Sehari demi sehari berlalu, sudah 4 bulan berlalu my hubby ke Aussie meninggalkan kami 2 beranak di tanah air tercinta ni. Bermacam2 kisah suka & duka yg aku lalui-nye sendiri dgn setabah hati. Ape yg mampu untuk aku lafaz.. ALHAMDULILLAH... segalanya terasa ringan kutempuhi.
Memang tidak di nafikan kekadang hati terasa sesuatu, maklum sajalah, semua benda di uruskan sendiri, akulah ibu..akulah abi.. berpagi-pagi setiap hari, menggalas beg laptop kerje dibelakang, beg baju adik & bekas susu sebelah kiri, memangku baby di sebelah kanan, mengunci pintu rumah terkial2 menggunakan sebelah tangan yg sarat dgn brg, kasi susu sambil memandu, Pening bile baby mula meragam dlm perjalanan setiap pagi & petang. Mamai melayan kerenah adik yg stay up sampai 1 pagi setiap hari. berkejar2 untuk menunaikan solat, makan & mandi. Uh.. segalanya xmampu utk aku bayang-kan, tp itulah, semua-nya aku lalui sehari demi sehari dgn penuh kesabaran, walau kekadang ade ketika, hati merintih keletihan.
Teringat ucapan yg pernah di kirim oleh arwah ummi pada hari perkahwinanku, di dlm SMS-nya berbunyi "Suatu masa dirimu juga akan menjadi ibu, kuatkanlah hati, kumpul-lah kesabaran, kerana perkahwinan tidak selalunye gembira adakala dugaan dtg menguji keimanan, Doa dari seorang ibu yg tidak lama lagi akan menutup mata buat selama-lamanya, Moga anakanda bahagia hingga ke syurga" Terasa kebenaran kata2 ibu yg di rindui, ade semangat yg ditiupkan dlm sebaris doa yg kudus utk-ku. mungkin juga kerana itu Allah memudahkan segala urusan hidupku, berkat setulus doa seorang ibu.
Minggu depan my hubby dah kembali, entah ape perasaan yg bermain di fikiran, yg pertama-nya sudah pasti rase gembira & syukur ke hadrat Illahi kerana hubby selamat kembali Insya'Allah. Selebihnya tidak tergambar utk di ungkapkan. tidak terkata dgn ucapan.
Penantian itu suatu penyiksaan. Namun segalanya baik2 belaka. Mungkin aku sudah terbiasa berjauhan. Tiada ape yg banyak bezanya. Sudah biasa bercinta jarak jauh, sudah biasa merasakan bagaimana bile ditinggalkan sendiri, sudah biasa menguruskan segala urusan hidup sendiri (sejak hampir 4 tahun arwah umi kembali ke negeri abadi), sudah biasa merasa sunyi & sepi, sudah biasa melalui segala benda sendiri.
Uh, ter-emosi plak aku di larut malam ni. kadang2 hati seorang manusia juga perlukan perhatian & kasih syg, tidak kire se-gengster manepun manusia itu. hatinya juga tidak lari dari mengharapkan sebuah cinta & perhatian dari yang tersayang. Inikan pula hati seorang manusia biasa seperti aku.
Aku mencabar para lelaki, menguruskan segala tanggungjawab seperti mana seorang wanita menguruskan rumah-tangga dlm masa sama juga berkerjaya. Biar terkesan di hati, tersemat di sanubari, bertapa sabar-nya seorang manusia bergelar isteri & ibu mengharungi hari2 demi membesarkan anak2 & menjaga keharmonian sebuah rumah tangga. Oleh itu wahai para lelaki yg bergelar suami, perelokkan-lah perbuatan-mu, usahlah segan di lidahmu untuk menuturkan ungkapan terima kasih, sebagai tanda kasih syg, yg kamu amat menghargainya... Mudah2n kamu mendapat Rahmat.
Sebaik2 manusia, adalah lelaki yg terbaik untuk isteri & keluarganya.
Selamat beramal & selamat malam.. Assalamualaikum :)