Jumaat, 21 September 2012

Melabur di ASB - Pinjaman Bank VS Simpanan Bulanan ??

Salam sejahtera kepada semua, hari ini aku ingin memberi sedikit pencerahan kepada saudara & saudari yg berfikir atau bercadang untuk membuat pinjaman di mana-mana bank tempatan yg menawarkan pinjaman bagi membuat pelaburan di ASB. Persoalan-nye adakah melabur di ASB secara pinjaman bank menguntungkan anda..??
 
Jawapan bagi persoalan itu ialah TIDAK SAMA SEKALI !!!!!
 
Beberapa bulan yg lalu aku kerap mendapat call daripada officer bank yg menawarkan pinjaman untuk pelaburan di ASB. Jika di lihat secara kasar, semua org akan berpendapat bahawa membuat pelaburan secara pinjaman Bank adalah sgt menguntungkan berbanding menyimpan sendiri secara bulanan, Ini kerana jumlah yg di laburkan pada peringkat awal adalah besar berbanding menyimpan sendiri setiap bulan, ianya memerlukan tempoh yg agak panjang untuk mendapat keuntungan segera... Adakah Ini MITOS atau sebaliknya. mari kite lihat situasi di bawah :-
 
Cth 1.
 
Bank A menawarkan pinjaman kepada Sufyan sebanyak RM50,000 dgn interest tahunan dikenakan ialah 5.1% untuk 3 tahun pertama, dan 5.3% 7 tahun ke dua. Total pinjaman anda adalah RM50,000 selama 10 tahun.
 
Purata keuntungan yg Bank A kenekan ke atas anda adalah 5.24% selama 10 tahun pinjaman dgn purata bayaran bulanan anda RM536 sebulan. Purata anggaran keuntungan tahunan ASB selama 10 tahun ialah 8.5%
 
Keuntungan ASB 8.5% - Keuntungan Bank 5.24% = 3.26% setahun.
 
3.26% x RM50,000 = RM1630  WoOoW !!!! :)
 
Pada tahun pertama anda telah menerima habuan RM1630 dan setiap tahun anda akan mendapat lebihan wang sebanyak RM1630 setiap tahun dgn mengandaikan anda mengeluarkan kesemua keuntungan yg ada. Adakah pinjaman Bank menguntungkan anda ?? Jawapan-nya sudah pasti YA, pada tahun PERTAMA
 
Cth 2.
 
Muhammad menyimpan di ASB sebanyak RM536 setiap bulan. Jumlah pelaburan ASB terkumpul selama setahun ialah RM6432. Keuntungan yg di perolehi oleh Muhammad RM546.72
 
8.5% x RM6432 = RM546.72 sikit je :( jika di bandingkan pelaburan Sufyan.
 
 
Pengiraan Sebenar & keuntungan sebenar untuk tempoh 10 tahun dgn simpanan bulanan RM536, siapakah yg lebey UNTUNG  Muhammad atau Sufyan ..???


Sufyan menggunakan konsep simpanan tetap sebanyak RM50,000 dgn anggaran keuntungan tahunan selepas ditolak keuntungan yg dikenakan bank ialah 3.26% p.a selama 10 tahun.

Ini bermakna selepas 10 tahun Sufyan akan mendapat wang sebanyak RM68,911

Manakala Muhammad mendapat wang terkumpul sebanyak ..... ????



YA, selepas 10 tahun simpanan Muhammad telah mendapati simpanan ASB-nya telah mencecah RM93,995.

Sekiranya anda membuat simpanan secara bulanan tidak kira berapa jumlah simpanan anda sekalipun, adalah di nasihatkan supaya anda tidak mengusik simpanan tersebut, sehingga ia mencapai tempoh matang seperti yg di kehendaki. 10 atau 15 tahun. Maka barulah anda akan melihat keuntungan  besar yg melimpahi akaun pelaburan anda... !!
 
So apekah tindakan anda sekarang ?? masih berminat menggunakan Bank sebagai medium untuk pelaburan ASB anda ?? Fikir2kan & selamat beramal... !!!

Sikit-Sikit, Lama-Lama jadi Bukit ...!!!!
 
Selamat Malam & Assalamualaikum... :)
 
 
 





2 ulasan:

  1. Maaf, pengiraan ini salah. Itulah sebabnya anda berakhir dengan kesimpulan bahawa membuat pinjaman ASB menguntungkan tetapi tidak sebanyak menyimpan sendiri.

    Andaikan Muhammad bermula pada Januari 2013 dengan simpanan sebanyak RM536 setiap bulan. Dividen mengikut pro rata yang akan diperoleh Muhammad adalah:

    Januari + RM536: Dividen 8.5% x RM536 = RM45.56/12 bulan = RM3.80.
    Februari + RM536 (sedia ada RM536): Dividen 8.5% x RM1072 = RM91.12/12 = RM7.60
    Mac + RM536 (sedia ada RM1072): Dividen 8.5% x RM1608 = RM136.68/12 = RM11.39
    ... dan seterusnya hingga Disember
    Disember + RM536 (sedia ada RM5896): Dividen 8.5% x RM6432 = RM546.72/12 = RM45.56

    Dividen:
    Januari - RM3.80
    Februari - RM3.80 x 2 = RM7.60
    Mac - RM3.80 x 3 = RM11.40
    April - RM3.80 x 4 = RM15.20
    Mei - RM3.80 x 5 = RM19.00
    Jun - RM3.80 x 6 = RM22.80
    Julai - RM3.80 x 7 = RM26.60
    Ogos - RM3.80 x 8 = RM30.40
    September - RM3.80 x 9 = RM34.20
    Oktober - RM3.80 x 10 = RM38.00
    November - RM3.80 x 11 = RM41.80
    Disember - RM3.80 x 12 = RM45.60

    Jumlah dividen untuk tahun pertama beliau ialah RM296.40, bukan RM546.72 seperti yang diterangkan di atas. Anda terlupa untuk membahagikannya dengan 12 bulan bagi setiap dividen yang diperoleh, kerana dividen 8.5% itu diperoleh setahun, bukan sebulan. Kiraan anda di atas menunjukkan pada bulan pertama pelaburan, Muhammad telah mendapat RM45.56, iaitu 8.5% sebulan. Jadi, 12 bulan dah jadi RM546.72 (yang mana jumlah ini salah).

    Moga Sdr. dapat berjumpa dengan pegawai yang berkenaan untuk mendapatkan pencerahan tentang kiraan yang betul. Sesungguhnya teramatlah sedih apabila kebanyakan Melayu masih keliru tentang ASB dan pinjaman ASB.

    BalasPadam
  2. Thanks atas pembetulan. Sy terlupa mengenai jumlah terkumpul itu untuk tahun 1. Walaubagaimanapun, jumlah keseluruhan adalah menguntungkan bagi mereka yg menyimpan sendiri. lihat lihat carta di atas. Di mana jumlah pelaburan 50k di ASB adalah mengunakan Future Value dengan keuntungan Maximum 8.5%, walaubagaimanapun itu bukanlah keuntungan tetap ASB setiap tahun tetapi Interest/Bunga yg di kenekan oleh Bank kepada penguna adalah TETAP.

    Hanya sedikit kesilapan pada pengiraan keuntungan pada tahun pertama. Tapi bukan untuk tahun2 yg berikutnya. wallahualam.



    BalasPadam