihat apa yang diberikan Allah SWT kepadanya. Selanjutnya, ia tidak memaksakan mereka untuk mempercayai apa yang disampaikannya saat mereka membenci. Kalimat tauhid (tiada Tuhan selain Allah) tidak dapat dipaksakan atas seseorang. Ia memberitahukan kepada mereka bahwa ia tidak meminta imbalan dari mereka atas dakwahnya. Ia tidak meminta harta dari mereka sehingga memberatkan mereka.

Sesungguhnya ia hanya mengharapkan pahala (imbalan) dari Allah SWT. Allahlah yang memberi pahala kepadanya. Nabi Nuh menerangkan kepada mereka bahwa ia tidak dapat mengusir orang-orang yang beriman kepada Allah SWT. Meskipun sebagai Nabi, ia memiliki keterbatasan dan keterbatasan itu adalah tidak diberikannya hak baginya untuk mengusir orang-orang yang beriman karena dua alasan. Bahwa mereka akan bertemu dengan Alllah SWT dalam keadaan beriman kepada-Nya, maka bagaimana ia akan mengusir orang yang beriman kepada Allah SWT, kemudian seandainya ia mengusir mereka, maka mereka akan menentangnya di hadapan Allah SWT. Ini berakibat pada pemberian pahala dari Allah SWT atas keimanan mereka dan balasan-Nya atas siapa pun yang mengusir mereka. Maka siapakah yang dapat menolong Nabi Nuh dari siksa Allah SWT seandainya ia mengusir me­reka?

Demikianlah Nabi Nuh menunjukkan bahwa permintaan kaumnya agar ia mengusir orang-orang mukmin adalah tindakan bodoh dari mereka. Nabi Nuh kembali menyatakan bahwa ia tidak dapat melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya, dan ia memberitahu mereka akan kerendahannya dan kepatuhannya kepada Allah SWT. Ia tidak dapat melakukan sesuatu yang merupakan bahagian dari kekuasaan Allah SWT, yaitu pemberian nikmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Ia tidak mengetahui ilmu gaib, karena ilmu gaib hanya khusus dimiliki oleh Allah SWT. Ia juga memberitahukan kepada mereka bahwa ia bukan seorang raja, yakni kedudukannya bukan seperti kedudukan para malaikat. Sebagian ulama berargumentasi dari ayat ini bahwa para malaikat lebih utama dari pada para nabi (silakan melihat tafsir Qurthubi).

Nabi Nuh berkata kepada mereka: “Sesungguhnya orang-orang yang kalian pandang sebelah mata, dan kalian hina dari orang-orang mukmin yang kalian remehkan itu, sesungguhnya pahala mereka itu tidak sirna dan tidak berkurang dengan adanya penghinaan kalian terhadap mereka. Sungguh Allah SWT lebih tahu terhadap apa yang ada dalam diri mereka. Dialah yang membalas amal mereka. Sungguh aku telah menganiaya diriku sendiri seandainya aku mengatakan bahwa Allah tidak memberikan kebaikan kepada mereka.”

Kemudian rejim penguasa mulai bosan dengan debat ini yang disampaikan oleh Nabi Nuh. Allah SWT menceritakan sikap mereka terhadap Nabi Nuh dalam flrman-Nya:

“Mereka berkata: ‘Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.’ Nuh menjawab: ‘Hanyalah Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri. Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. ” (QS. Hud: 32-34)

Nabi Nuh menambahkan bahwa mereka tersesat dari jalan Allah SWT. Allahlah yang menjadi sebab terjadinya segala sesuatu, namun mereka memperoleh kesesatan disebabkan oleh ikhtiar mereka dan kebebasan mereka serta keinginan mereka.

Dahulu iblis berkata:
“Karena Engkau telah menghukum saya tersesat…” (QS. al-A’raf: 16)

Secara zahir tampak bahwa makna ungkapan itu berarti Allahlah yang menyesatkannya, padahal hakikatnya adalah bahwa Allah SWT telah memberinya kebebasan dan kemudian Dia akan meminta pertanggungjawabannya. Kita tidak sependapat dengan pandangan al-Qadhariyah, al-Mu’tazilah, dan Imamiyah.

Mereka berpendapat bahwa keinginan manusia cukup sebagai kekuatan untuk melakukan perbuatannya, baik berupa ketaatan maupun kemaksiatan. Karena bagi mereka, manusia adalah pencipta per­buatannya. Dalam hal itu, ia tidak membutuhkan Tuhannya. Kami tidak mengambil pendapat mereka secara mutlak. Kami berpen­dapat bahwa manusia memang menciptakan perbuatannya namun ia membutuhkan bantuan Tuhannya dalam melakukannya.

Akibatnya, Allah SWT mengerahkan setiap makhluk sesuai dengan arah penciptaannya, baik pengarahann itu menuju kebaikan atau keburukan. Ini termasuk kebebasan sepenuhnya. Manusia memilih dengan kebebasannya kemudian Allah SWT mengerahkan jalan menuju pilihannya itu. Iblis memilih jalan kesesatan maka Allah SWT mengerahkan jalan kesesatan itu padanya, sedangkan orang-orang kafir dari kaum Nabi Nuh memilih jalan yang sama maka Allah pun mengerahkan jalan itu pada mereka.
Peperangan pun berlanjut, dan perdebatan antara orang-orang kafir dan Nabi Nuh semakin melebar, sehingga ketika argumentasi-argumentasi mereka terpatahkan dan mereka tidak dapat mengatakan sesuatu yang pantas, mereka mulai keluar dari batas-batas adab dan berani mengejek Nabi Allah.

“Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata: ‘Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata.” (QS. al-A’raf: 60)

Nabi Nuh menjawab dengan menggunakan sopan-santun para nabi yang agung. “Nuh menjawab:

‘Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. al-A’raf: 61-62)

Nabi Nuh tetap melanjutkan dakwah di tengah-tengah kaumnya, waktu demi waktu, hari demi hari, dan tahun demi tahun. Berlalulah masa yang panjang itu, namun Nabi Nuh tetap menga­jak kaumnya. Nabi Nuh berdakwah kepada mereka siang malam, dengan sembunyi-sembunyi dan terang-terangan, bahkan ia pun memberikan contoh-contoh pada mereka. Ia menjelaskan kepada mereka tanda-tanda kebesaran Allah SWT dan kekuasaan-Nya di dunia. Namun setiap kali ia mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT, mereka lari darinya, dan setiap kali ia mengajak mereka agar Allah SWT mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka di telinga-telinga mereka dan mereka menampakkan kesombongan di depan kebenaran. Allah SWT menceritakan apa yang dialami oleh Nabi Nuh dalam firman-Nya:

“Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan keterlaluan. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mere­ka dengan cara yang terang-terangan, kemudian aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan dan dengan diam-diam, maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesung­guhnya Dia adalah Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.’” (QS. Nuh: 5-12)

“Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Mereka telah melakukan tipu-daya yang amat besar.

Dan mereka berkata: ‘Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali meninggalkan (pen­yembahan) wadd, suwa, yaghuts, yauq, dan nasr. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim itu selain kesesatan,’” (QS. Nuh: 21-24)

Nuh tetap melanjutkan dakwah di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun. Allah SWT berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. ” (QS. aPAnkabut: 14)

Sayangnya, jumlah kaum mukmin tidak bertambah sedangkan jumlah kaum kafir justru bertambah. Nabi Nuh sangat sedih namun ia tidak sampai kehilangan harapan. la senantiasa mengajak kaumnya dan berdebat dengan mereka. Namun kaumnya selalu menghadapinya dengan kesombongan, kekufuran, dan penentangan. Nabi Nuh sangat bersedih terhadap kaumnya namun ia tidak sampai berputus asa. la tetap menjaga harapan selama 950 tahun.

Nampak bahwa usia manusia sebelum datangnya taufan cukup panjang. Dan barangkali usia panjang bagi Nabi Nuh merupakan mukjizat khusus baginya. Datanglah hari di mana Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh bahwa orang-orang yang beriman dari kaumnya tidak akan bertambah lagi. Allah SWT mewahyukan kepadanya agar ia tidak bersedih atas tindakan mereka. Maka pada saat itu, Nabi Nuh berdoa agar orang-orang kafir dihancurkan. la berkata:

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.” (QS. Nuh: 26)

Nabi Nuh membenarkan doanya dengan alasan:
“Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, niscaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat dan kafir. ” (QS. Nuh: 27)

Allah SWT berfirman dalam surah Hud:
“Dan diwahyukan kepada Nuh, bahwasannya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang-orang yang telah beriman saja, karena itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang lalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. (QS. Hud: 36-37)

Kemudian Allah SWT menetapkan hukum-Nya atas orang-orang kafir, yaitu datangnya angin taufan. Allah SWT memberitahu Nuh, bahwa ia akan membuat perahu ini dengan “pengawasan Kami dan wahyu kami,” yakni dengan ilmu Allah SWT dan pengajaran-Nya, serta sesuai dengan pengarahan-Nya dan bantuan para malaikat.

Allah SWT menetapkan perintah-Nya kepada Nuh:
“Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. (QS. Hud: 37)
Allah SWT menenggelamkan orang-orang yang zalim, apa pun kedudukan mereka dan apa pun kedekatan mereka dengan Nabi. Allah SWT melarang Nabi-Nya untuk berdialog dengan mereka atau menengahi urusan mereka. Nabi Nuh mulai menanam pohon untuk membuat perahu darinya. Ia menunggu beberapa tahun, kemudian ia memotong apa yang ditanamnya dan mulai merakitnya. Akhirnya, jadilah perahu yang besar, yang tinggi, dan kuat.

Para mufasirin berbeza pendapat tentang besarnya perahu itu, bentuknya, masa pembuatannya, tempat pembuatannya dan lain-lain. Berkenaan dengan hal tersebut Fakhrur Razi berkata: “Ketahuilah bahwa pembahasan ini tidak menarik bagiku karena ia merupakan hal-hal yang tidak perlu diketahuinya. Saya kira mengetahui hal tersebut hanya mendatangkan manfaat yang sedikit.” Mudah-mudahan Allah SWT merahmati Fakhrur Razi yang menyatakan kebenaran dengan kalimatnya itu.

Kita tidak mengetahui hakikat perahu ini, kecuali apa yang telah Allah SWT ceritakan kepada kita tentang hal itu. Misalnya, kita tidak mengetahui dimana ia dibuat, berapa panjangnya atau lebarnya, dan kita secara pasti tidak mengetahui selain tempat yang ditujunya setelah ia berlabuh.
Allah SWT tidak memberikan keterangan secara detail berkenaan dengan hal tersebut yang tidak memberikan kepentingan pada kandungan cerita dan tujuannya yang penting. Nabi Nuh mulai membangun perahu, lalu orang-orang kafir lewat di depannya saat ia dalam keadaan serius membuat perahu. Saat itu, cuaca atau udara sangat kering, dan di sana tidak terdapat sungai atau laut yang dekat. Bagaimana perahu ini akan berlayar wahai Nuh? Apakah ia akan berlayar di atas tanah? Di manakah air yang memungkinkan bagi perahumu untuk belayar? Sungguh Nuh telah gila! Orang-orang kafir semakin tertawa terbahak-bahak dan semakin mengejek Nabi Nuh.

Puncak pertentangan dalam kisah Nabi Nuh tampak dalam masa ini. Kebatilan mengejek kebenaran dan cukup lama menertawakan kebenaran. Mereka menganggap bahwa dunia adalah milik mereka dan bahwa mereka akan selalu mendapatkan keamanan dan bahwa siksa tidak akan terjadi. Namun anggapan mereka itu tidak terbukti. Datangnya angin taufan menjungkirbalikkan semua perkiraan mereka. Saat itu, orang-orang mukmin mengejek balik orang-orang kafir dan ejekan mereka adalah kebenaran.

Allah SWT berfirman:
“Dan mulailah Nuh membuat bahtera itu. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh: ‘Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) akan mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakan dan yang akan ditimpa azab yang kekal.” (QS. Hud: 38-39)

Selesailah pembuatan perahu dan duduk menunggu perintah Allah SWT. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh bahwa jika ada yang mempunyai dapur, maka ini sebagai tanda dimulainya angin taufan. Di sebutkan bahwa tafsiran dari at-Tannur ialah oven (alat untuk memanggang roti) yang ada di dalam rumah Nabi Nuh. Jika keluar darinya air dan ia lari maka itu merupakan perintah bagi Nabi Nuh untuk bergerak. Maka pada suatu hari tannur itu mulai menunjukkan tanda-tandanya dari dalam rumah Nabi Nuh, lalu Nabi Nuh segera membuka perahunya dan mengajak orang-orang mukmin untuk menaikinya. Jibril turun ke bumi. Nabi Nuh membawa burung, binatang buas, binatang yang berpasang-pasangan, sapi, gajah, semut, dan lain-lain. Dalam perahu itu, Nabi Nuh telah membuat kandang binatang buas.

Jibril menggiring setiap dua binatang yang berpasangan agar setiap spesies binatang tidak punah dari muka bumi. Ini berarti bahwa angin taufan telah menenggelamkan bumi semuanya, kalau tidak demikian maka buat apa ia harus mengangkut jenis binatang-binatang itu. Binatang-binatang mulai menaiki perahu itu beserta orang-orang yang beriman dari kaumnya. Jumlah orang-orang mukmin sangat sedikit.

Allah SWT berfirman:
“Hingga apabila perintah Kami datang dan tannur telah memancarkan air, Kami berfirman: ‘Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkanlah pula) orang-orang yang beriman.’ Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit. ” (QS. Hud: 40)

Istri Nabi Nuh tidak beriman kepadanya sehingga ia tidak ikut menaiki perahu, dan salah satu anaknya menyembunyikan kekafirannya dengan menampakkan keimanan di depan Nabi Nuh, dan ia pun tidak ikut menaikinya. Majoriti manusia saat itu tidak ber­iman sehingga mereka tidak turut berlayar. Hanya orang-orang mukmin yang mengarungi lautan bersamanya. Ibnu Abbas berkata: “Terdapat lapan puluh orang dari kaum Nabi Nuh yang beriman kepadanya.”

Air mulai meninggi yang keluar dari celah-celah bumi. Tiada satu celah pun di bumi kecuali keluar air darinya. Sementara dari langit turunlah hujan yang sangat deras yang belum pernah turun hujan dengan curah seperti itu di bumi, dan tidak akan ada hujan seperti itu sesudahnya. Lautan semakin bergolak dan ombaknya menerpa apa saja dan menyapu bumi. Perut bumi bergerak dengan gerakan yang tidak wajar sehingga bola bumi untuk pertama kalinya tenggelam dalam air sehingga ia menjadi bola air.

Allah SWT berfirman:
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku. (QS. al-Qamar: 11-13)

Air meninggi di atas kepala manusia, dan ia melampaui ketinggian pohon, bahkan puncak gunung. Akhirnya, permukaan bumi diselimuti dengan air. Ketika mula-mula datang tuafan, Nabi Nuh memanggil-manggil putranya. Putranya itu berdiri agak jauh dari­nya. Nabi Nuh memanggilnya dan berkata:
“Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.” (QS. Hud: 42)

Anak itu menjawab ajakan ayahnya:
“Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah.” (QS. Hud: 43)
Nabi Nuh kembali menyerunya:
“Tidak add yang melindungi hari ini dari azab Allah selain orang yang dirahmati-Nya. ” (QS. Hud: 43)
Selesailah dialog antara Nabi Nuh dan anaknya.
“Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan. ” (QS. Hud: 43)

Perhatikanlah ungkapan AI-Qur’an al-Karim: Dan gelombang men­jadi penghalang antara keduanya. Ombak tiba-tiba mengakhiri dia­log mereka. Nabi Nuh mencari, namun ia tidak mendapati anak­nya. Ia tidak menemukan selain gunung ombak yang semakin meninggi dan meninggi bersama perahu itu. Nabi Nuh tidak dapat melihat segala sesuatu selain air. Allah SWT berkehendak—sebagai rahmat dari-Nya—untuk menenggelamkan si anak jauh dari penglihatan si ayah. Inilah kasih sayang Allah SWT terhadap si ayah.

Anak Nabi Nuh mengira bahwa gunung akan mencegahnya dari kejaran air namun ia pun terkejar dan tenggelam. Angin topan terus berlanjut dan terus membawa perahu Nabi Nuh. Setelah berlalu beberapa saat, pemandangan tertuju kepada bumi yang telah musnah sehingga tiada kehidupan kecuali sebagian kayu yang darinya Nabi Nuh membuat perahu di mana ia menyelamatkan orang-orang mukmin, begitu juga berbagai binatang yang ikut bersama mereka. Adalah hal yang sulit bagi kita untuk membayangkan kedahsyatan taufan itu. Yang jelas, ia menunjukkan kekuasaan Pencipta. Perahu itu berlayar dengan mereka dalam ombak yang laksana gunung. Sebagian ilmuwan meyakini bahwa terpisahnya beberapa benua dan terbentuknya bumi dalam rupa seperti sekarang adalah sebagai akibat dari topan yang dahulu.

Taufan yang dialami oleh Nabi Nuh terus berlanjut dalam beber­apa zaman di mana kita tidak dapat mengetahui batasnya. Kemudian datanglah perintah Ilahi agar langit menghentikan hujannya dan agar bumi tetap tenang dan menelan air itu, dan agar kayu-kayu perahu berlabuh di al-Judi, yaitu nama suatu tempat di zaman dahulu. Ada yang mengatakan bahwa ia adalah gunung yang terletak di Iraq. Dengan datangnya perintah Ilahi, bumi kembali menjadi tenang dan air menjadi surut. Topan telah menyucikan bumi dan membasuhnya.

Allah SWT berfirman:
“Dan difirmankan: ‘Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah,’ dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit judi. Dan dikatakan: ‘Binasalah orang-orang yang zalim. ” (QS. Hud: 44)

Dan air pun disurutkan, yakni air berkurang dan kembali ke celah-celah bumi. Segala urusan telah diputuskan dan orang-orang kafir telah hancur sepenuhnya. Dikatakan bahwa Allah SWT me-mandulkan rahim-rahim wanita selama empat puluh tahun sebelum datangnya taufan, karena itu tidak ada yang terbunuh seorang anak bayi atau anak kecil.

Firman-Nya: Dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit judi, yakni ia berlabuh di atasnya. Di sebutkan bahwa hari itu bertepatan dengan hari Asyura’ (hari kesepuluh dari bulan Muharam). Lalu Nabi Nuh berpuasa dan memerintahkan orang-orang yang bersamanya untuk berpuasa juga.

Dikatakan: ‘Binasalah orang-orang yang zalim, ‘yakni kehancuran bagi mereka. Taufan menyucikan bumi dari mereka dan membersihkannya. Lenyaplah peristiwa yang mengerikan dengan lenyapnya taufan. Dan berpindahlah pergulatan dari ombak ke jiwa Nabi Nuh. Ia mengingat anaknya yang tenggelam. Nabi Nuh tidak mengetahui saat itu bahwa anaknya menjadi kafir. Ia menganggap bahwa anak­nya sebagai seorang mukmin yang memilih untuk menyelamatkan diri dengan cara berlindung kepada gunung. Namun ombak telah mengakhiri percakapan keduanya sebelum mereka menyelesaikannya. Nabi Nuh tidak mengetahui seberapa jauh bagian keimanan yang ada pada anaknya. Lalu bergeraklah naluri kasih sayang dalam hati sang ayah.

Allah SWT berfirman:
“Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya. ” (QS. Hud: 45)

Nuh ingin berkata kepada Allah SWT bahwa anaknya termasuk dari keluarganya yang beriman dan Dia menjanjikan untuk menye­lamatkan keluarganya yang beriman. Allah SWT berkata dan menjelaskan kepada Nuh keadaan sebenarnya yang ada pada anaknya:

“Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan). Sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu, janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.’” (QS. Hud: 46)

Al-Qurthubi berkata—menukil dari guru-gurunya dari kalangan ulama—ini adalah pendapat yang kami dukung: “Anaknya berada di sisinya (yakni bersama Nabi Nuh dan dalam dugaannya ia seorang mukmin). Nabi Nuh tidak berkata kepada Tuhannya: “Sesungguhnya anakku termasuk keluargaku,” kecuali karena ia memang menampakkan hal yang demikian kepadanya. Sebab, mustahil ia meminta kehancuran orang-orang kafir kemudian ia meminta agar sebagian mereka diselamatkan.”
Anaknya menyembunyikan kekufuran dan menampakkan keimanan. Lalu Allah SWT memberitahukan kepada Nuh ilmu gaib yang khusus dimiliki-Nya. Yakni Allah SWT memberitahunya keadaan sebenarnya dari anaknya. Allah SWT ketika menasihatinya agar jangan sampai ia menjadi orang-orang yang tidak mengerti. Dia ingin menghilangkan darinya anggapan bahwa anaknya beriman kemudian mati bersama orang-orang kafir.

Di sana terdapat pelajaran penting yang terkandung dalam ayat-ayat yang mulia itu, yang menceritakan kisah Nabi Nuh bersama anaknya. Allah SWT ingin berkata kepada Nabi-Nya yang mulia bahwa anaknya bukan termasuk keluarganya karena ia tidak beriman kepada Allah SWT. Hubungan darah bukanlah hubungan hakiki di antara manusia. Anak seorang nabi adalah anaknya yang meyakini akidah, yaitu mengikuti Allah SWT dan nabi, dan bukan anaknya yang menentangnya, meskipun berasal dari sulbinya.

Jika demikian seorang mukmin harus menghindar dari kekufuran. Dan di sini juga harus di teguhkan hubungan sesama akidah di antara orang-orang mukmin. Adalah tidak benar jika hubungan sesama mereka dibangun berdasarkan darah, ras, warna kulit, atau tempat tinggal.

Nabi Nuh memohon ampun kepada Tuhannya dan bertaubat kepada-Nya. Kemudian Allah SWT merahmatinya dan memerintahkannya untuk turun dari perahu dalam keadaan dipenuhi dengan keberkahan dari Allah SWT dan penjagaan-Nya:

“Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikatnya). Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh mbelas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi. ” (QS. Hud: 47)

“Difirmankan: ‘Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu.’” (QS. Hud: 48)

Nabi Nuh turun dari perahunya dan ia melepaskan burung-burung dan binatang-binatang buas sehingga mereka menyebar ke bumi. Setelah itu, orangorang mukmin juga turun. Nabi Nuh meletakkan dahinya ke atas tanah dan bersujud. Saat itu bumi masih basah karena pengaruh taufan. Nabi Nuh bangkit setelah salatnya dan menggali pondasi untuk membangun tempat ibadah yang agung bagi Allah SWT. Orang-orang yang selamat menyalakan api dan duduk-duduk di sekelilinginya. Menyalakan api sebelumnya di larang di dalam perahu karena dikhawatirkan api akan menyentuh kayu-kayunya dan membakarnya. Tak seorang pun di antara mereka yang memakan makanan yang hangat selama masa taufan.

Berlalulah hari puasa sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Al-Qur’an tidak lagi menceritakan kisah Nabi Nuh setelah taufan sehingga kita tidak mengetahui bagaimana peristiwa yang dialami Nabi Nuh bersama kaumnya. Yang kita ketahui atau yang perlu kita tegaskan bahwa Nabi Nuh mewasiatkan kepada putra-putranya saat ia meninggal agar mereka hanya menyembah Allah SWT.