Jumaat, 5 Oktober 2012

CHINA Holiday : Hotel Pilihan di Guangzhou


Setelah membuat beberapa penelitian untuk memilih lokasi penginapan di Guangzhou, aku telah membuat tempahan Hotel berdasarkan Lokasi & Harga terbaik melalui Google earth & juga Tripvisor. Perkara paling utama yg aku fikirkan adalah tahap keselesaan & kebersihan yg baik. Ke-2 penginapan mestilah berdekatan dgn public transport terutamanya Train Metro. Ke-3 ianya mestilah berdekatan dengan salah satu tourist attraction & juga plaza utk memborong. Ke-4 ia juga Senang untuk mendapatkan sumber makanan halal. Setelah beberapa bulan penelitian demi penelitian di buat aku telah mengambil keputusan untuk book Hotel yg di maksudkan itu. Nak tahu Hotel ape..??
 
 
1. Jinjiang Inn near Yuexiu Park 3 star



Ini adalah layout bilik kitorang semasa di Guangzhou. Aku book Hotel di Jinjiang Inn ni pada hari pertama kitorang menjejak-kan kaki ke Negara Tembok Besar tu nnt. Harapnye semua seperti yg dirancang. :)

Kepada yg berminat dengan Hotel ini boleh lawati di Website Ini Hotel ini menjadi pilihan kebanyakan Ejen pelancongan dari Malaysia. Ini kerana Kos penginapan adalah sedikit murah & mmg sesuai untuk aktiviti memborong. Harga diantara 120MYR - 180MYR itu range untuk Agoda.com. 

Lagipun aku rase xperlu membazir utk stay kt hotel yg memahal ni, klu tujuan korang hanya utk biznes. Lg2 klu korang dtg ngan kawan2, sempoi je Hotel ni. Tp klu plan jalan2 ngan keluarga tu pilihla Hotel yg sedikit selesa untuk family.   

 
2. Q-City @ No. 79 Panfu Lu, Yuexiu District. 3 star



Q-city Hotel ini adalah antara Hotel baru di Yuexiu Park area. Ala-ala Art Hotel, bilik siap ade small kitchen lg, wallpaper yang cantik serta lampu2 yang menarik. Cantikla dengar kabo-nye.. ehehe.. harga Bilik di antara 180++ MYR to 500++MYR. Klu Agoda.com buat prmotion tu cepat2la korang grab yea. mmg berbaloi2. Lokasi hotel ni bersebelahan dgn Sino Hotel. Kitorang book  Hotel Q-city untuk 3D2N penginapan. :)
 
Untuk maklumat & penawaran harga yang lebey berbaloi boleh lawati Website Ini. Untuk View ranking Hotel & komen pengguna boleh lawati www.tripvisor.com.my
 

3. Jiangou Hotel @ Tianhe District 5 star
 


Ini adalah Hotel terakhir yg kami akan enjoy sebelum bertolak balik ke tanahair tercinta. Hotel ni kitorang book after spend time at Shenzen. Kenapa aku pilih Hotel ni..? Tujuan-nya adalah untuk memudahkan kitorang amik Train direct ke Baiyun Airport. Selain tu mmg nk enjoy 5 star Hotel kt Guangzhou. Harga termasuk tax bermula dari 400++ MYR to 700++MYR.

Untuk maklumat lebey lanjut mengenai Hotel ini, Samada tawaran harga yg terbaik & juga kedudukan Hotel boleh lawati di Website Ini.
 

Inilah 3 tempat penginapan pilihan kami semasa di Guangzhou nnt. Untuk mendapat maklumat mengenai harga Hotel bolehlah melayari agoda.com ataupun Airasia.com. Aku berbelanja hampir 2k MYR (+-4000 Yuan) untuk penginapan shj sepanjang tempoh kitorang di Guangzhou & juga Shenzen.
 
Pastikan percutian anda Selesa & selamat dari sebarang penyakit yg boleh mengganggu jadual percutian anda. Bersambung nnt untuk penginapan pilihan di Shenzen :)
 
 
 





 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan