Rabu, 4 Julai 2012

Kembali Ke-Rahmatullah

Salam sejahtera kepada semua, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi kite ruang & waktu utk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Maka marilah kite sama2 membela & memartabatkan agama Allah moga-moga dgn  sedikit usaha itu mampu menjadikan kita hamba-NYA yg bertaqwa dan di golongkan bersama para kekasihnya. Amean

Pada tanggal 29 Jun 2012 yg lalu, kakak iparku atau lebih mesra dgn panggilan Kak Yah telah kembali ke rahmatullah di Hospital Serdang. Punca kematian adalah kerana jangkitan virus cancer telah merebak ke bahagian paru-paru dan doktor sudah tidak mempunyai jalan utk menyelamatkan beliau. Semua ahli keluarga telah di panggil datang. Itulah kehendak Allah, apebila telah sampai waktu dan ajalnya tiada siapa yg dapat menghalang. Manusia hanya mampu merancang yg selebihnya adalah dgn izin yg maha kuasa. Al-Fatihah utk arwah kak yah dan salam takziah utk keluarga abg mizal semoga roh beliau di cucuri rahmat oleh yg Maha Esa. Ameen.

Anak-anak telah menjadi yatim,  Suami telah menjadi duda, dan isteri telah menjadi janda, itulah ketetapan bile Al-Maut dtg menjemput. maka kasihi dan sayangilah anak2 yatim dgn seadanya. Jgn sesekali kamu menyakiti dan berlaku zalim kepada mereka kerana azab Allah amatlah pedih. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan ape yg kamu kerjakan.

Aku pun anak yatim jugak tp dah besar panjang pun, dah boleh survive hidup sendiri pun, so xdela terasa terbeban sgt. Di tambah pula aku telah berumahtangga. Alhamdulillah segala susah payah itu sedikit sebanyak telah mendewasakan aku. My hubby lg-la yatim piatu.. ehehe sian hubby. Arwah mak mertua aku meninggal pada usia my hubby 13 tahun klu xsilap. hmm masih kanak2 lg. Baru je nk bermanja-manja ngan mak, skali mak plak pergi buat selama-lamanya, hanya menumpang kasih syg kakak2, walaubagaimanapun ayah masih ade ketika tu, arwah ayah mertuaku kembali kerahmatullah pada usia my hubby 22 tahun rasenye, seingat yg dia storey morey kt aku dulu2 laa ehehe... 

Tats why hubby sgt survive orgnya, sume masalah yg dtg dlm hidup dia, dia buat muke biasa je, kekadang aku pelik dgn dia, pada perkiraan aku mungkin dia telah lali dgn sume susah payah yg dia lalui sepanjang zaman kanak2 dia agaknya, menjadikan semua benda tu seolah-olah asam garam kehidupan yg dah jemu dia hadapi. Hidup sebagai anak yatim bukan sesuatu yg menyeronokkan, klu di tanya pada semua anak2 pasti mereka mengharapkan kedua ibu dan ayah ade bersama mereka. tp apekan daya kehendak & ketentuan Allah itu lebey utama. Setiap perkara yg berlaku itu ade hikmah di sebalik-nya.   

Semoga Allah memberkati semua ahli keluarga-ku yg telah kembali ke pangkuan-NYA, dan suatu mase nnt aku juga akan kembali ke pada-NYA, hanya bile & dimana shj yg belum pasti, kerana setiap jiwa itu pasti akan merasai mati, dunia ini hanyalah sementara, Umpama tempat berteduh sementara menunggu pulang ke Alam Abadi. Doaku moga Allah sentiasa memberikan ketetapan Iman untuk aku menghadapi sakarat yg amat dahsyat itu... Amen ya rabbal'alamin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan