DI MANA LETAKNYA SEBUAH KEKUATAN...??? pada akal atau pada hati, pada jiwa atau pada diri. Entah mengapa sejak muta'akhir ini hati & jiwaku terlalu lemah. Tiada semangat seperti tahun2 yg lalu. Semangat agama semakin merudum, semangat membentuk jiwa murni kian celaru, entah ape yg terjadi pada diriku..? semakin jauhkah aku pada Zat yg Maha Esa..
Kekadang aku bingong memikirkan ape yg aku inginkan dlm hidup ini, mencari & mengumpul sebanyak mungkin harta dunia atau memperjuangkan agama Allah dgn kekuatan material yg ade..??? Aku tidak ada jawapannya..?? Tetapi, pada hari ini hati ku ditimpa
kesedihan. Tidak tahu apakah jenis kesedihan yang menimpaku, apakah tuntutan duniaku belum dipenuhi..? atau kehendak material-ku belum tercapai sepanuhnya..?? atau aku semakin bosan melalui hidupKu yg seolah tiada hala tujuan..??
Cinta kepada
manusia, harta & seluruh isi dunia membuatkan aku semakin jauh dr Tuhanku dan dapat aku rasakan cinta-Ku kepada dunia melebihi cintaku kepada-NYA.. mungkin kerana cahaya iman yg ada didlm hatiku semakin suram. Mungkin juga telah layu kerana lama tidak disiram dgn kerendahan hati, kesabaran & ketaqwaan. Aku sedar akan keperluanku untuk
menyuburkan hatiku dengan cahaya Hidayah-NYA agar ia bisa mencapai ketenangan dan kebahagian dunia & akhirat.
Oh Tuhan, ampunilah dosa-dosaku yang banyak ini dan dengannya telah membuatkan hatiku
lupa kepada-Mu, lupa pada nikmat-Mu, lupa pada tuntutan agama-Mu, Aku insan yang lemah, kerdil dan sering tertipu
dengan nafsuku, aku perlukan hidayah daripadaMu ya Allah. Cahaya petunjuk yg membawaku dekat kepada-Mu.
Apakah yang haruskan aku lakukan dalam kehidupan yang penuh cabaran dan godaan ini, dunia yg sering kali membuatkan aku lupa tentang akhiratku. Aku mengejar dunia seolah-olah aku ingin memiliki segalanya, tidak sedarkah aku bahawa hidup ini hanya buat seketika..?? hanya sedikit masa aku ingat akan realiti sebuah kehidupan tetapi banyak masa yg aku lupa tentangnya...
Aku perlukan perubahan dalaman, kekuatan untuk bertahan dari segala metafora dunia, menuntut ilmu agama yg lebih syumul dan menggunakan segala ruang & masa yg ade utk ibadah kepada-NYA.. Ya Allah, Kau berikanlah cahaya pada Nurani-ku, berikan aku kekuatan
agar bisa ku terbang lebih jauh mencari erti kekuatan hati, membentuk kesempurnaan diri untuk nilai sebuah kehidupan yg lebih abadi. Dekatkanlah hatiku kepada-MU walau dimana shj aku berpijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan