Selasa, 10 Julai 2012

Pengembaraan Ke China / Guangzhou / Shenzen / Hong Kong

Inilah adalah coretan seorang penulis Utusan ke  Negara Tembok Besar yg kini semakin popular. Insya'Allah klu ade kesempatan & di izinkan Allah aku pun nk pergi juga ke sini, banyak berjalan luas pemandangan kan. Sementara masih kuat & mampu menjelajah ni, aku ingat nk pusing satu dunia klu brkemampuan dari segi kesihatan dan paling penting kewangan.. klu sihat je tp duit xde better duk diam jelaa.. ehehe.. 

Masih teringat kate2 seorang guru sewaktu di sekolah dulu, " Tuntutlah Ilmu walau sampai ke Negeri China.." pelik jugak sebenarnye knp nk kene ke negeri China..? rupenye ade kisah di sebalik hadith nabi SAW tu..


Guangzhou

Guangzhou - bandar ketiga terbesar di China dihuni kira-kira tujuh juta orang. Jika di Hanoi, jutaan motosikal merajai jalan, di sini penggunaannya diharamkan. Kami ke tempat-tempat menarik dan pusat beli-belah dengan kereta api bawah tanah sepenuhnya.

Antara tarikan, Yuexie Park di Bukit Guanyin di utara bandar - taman yang dibina pada 1950 dilengkapi dewan pameran, stadium, kolam renang, tasik dan muzium sejarah Guangdong. Ikon Guangzhou iaitu lima ekor kambing gurun juga ada di sini.

 Kami sempat solat Zuhur berjemaah di masjid Huaishengsi Guangta, masjid pertama dibina di China lebih 1300 tahun oleh Saad Bin Abi Waqqas.. Ia dilindungi sebagai Warisan Sejarah Negara Guangzhou.

 Sebagai pusat perkilangan dan komersial utama di China, terdapat banyak gedung borong seperti pasar kasut, kain, barang elektrik, barangan kulit, komputer dan permainan kanak-kanak di sini. Pasar malam di jalan Beijing Lu sungguh meriah dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Dari Guangzhou, kami ke Shenzhen dengan kereta api laju. Perjalanan sejauh 147 km hanya sejam 20 minit dengan tambang 100 yen. Jika 30 tahun lalu sebuah kampung nelayan, ia kini bandar baru dan moden. Selepas diisytiharkan Zon Khas Ekonomi (SEZ) pada 1980, perkembangannya sangat pesat dipenuhi bangunan pencakar langit.

 Shenzhen

Ikon pelancongan Shenzhen adalah Window of the World - taman replika tempat atau bangunan terkenal dari seluruh dunia antaranya Piramid, Angkor Wat, Eiffel Tower, Taj Mahal, Menara Condong Pisa dan Air Terjun Niagara. Untuk melihat dunia dalam masa satu hari datanglah ke Shenzhen.

 Peminat gajet elektronik boleh ke Huanqing Electronics World. Gedung lima tingkat ini penuh dengan barangan elektronik pelbagai jenis dan jenama.

Siri jelajah enam kota kami berakhir di Hong Kong - hanya 55 minit perjalanan dengan kereta api laju dari Shenzen. Kota metropolitan yang dihuni kira-kira tujuh juta penduduk ini pusat perdagangan dan kewangan utama dunia.

Hong Kong

Chungking Mansions setinggi 17 tingkat yang terletak di daerah Kowloon menjadi tempat penginapan kami. Kebanyakan pengembara bajet berlabuh di sini kerana banyak hotel murah selain terdapat restoran halal orang India dan Pakistan. Masjid Kowloon juga tidak jauh dari tempat penginapan kami.

Tempat menarik yang wajib dilawati tentulah Disneyland yang terletak di Pulau Lantau. Sebelah malamnya, kami menaiki bas dua tingkat berbumbung terbuka untuk menikmati keindahan Hong Kong. Pada hari kedua, naik pula Tram ke Puncak Victoria setinggi 396 meter dari aras laut. Sayangnya kabus menghalang kamui melihat panaroma bandar Hong Kong.

Pasar malam di Temple Street menjadi destinasi terakhir kami di Hong Kong sebelum berangkat pulang esoknya ke Kuala Lumpur.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan