Sabtu, 8 September 2012

Andai Masih Ada Waktu Bersama-Mu

 
Dalam hidup ini, hanya 2 perkara penting yg manusia akan bahagia bile ade-nya Ia & manusia akan kecewa bile tiada-nya Ia. Pertamanya ialah Kasih Syg dan ke-2 ialah Iman.

Agama mengajar manusia untuk memulakan sesuatu perkara dgn ucapan basmallah, knp..? kerana di situ Allah inginkan kesempurnaan hadir dlm setiap perbuatan manusia. Bagaimana..? dgn memuji & membesarkan Allah yg Maha Sempurna, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah mengasihi hamba2nya yg bersifat dgn sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim, kerana agama Allah itu tersebar dgn adanya perasaan kasih & sayang sesama manusia. Hanya hati2 manusia yg beku & kontang dgn iman yang tidak tahu menilai sebuah kasih syg.

Kasih syg yg paling agong di muka bumi ini adalah kasih syg Allah terhadap makhluk-NYA dan Ke-2nya adalah kasih syg seorang ibu kepada anak2nya. Dalam sebuah hadith Kudsi Allah berfirman di hari di mana tiada sebarang pertolongan melainkan pertolongan Allah

"Wahai si fulan binti si Fulani, maka hari ini tiada yg lebih dekat kepadamu melainkan AKU, tiadalah yg lebih besar kasih syg melainkan kasih sygKU kepadamu melampaui kasih syg ibumu kepadamu, tetapi engkau telah melupakan AKU pada ketika hayatmu & hari ini AKU juga akan melupakanmu & sesungguhnya termasuklah engkau di kalangan hamba2ku yg kerugian..."

Maka menangislah manusia itu dgn sebesar-besar penyesalan, memohon untuk dikembalikan ke dunia, kembali beribadat dgn sepenuh-penuh ketaatan kepada Allah. Maka apekah engkau mengira Allah akan memberimu sebuah kesempatan setelah engkau melupakan kesempatan waktu hidupmu semasa di dunia..? Menangislah engkau kerana tiada lagi bahagian untukmu pada ketika itu.. SubhanAllahi wabihamdihi...

Andai Allah memberi-kan aku satu peluang untuk aku membuat 1 permintaan. Aku ingin katakan, "Ya Allah, kembalikan aku kepada ibuku, aku ingin berada di pangkuannya, aku ingin menjadi anak2 kecil yg berada dipelukkan ibu, Ambillah semua yg ada pada diriku hari ini, asalkan kau kembalikan dia bersama-ku, aku tidak ingin punyai ape2 lg & aku tidak inginkan sesiapapun dlm hidupku melainkan ibuku... :.( " pergila semua, kerana sejuta manusia yg ada tidak pernah sama dgn kasih syg & pengertian yg seorang ibu persembahkan.

Aku juga hanya berangan-angan untuk menemui ibu-ku menangis dlm diam, berharap dlm mimpi. Namun segalanya telah berlalu. Imam As-Syafi'e bertanya kepada anak murid-nya tahukah engkau sesuatu yg paling jauh..? Itulah ia Masa Lampau... ia semakin menjauh dan terus menjauh.. SubhanAllahi Wabihamdihi..






 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan