Rabu, 28 November 2012

Bilakah Berlakunya Hari Kiamat ?


Pagi ni aku nk share tentang peringatan agama. Tadi pagi aku ade dengar ceramah agama dari seorang tokoh agama yg begitu di segani Dr. Hasan Din Al-Hafiz. Iaitu berkenaan tanda2 kecil & besar menjelang berlakunya hari kemusnahan alam semester. Moga segala maklumat ini dapat menjadikan kite hamba Allah yg lebey baik & di jauhkan dari segala kejahatan & kedurhakaan ini.
Kitab rujukan yg digunakan adalah kitab yg bertajuk "Rahsia- Rahsia Berlakunya Hari Kiamat" Antara tanda kecil & besar adalah seperti di bawah. Tanda-tanda ini merujuk kepada seluruh umat manusia di dunia ini, samada islam atau bukan islam.
16 Tanda-tanda kecil sebelum datangnya tanda-tanda besar
1. Apabila berlakunya Kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.
2. Apabila Org kaya juga berhutang untuk mengumpulkan harta.

3. Apabila org zalim & jahil di horamati serta di lantik menjadi pemimpin manakala org alim & Ulama' di hina.
4. Apabila pemimpin/ketua negara/Raja dilantik dari kalangan kaum wanita.

5. Apabila org Islam saling kutuk mengutuk & saling bermusuhan sesama Islam
6. Apabila salam hanya di berikan kepada org yg dikenal shj. (sahabat handai/ahli keluarga)

7. Apabila ramai golongan agama membuat penempatan ke lereng bukit @ ke dalam hutan
8. Apabila lahirnya persatuan2 buruh di seluruh dunia (Cuepacs, KWSP, etc)

9. Apabila Org berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit
10. Apabila ramai anak2 yang menderhaka kepada ibu-bapa.

11. Apabila terdapat org yg berkahwin tetapi tidak berkehendakkan anak & perempuan  memandulkan diri bagi mengelakkan mereka mengandung.
12. Apabila ramai wanita mendedahkan aurat & berpakaian menjolok mata di tempat awam tanpa rasa malu, malah menganggapnya adalah fesyen terbaru & moden.
13. Apabila berlakunya Homoseksual dikalangan manusia & perkahwinan sejenis diiktiraf sebagai pasangan normal

14. Apabila ibubapa menghormati anak2 seperti Tuan.
15. Apabila Bapa/Ibu sendiri berhubungan seksual dengan anak kandungnya sendiri.

16. Apabila kerap berlakunya gempa bumi & juga Tsunami diseluruh dunia.

7 Tanda-tanda besar sebelum hari kiamat

1. Apabila lahirnya imam Mahdi yang akan menjadi ketua kepada seluruh umat manusia
2. Apabila keluarnya dajjal yg menyesatkan manusia

3.Apabila Turunnya nabi Isa untuk membela manusia

4. Apabila keluarnya Ya’juj ma’juj.
5. Apabila Runtuhnya kaabah

6. Apabila Matahari keluar di sebelah barat
7. Apabila di tiupkan sangkakala


Semoga Allah menjauhkan aku, keluargaku & seluruh umat islam dari Bala' & golongan di atas. Ameen ya Allah. Wallahu'alam..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan