Alhamdulillah setelah selesai solat Subuh td aku menghadiahkan umi dgn sebuah bacaan surah Al-Waqiah sebanyak 96 ayat yg di anggarkan mengandungi 2000 perkataan jika di darabkan dgn 10 kali sempena Ramadhan = 20,000. Setiap Masa pun aku akan mengirimkan hadiah untuk umi walau hanya sekadar bacaan surah al-Ikhlas. Tp hari ini adalah kiriman yg Istimewa buat umi kerana ia berada pada bulan Ramadhan. Itu hanyalah kire2 aku sendiri, sekadar bayangan utk kepuasan diriku, kerana setiap kali aku lakukan kebaikan dan aku niatkan utk umi begitulah yg slalu aku bayangkan. Seolah2 aku mengirimkan duit utk umi setiap masa utk bekalan umi di sana. Moga2 umi gembira dgn kirimanku yg tidak seberapa itu.
Masih terngiang lagi pesanan umi ketika aku menjaganya di Hospital Kuala Terangganu, Mase tu pun pada bulan Ramadhan. Pada bulan Ogos 2009. "Nnt klu umi xde, mengajila untuk umi banyak2, mudah2n lapang kubur umi, pesan ke adik2 skali, xdok org lain dh yg nk di harap,... Ya Allah takutnya duduk dlm kubur sorang2.." perbualan aku dan umi mati disitu, umi tetiba termenung jauh, aku pula hanya diam tanpa berkata ape2, terasa sebak hatiku ketika itu bile umi berpesan begitu, terasa seolah umi semakin dekat utk meninggalkan aku sendiri. Pada tanggal 7 Okt 2009 umi pergi buat selama-lamanya, tp aku tiada di sisi arwah pada saat2 akhir kehidupannya :.(
Klu teringatkan pesanan umi maka berlinanganlah air mataku. Terasa seperti aku ingin lakukan semua perkara baik utk umi, malah setiap perbuatan baik yg aku lakukan samada tindakan dan ucapan, umi juga mendapat saham. Doaku yg tidak pernah aku lupe setiap kali sesudah solat utk umi dan abi, Moga umi bahagia & tenang di sana. Ya Allah Rahmatilah Umiku, berilah kasih syg-Mu utknya kerana dia adalah manusia yg tidak pernah lupe mengingatkan kami tentang MU. Amen ya rabbal a'lamin.
Moga umi gembira & bahagia dgn hadiahku. Semoga Allah melimpahkan Rahmat & kasih sygnya utk umi di sana. Anak umi di sini tersangat merindui umi setiap detik & ketika. Terima kasih kerana slalu mengajarkan aku tentang hakikat kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan