Selasa, 31 Julai 2012

Masuk Auction - Tasik Heights Apartment @ Tasik Selatan

Ini adalah contoh sebenar Memorandum of Contract untuk Auction. Ini adalah unit yg aku dpt last week.






Harga Pasaran di kawasan ini adalah 190k to 300k bergantung kepada keluasan unit masing2. Unit di Tasek Heights Apartment ni adalah berpegangan Sementara (LH), walaubagaimanapun ia menjadi tumpuan para pelabur hartanah sewaan dek kerana ramai permintaan dari steward & stewardess, Staf UPNM dan juga pekerja yg berada di sekitar KL dan Cheras yg ingin menyewa di sini. Segala kemudahan seperti sekolah, komersil hub, tempat makan, transport dan pelbagai kemudahan lain berada di sekeliling anda shj, semua kemudahan telah tersedia di depan mata anda. Klu ikutkan condition apartment di sini mmglah sgt usang, terutama di Blok A & B, ini kerana blok ini adalah antara unit terawal di bina.  


Tetapi harus di ingat property ini bukan di nilai dari segi keadaan fizikal shj. perkara yg paling penting sebelum anda bercadang ntuk memiliki hartanah fikirlah tentang Lokasi & juga keadaan sekeliling. Dan perkara kedua yg perlu di fikirkan adalah tujuan hartanah tu di beli, adakah ingin diduduki atau di sewakan.  Beberapa penilaian perlu di buat sebelum anda mengambil keputusan utk menipiskan poket anda bagi membayar bulanan untuk jangka masa yg agak lama. Sekian dulu untuk  kali ini... wassalam..


Ramadhan Kareem.. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan