Salam Syawal & selamat pagi, melihat kepada tren unjuran harga hartanah semasa pada penghujung tahun 2012 kebanyakan hartanah mewah & super duper High N semakin kurang mendapat sambutan. Manakala pasaran hartanah yg berharga di bawah 1 juta mulai menjadi tumpuan spekulator hartanah. Knp ini berlaku..?
Berdasar analisa yg dibuat, golongan yg mempunyai lebihan wang & para pelabur hartanah mulai beralih minat kepada pasaran hartanah golongan pertengahan atas, iaitu hartanah yg berharga antara 400k - 800k, spekulator ini menjadi pemain utama yg menentukan halatuju pasaran hartanah di Malaysia harini. Percaya atau tidak itu bergantung kepada para pemerhati & penganalisa pasaran hartanah semasa di Malaysia. Anda boleh melihat mana2 projek pembangunan perumahan yg mempunyai potensi seperti hartanah di Kajang, Bangi & Puchong kebayakan hartanah yg telah siap di bina tidak berpenghuni & kebanyakan mereka membeli adalah utk "Capital Gain". Hanya berapa % rumah yg di beli adalah benar2 utk di duduki..? Fikir-fikirkan & selamat beramal.. :)
Berdasar beberapa kajian & pemerhatian pasaran hartanah 2012. Antara tempat2 tumpuan yg akan mengalami ledakan harga hartanah ialah Shah Alam, Puchong, Bangi & Kajang. Di Shah Alam sekarang harga Hartanah Teres 2 tingkat telah mencecah 600k ++ di bahagian bandar & juga kawasan pembukaan bandar baru seperti Denai Alam, Puncak Perdana, Setia Alam @ Setia Ecopark, Alam Impian under development I&P & Naza TTDI. Klu beberapa tahun yg lepas, harga launching 2-storey terace 22x75 di U12 iaitu bersebelahan dgn sek 7 shah alam hanya berharga 250k - 350k namun setelah hampir 3 tahun berlalu transaksi hartanah di kawasan tersebut telah mencecah 500k - 850k. Ini berdasarkan kajian peningkatan harga hartanah semasa di kawasan Lembah Klang, yg telah dibuat & dibukukan oleh aku sendiri sebagai THESIS utk tahun terakhir semester pengajian Jurusan Hartanah, dan ia telah di sahkan sebagai harta Intelek UiTM.
Antara faktor yg mendorong kepada peningkatan hartanah semasa ialah kemudahan facility dari segi pengangkutan awam & juga kemajuan sesuatu kawasan yg dibangunkan oleh pihak kerajaan. Ini dapat dilihat secara jelas perubahan yg berlaku di kawasan Pusat Komersil sek 7 Shah Alam di mana 4 tahun lepas apartmen kedai di situ di jual dgn harga 75k - 90k namun tidak ramai pelabur & juga org persendirian dpt menjangkakan unjuran peningkatan hartanah itu akan meletop hingga mencecah 200k ++ dlm mase 3 tahun kemudian. Skrg klu anda berada disana, anda akan melihat pelbagai kemudahan awam, kedai2, toko membeli belah Jakel, restoran & sebagainya telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Faktor inilah yg menyumbang kepada peningkatan harga sesuatu hartanah secara Total.
melihat kepada tren yg sama akan berlaku di Bandar Baru Bangi & juga Kajang. Namun begitu beberapa faktor penting juga perlu di perhatikan seperti keadaan politik semasa, keadaan muka bumi seperti kejadian banjir besar, tanah runtuh & sebagainya. Melihat kepada minat pelabur & juga pemaju hartanah yg sekarang ini mule melihat potensi Bandar Kajang & juga Bangi adalah antara bandar yg akan mengalami ledakan hartanah mewah tidak kurang 4 -5 tahun akan dtg. Namun begitu pasaran hartanah di jangka akan mengalami sedikit penurunan untuk hartanah mewah yg berharga lebih 1 juta dan ke atas. namun bagi pasaran hartanah di bawah 1 juta tiada sebarang kejatuhan & kelembapan di jangkakan. Ini berdasarkan harga hartanah subsale yg di beli pada harga kurang 300k akan di jual pada pasaran terbuka dgn harga 400- 550k untuk 3 tahun akan dtg & para pelabur ini akan membuat belian hartanah mewah yg lebih bernilai tinggi antara 550 - 850k bergantung kepada tahap peningkatan ekonomi & juga syarat yg di tetapkankan oleh Bank Negara secara khusus.
Dapatlah di simpulkan bahawa hartanah pertengahan mewah tidak akan mengalami sebarang penurunan harga seperti yg di war-warkan oleh kebanyakan pihak, melainkan berlakunya bencana alam yg tidak di duga dimana berlaku kemusnahan yg besar yg mengakibatkan para penduduk tidak lg berani utk tinggal di kawasan berkenaan. Ape yg perlu di lakukan sekarang adalah memiliki sekurang2nya sebuah apartmen sederhana mewah di kawasan2 yg di jangkakan akan mengalami kenaikan harga utk beberapa tahun akan dtg. Seprti di Bangi, Kajang & Puchong. Bersusah-susah dahulu & bersenang2 kemudian. Untuk melihat transaksi hartanah semasa anda boleh rujuk di Iproperty & juga HomeGuru website. Ia adalah sebagai tanda aras & rujukan bagi anda yg baru bercadang untuk terlibat dlm pelaburan hartanah. Walaubagaimanapun Kestabilan politik juga menjadi faktor utama kepada nilai penigkatan & penurunan sesuatu hartanah. Faktor ini akan di bincang pada entry yg akan dtg.
Sekian dulu untuk analisa hartanah Lembah Klang pada kali ini, akan bersambung pada entry yg seterusnya. Wassalam.