After melepak semalaman di Jinjiang Inn kitorang berpindah ke penginapan baru yg lebey selesa iaitu di Q-City @ Panfu Lu. Ini la dia pandangan hapadan hotel. Aku sangat rekemen hotel ni untuk korang stay. Kepada yg rajin nk memasak boleh bawak periuk belanga + sedikit peralatan untuk memasak coz diorang ade sediakan dapur utk memasak.
Ehehe posing depan bilik :)
Ruang tamu yg luas, mesti adik suke. Masa kitorang pindah bilik ni dia masih tido, nnt dah terjaga mesti xduk diam la dia, habis nk di tawaf setiap ceruk.
Dalam bilik, kt luar tu ruang tamu.
Bahagian dapur untuk memasak. Siap ade kitchen kabinet. Bilik ini sngt selesa untuk yg datang sekeluarga. senang nk buat kerje
Ruang bilik yg agak selesa, katil pun besar :)
View dari bilik kitorang
Kat depan tu la Yuexiu Park, hanya beberapa tapak je kan..
Bilik air pun luas. I Like
Tengok tu masih syiok tido lg, maklumlah cuaca di guangzhou skrg agak nyaman, 16 - 20 darjah celcius. So mmg best nk jalan2 kt luar. Lagi2 nk bawak baby cam aku ni, pilihan cuaca yg betul adalah amat mempengaruhi mood anda sepenjang bercuti bersama baby. Cumenya baby Nuha ni jenis xbanyak perangai. mmg senang nk angkut kemana-mana. Syukur Alhamdulillah semua baik2 belaka.
hah Tu dia, da bukak mata pun adik.. jeng..jeng...jeng... ehehe
Tu dia da mula nk mengemas & spot cek kawasan.
Ambooiii syg ibu ni, dah pandai menghayati panorama yea.. View mmg marbeles kan syg.. muahaha
Mase ni my hubby xde, dia g mengangkut beg2 kitorang kt bawah. aku xleh nk mambantu coz adik xleh tinggal.. so terpaksalah my hubby angkat sendiri. Thank U syg, jasa-mu tetap di kenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan